Wednesday, April 16, 2008

MCA tak serang Islam cuma Negara Islam

MCA hari in mengeluarkan kenyataan akhbar menafikan dakwaan pemilik laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin, bahawa parti Cina itu menghina agama Islam atau umat Islam di Malaysia. Ini berikutan kenyataan Presidennya Ong Ka Ting baru-baru ini bahawa parti beliau menolak perjuangan Negara Islam yang dibawa oleh PAS dan hukum Hudud yang mahu dilaksanakan.

Menurut kenyataan itu lagi MCA sekali-kali tidak akan berkompromi terhadap semangat Negara Sekular yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, oleh itu ia penentangannya terhadap Negara Islam bukan bermakna ia menentang Islam.

Pada dasarnya memang nampak logik dan boleh diterima, cuma yang hairanya apabila Perdana Menteri Malaysia (ketika itu) Tun Dr Mahathir mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam (pada bulan Jun 2002) di Dewan Rakyat, dan kemudiannya apabila pada bulan Julai 2007 , Timbalan PM Najib Tun Razak juga menyuarakan perkara yang sama, bahawa Malaysia adalah sebuah Negara Islam, tidak pula MCA meronta-ronta dan menyalak. Malah selepas pengisytiharan Tun itu MCA juga kelihatan menerima dan mengalu-alukannya.

Tiba-tiba yang salah dan bertentangan dengan Perlembagaan adalah apa sahaja berbunyi Islam yang dibawa PAS.

Dipenghujung kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Publisiti Ibupejabat MCA itu turut disebut bahawa MCA berikrar akan memastikan yang undang-undang sivil terus unggul dan hak serta kepentingan masyarakat bukan Islam sentiasa dilindungi dan dipertahankan.

Saya percaya MCA merujuk kepada pertikaian antara undang-undang sivil dan syariah berhubung kes melibatkan orang bukan Melayu yang telah memeluk Islam. Pastilah ia memaksudkan kes Moorthy, Nyonya Tahir, Lina Joy dan lain-lain.

Lalu Negara Islamkah atau apa kita ini? Eloklah jawapannya diberi bukan oleh PAS tetapi samada oleh Tun Dr M, Dollah atau Najib!?

13 comments:

mymoksha said...

Negara Islam Tun Mahathir dan UmNo boleh diisytiharkan sbb Negara Islam ala UMno ni boleh berjudi, zina, menyeleweng, curi harta kerajaan, menipu, berhibur melampau batas, ada pub sana sini, rasuah, boleh pakai seksi, takde ulama berani tegur dan mcm2 lagi isi Negara Islam ala Umno dan Bn ni jd tak heran la MCA setuju. Kalau Negara Islam anjuran PAS lain, semua benda yg ditegah Islam dan bkn Islam sama2 kita tegahkan. Yg takut sgt dgn HUdud ni apa pasal? Kalau tak buat salah yg nak takut pd undang2 dan peraturan ni kenapa? Ni yg UMNo-Bn tak paham ni. Saya tak heran kalau MCA,MIC,Gerakan,PPP,DAP dan masyarakat bkn Islam menentang hasrat PAS dan tak fhm dgn istilah negara Islam dan HUdud sbb diaorang masyarakat bkn Islam. Yg jd masalahnya sekarang, UMNo parti Melayu yg lwn negara islam dan tak fhm pasal hudud nie. Umno takde biro Agama ke nak wat kajian hal nie? Mashitah dgn Firdaus buat apa dlm Umno kalau tak boleh nak beritahu atau jelaskan hal ni pd ahli2 UMno?

Anonymous said...

jawab bang dollah jawab...jgn tak jawab.

Unknown said...

kesian orang-orang yang jadi ahli taksun UMNO ni. ada orang yang tahu agama, sembunyi ilmu agama. ada orang lain nak sampaikan ilmu agama, tak boleh, dihalang digam di larang dengan berbagai alasan bodoh, tak ada tauliah lah konon.
abih tu ugamawan dalam UMNO apa buat?
tidur ke?
tapi pada logik saya, orang macam MCA atau lain nya memang beruntung sebab ada dua (2) pilihan undang-undang. nak ikut undang-undang masing-masing/perlembagaan Malaysia atau undang-undang Islam?
tapi yang paling baik dan terbaik ialah undang-undang yang Allah sediakan, lagi senang.
setahu saya ramai puak UMNO yang tak suka undang-undang Islam terutama pemimpin haprak mereka, tak kan LIMA PULUH (50) TAHUN PEGANG PM TAK BOLEH LAKSANA HUKUM ISLAM?
TAK HAIRAN KALAU SEKUTU UMNO YANG BANTAH. TAPI YANG PUAK UMNO SEKALI PUN SAMA MEMBANTAH MACAM ZAID....YANG DARI KELANATAN KE....SAYA KURANG PASTI.......?


daripada:
saya orang ada akal yang boleh fikir bukan macam fikir orang utan......

Hasbullah Pit said...

2,3 hari kebelakangan ni aku dok terfikir, apakah kita tak boleh mengislamkan undang2 sivil secara berperingkat?

THE PUREHADHARIST said...

ANWAR IBRAHIM - JELMAAN ISLAM LIBERAL ? - BAKAL PM MALAYSIA ?

KENYATAAN-KENYATAAN ANWAR YANG PERLU KITA TELITI MAKSUDNYA.

