Perencat pemuafakatan umat
Sebelum ini saya pernah menulis betapa saya senang melihat usaha untuk meneroka idea baru pemuafakatan umat Melayu Islam oleh parti-parti politik termasuklah tokoh-tokoh Melayu Islam yang ternama. Banyak ruang yang perlu ditangani bagi membela nasib umat ini, tanpa pula meminggirkan nasib dan kebajikan kaum-kaum lain. Siapakah lagi yang paling wajar membela dan memeprjuangkan nasib dan masa depan ummah jika tidak kita sendiri.
Isu kemiskinan, pendidikan, agama dan kebudayaan kita perlu diperjuangkan oleh semua pihak tanpa mengira fahaman atau kecenderungan politik.
Walaubagaimanapun saya mual, bosan dan muak kepada suara-suara sumbang “ultra” dan ektrimis Melayu/Islam yang cuba mengenengahkan diri sebagai jaguh, tetapi dalam waktu yang sama mengambil kesempatan politik murahan. Orang seperti ini sarat dengan kepentingan, dan tidak seharusnya terlibat dalam muafakat yang lebih terbuka dan “non political”.
Bagi saya Ketua Satu GAPENA Tan Sri Prof Emeritus Dr Ismail Hussien jatuh dalam kategori ini. Profesor ini masih berada dalam takuk politik lama, tidak berpijak dalam kerangka politik baru yang telah dibina oleh rakyat pasca PRU ke 12. Beliau menolak keputusan rakyat dan sebaliknya masih dalam dunia mimpi pra PRU ke 12. Beliau melihat kononnya terdapat unsur perkauman yang tebal dalam PRU ke 12. Beliau menambah (dalam Utusan hari ini):
Ketika ini beberapa parti politik Melayu pula nampak ghairah dengan kemenangan yang diperoleh tetapi kelihatan mereka tidak memegang kuasa secara mutlak mereka seolah-olah ditungggangi kepentingan yang lain bukannya kepentingan Melayu.
Kalau beginilah bacaan GAPENA dan Profesor yang cerdik ini terhadap realiti politik semasa maka bagaimana mungkin GAPENA mahu menerajui kongres pemuafakatan Melayu? Kenyataan di atas sahaja jelas meletakkan Profesor ini cenderung dan condong pada satu parti. Perbincangan untuk permuafakatan tidak boleh dikepalai oleh seorang atau satu kumpulan yang kepalanya sudah sarat dan padat dengan kecintaan kepada satu-satu golongan atau puak semata-mata. Ketaksuban seperti ini lebih mengundang parah dari merawat luka yang ada.
Kalau beginilah GAPENA maka bersenang-lenang dan berenang-renanglah ia dalam kolam Umno, kerana pasti pihak lain tidak akan tergiur untuk berenang bersama mereka.
Agenda pemufakatan umat ini penting, jangan sampai ia dicemari dan dikotori oleh puak yang tidak ikhlas.
7 comments:
Perlu utk dibimbangkan ttp hendaklah keluar dari fahaman sempit perkauman ini demi keselamatan & kesefahaman sesama insan. Skrg ni kita dah dengar cakap pemimpin extrem perkauman spt Ku Li & Ong Ka Ting. Cuma tinggal pemimpin MIC belum buat kenyataan. Di harap GAPENA ini tdk d jadikan tempat utk menyampaikan hasrat pemimpin perkauman dari BN ini. Rakyat sudah bosan dgn karenah begini.
masih tak mampu untuk balajar sejarah yang dilalui oleh Nabi Muhammad S.A.W. dalam memperjuangkan perkara yang di perintahkan oleh Allah? puak haprak UMNO ni memang tak pernah belajar dari kesilapan. dan tak pernah mengaku kesilapan. dan tak pernah nak bertaubat segala perkara yang silap.
bersatu melaui bangsa, ia akan punah dan binasa dan Allah tak redha.
Allah telah menyuruh kita semua manusia berpegang dengan (tali ALLAH) ugama Islam, jadi tak kan nak cari jalan lain.
hadis Nabi pun ada menyarankan kita supaya berpegang dengan Al-Quran dan Hadis supaya tidak sesat selamanya. adakah UMNO mematuhi segala yang Allah suruh dan mematahui segala yang Nabi sampaikan?
selagi Melayu UMNO tidak mahu mengakui dan melaksanakan Islam, 100%, selagi itu saya ahmad dasuki memang tak pernah nak percaya apa yang UMNO sarankan demi perpaduan MELAYU. dan saya mengakui hukum dari Allah itu lebih tinggi,
yang memang WAJIB dilaksanakan di muka bumi Allah ini.
dan JIKA UMNO TAK MAHU LAKSANAKAN HUKUM ALLAH, CARI LAH BUMI LAIN UNTUK LAKSANAKAN PEMERINTAHAN MENGIKUT ACUAN MELAYU UMNO..........
salam sejahtera,
urmmm prof tuh memang bermasalah dari dulu lagi ntah apa-apa bukan dia sorang, adik beradik dia semua sama ntah apa2.depa tuh dari sungai limau sama setempat dengan ustaz azizan.tanya ustaz azizan dia kenai sangat lah dengan adik beradik apa nama sin sin nih.
tak boleh pakai.haprak lagi tua lagi haprak.busuk.dulu waktu dato shanon buat buku tahi dgn muntah dia punya lah marah kat dato shahnon mcm2 dia dok cerca dato shahnon adik-beradik depa dok cerca shahnon.
lagu nih punya menesia buat malu negeri kedah ja.
Apakah tindakan Gapena mengenai isu SN Dato' A Samad Said? Kalau isu inipun Gapena tak boleh uruskan, jangan nak lagak besar untuk jadi kepala dalam isu orang Melayu. Ingin jadi jaguh padahal rakyat sudah bosan dengan tindak tanduk Gapena maupun Prof ini.
selagi kita asyik dengan MELAYU, kita tidak akan maju......kita kena bersatu dengan ISLAM sptmana rasullullah lakukan di kota madinah.dulu melayu itu islam,namun kini melayu adalah melayu.islam adalah islam......bersatu dengan islam.....
itu profesor kangkong lah and petola dah! itu prof baru jaga dari tido dia yang lena cam piem yang akan tersungkur P'LAH!
Itu lah standard prof kangkong dan petola haprak kek mesia nie! Aku rase dia nie nyanyuk tahap gaban nie!
GAPENA = GABUNGAN PENULIS UMNO.
Post a Comment