Tuesday, April 22, 2008

Siapakah selebih licik, licin dan handal selain Mat Taib

Beliau seorang tokoh yang sangat kontroversial.

Pernah menjadi MB Selangor. Ketika selesa di kerusi MB beliau telah memperdaya Tuanku Sultan ketika itu dengan menikahi Puteri Tuanku di negara seberang tanpa pengetahuan Tuanku. Akibatnya Tuanku murka, dan sejarah tercipta apabila jawatan Timbalan Menteri Besar terpaksa diwujudkan kerana Tuanku enggan menerima sembah dari MB nya yang durhaka itu.

Ditakdirkan Tuhan, jodoh beliau dengan Tengku Puteri tidak lama, mereka akhirnya berpisah. Sekali lagi sejarah tercipta apabila mahkamah memerintahkan beliau membayar mutaah kepada bekas isterinya itu sebanyak RM16juta! Dimanakah seorang MB boleh memperoleh wang sebanyak itu?

Tetapi beliau ini licik orangnya, berkahwin dengan anak Raja tanpa perkenan pun beliau boleh lepas, kemudian terpaksa membayar RM16 juta pun tiada siapa pertikai, ternyata beliau licin dan handal.

Walaubagaimanapun setinggi-tinngi tupai melompat akhirnya jatuh tersembam ke tanah juga, demikianlah kedudukannya. Akhirnya hasil dari “tip off” musuh-musuh politik dalamnnya beliau diberkas di Australia kerana cuba membawa keluar wang tunai berjumlah RM2.4juta ketika itu. Sejuruh kes penangkapan beliau dengan wang tunai berkilo-kilo beratnya itu, kedudukan politiknya mula goyah. Di tanahair pihak BPR mula menyiasat beliau dan para pegawainya. Akhirnya beliau dipaksa berihat dan melepaskan jawatan MB nya.

Di mahkamah Australia, beliau akhirnya dilepaskan. Beliau memberi alasan tidak dapat membaca notis amaran di balai berlepas lapangan terbang negara itu kerana tidak tahu berbahasa Inggeris. Memang beliau licik, licin dan handal!

Ramai menyangkakan setelah jatuh tergolek, beliau tidak akan mampu bangkit kembali. Biasanya begitulah sejarah MB-MB di negeri tersebut. Namun beliau berjaya membuktikan beliau benar-benar licik, licin dan handal dan akhirnya beliau entah macam-mana dilantik oleh Presiden Umno sebagai Ketua Penerangan Umno, laluannya untuk naik ke atas semakin cerah. Beliau kemudian dilantik pula sebagai Senator.

Dalam PRU ke 12 lalu beliau melobi sedaya mungkin untuk kembali bertanding sekurang-kurangnya ke kerusi Parlimen. Beliau adalah Ketua Umno bahagian Kelana Jaya, kalau tidak pun dapat di parlimen Kelana Jaya (yang ketika itu milik MCA) beliau berusaha untuk menaikkan dirinya di parlimen Shah Alam. Ternyata arus diperingkat akar umbi Umno tidak menyebelahi beliau, akhirnya beliau tidak berjaya bertanding, dan kekal sebagai pemerhati semasa PRU ke 12.

Rupa-rupanya nasibnya memang bukan disana,s elepas PRU ke 12, Selangor jatuh dari tangan BN. Presiden Umno yang resah dan gelisah telah melantik beliau sebagai seorang Menteri penuh, tak cukup dengan itu beliau turut dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Umno negeri, jawatan lamanya. Begitulah kurang lebih naik turun dan tunggang terbalik nasibnya

Siapakah beliau jika bukan Mat Tyson, Muhammad bin Mohd Taib.

Pada bulan Julai tahun lalu Mat Taib pernah membuat laporan polis terhadap pemilik laman web Malaysia Today, Raja Petra, yang dituduhnya telah menghina Yang Dipertuan Agong dan agama Islam melalui posting di laman web nya. Yang lucunya ketika tiba dib alai untuk membuat laporan, pihak polis telah meminta Mat Taib memuat turun artikel yang dimaksudkan dari laman Malaysia Today. Telah dilaporkan ketika itu Mat Taib menghadapi kesukaran melayari internet dibalai berkenaan, bukan kerana taliannya sesak, tetapi kerana difahamkan tidak biasa melayari internet! Menurut laporan seorang pemberita yang turut berada dibalai itu untuk membuat liputan terpaksa membantu dan mengajar Mat Taib bagaimana untuk mendapoatkan laman Malaysia Today.

Itulah Mat Taib, jika tidak licik, licin dan handal apa lagi.

Tiba-tiba hari ini Mat Taib sudah ada laman webnya sendiri. Apabila ditanya oleh para pemberita mengapa beliau dulu berkrisis dengan para blogger kini juga berblog, jawab Mat Taib:

If you cant fight them join them.

Licik, licin dan handal sungguh Mat Taib!

7 comments:

Anonymous said...

apa URL blog Mike Tyson??

SiFu said...

Begitulah kisahnya Lelaki Melayu Baru Terakhir...Malangnya Melayu yang berketuakan melayu tersebut!

Kurie said...

yup..aku tak la tau sangat pasal politik tetapi perihal Mat Taib nih memang hebat masa kena tangkap kat Aussie dulu pasal tak isytihar matawang...tapi yang peliknya kenapa penyagak macam tuh masih diberi amanah untuk menjadi pemimpin? Atau sekarang nih dia dah tahu camana peraturan kat Aussie Airport...patut lah bleh dapat jawatan balik....agaknya lah....

penyapujagat said...

Berita Buletin Utama TV 3, (22 Apr) memberitahu seorang ahli politik kanan yang tidak dilantik sebagai menteri disyaki terlibat dalam kes cabul di sebuah hotel di Brickfields baru-baru ini. Mengikut laporan itu juga, ahli politik tersebut kini berada di luar Negara.

baca http://selangortoday.wordpress.com/

Anonymous said...

Kita tego sampai mana dia bole bangun..

longgeng said...

masa 20 tahun dulu boleh le Mike Tyson tumbuk lawan 2 kali jatuh..sekarang 1 kali kena tumbuk Mike Tyson jatuh TKO..Dunia berubah..ingat le diri makin tua...

Stealth said...

Dulu, harta yg dia istihar d mahkamah berjumlah RM 35 juta ttp tdk termasuk jumlah saham & hartanah yg d milikinya. Skrg, beliau kembali berkuasa. Persoalannya, bagaimana beliau boleh kumpul kekayaan sebegitu banyak.