1. ANWAR IBRAHIM KATA, SALMAN ADALAH "PROFOUND WRITER" BERERTI PENULIS YANG MEMPUNYAI PENGETAHUAN YANG MENDALAM. (Apakah karya Syaitannya itu juga berdasarkan pengetahuan yang mendalam, ANWAR ? )

2. " Let us look at Egypt, for example, who is the great beneficiary of
American aid, second to Israel." ( KEKAGUMAN ANWAR KEPADA "BOSS"NYA...MUNGKIN)

3. "To my mind, it is essential because again, in my limited
experience, with the Islamic Party, we were known to be strong
advocates of Islamic law, even an Islamic state. Now, Islamic state
is no longer on the agenda". ( NEGARA ISLAM BUKAN LAGI AGENDA ANWAR MUNGKIN BERSETUJU DENGAN SAYA KERANA BELUM MENCUKUPI SYARAT - APAKAH PAS BERSETUJU? BAGAIMANA AGAKNYA MASADEPAN PAKATAN RAKYAT? )

4. " AMERICA REMAINS THE STRONGEST VOICE FOR FREEDOM TODAY " . ( ADUH ! ANWAR ! MENGAPA TERSASAR JAUHNYA PEMIKIRAN KAMU).


wahai golongan ANWARIST ! kami perlu penjelasan atas kenyataan-kenyataan ini.

Untuk PAS , hati-hati dalam meniti kemenangan ini.



Satu Pertanyaan, " BUDAYA KAGUM KE ATAS BARAT DAN AMERIKA INI NAMPAKNYA BUKAN SAHAJA MENIMPA ORANG AWAM DAN ANAK MUDA NAMUN PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAM JUGA, TIDAK PELIK KALAU PALESTIN MASIH DIKEROYOK DAN SEANTERO DUNIA HANYA MELIHAT SAHAJA, pertanyaannya, Di mana silapnya?
SIKAP KITA TERHADAP AMERIKA PERLU JELAS. JANGAN BERMAIN KATA DAN "PLAY SAFE" DENGAN AMERIKA. KITA HARUS TERIMA AMERIKA-ZIONIS, ZIONIS-AMERIKA. MESTI ADA TAWALLA DAN JUGA TABARRA...BERSAMA ISLAM DAN MUSLIMIN DALAM MASA YANG SAMA MENYATAKAN PERMUSUHAN KE ATAS MUSUH ISLAM DAN MUSLIMIN.
BERUNDING DENGAN AMERIKA ADALAH SIA-SIA !
WAHAI PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAM TERMASUK MALAYSIA ! PELIHARALAH NEGARA MASING-MASING DARI DICENGKAMI OLEH PENGARUH AMERIKA !
HIDUPKAN SEMANGAT PATRIOTISME AGAMA , BANGSA DAN NEGARA.

THE PUREHADHARIST said...

Salam,

NEGARA ISLAM BUKAN HANYA HUDUD DAN DIA MEMPUNYAI SYARAT-SYARAT YANG KITA BELUM PENUHI UNTUK MENEGAKKAN NEGARA ISLAM.

SENANG-SENANG MASUK LAH BLOG KITA DISCUSS...

Anonymous said...

sauadara roslan yang di kasihi,
Kami penduduk Bandar sultan suleiman, Pelabuhan Klang,amat memerlukan sokongan saudara dan rakyat selangor bagi mengatasi masalah yang sedang kami hadapi ketika ini.
sila layari http://f4bss.muliply.com untuk maklumat lanjut

Anonymous said...

Bro Roslan,

TOlong la tukar balik layout ko nih ... hampeh btol berserabut! Yang dulu punya lagi kemas!

Cik Lee said...

Negara Islam hadhari kot tu.. tu yg MCA pun nak pening. Tp itu lah masalahnya, yang memeningkan org Islam dan bukan Islam tentang Islam - adalah orang Islam sendiri. Yang mana bertuhankan nafsu dan membelakangkan tuhannya. Cakap camtu marah pulak depa, tapi nak saman hudud takde plak puak depa yang marah.. pening-pening. saya pun pening gok...

Anonymous said...

Bro Roslan,

TOlong la tukar balik layout ko nih ... hampeh btol berserabut! Yang dulu punya lagi kemas!

-----------------------------------
Saya sedikit sebanyak menyokong pandangan Rizal ni. Nampak macam berserabut skit. Boleh kekalkan layout ini cuma kena dikemaskan sebagimana yang sebelum ini.
-----------------------------------
Saya juga mengulas isu ini di dalam wordpress saya di :

http://amin1982.wordpress.com/2008/04/15/dap-belajar-islam-dengan-pas-mca-belajar-islam-dengan-umno/

Anonymous said...

MCA masih lagi tidur & d buai kemewahan serta keangkuhan. Di nasihatkan supaya Ong Ka Ting ni pergi melancong sambil belajar ke Kelantan, Kedah & Perak. Sememangnya BN ini adalah parti perkauman yg extrem. Sebelum ni Ku Li yg menyatakan bhw kuasa org melayu semakin hilang & negara mula d tawan org Cina. Sekarang Ong Ka Ting pula buat kenyataan yg bersifat perkauman melampau. Peringatan!! masa utk membuli & menipu rakyat sudah berlalu.

Anonymous said...

Tengoklah macamana orang BN bekerja. Kalau depa cakap, semuanya betul. Kalau kita cakap benda yang sama, kita pulak yang salah. Ong Ka Ting tu bukan releven lagi. Orang Cina pun dah marah kat dia. Kalau BN kata cina kena masuk Islam, dia mesti kata ya, datuk. Kalau kita cakap, lawan bak pahlawan cina zaman purba. Dia tahu tak apa tu Hukum Hudud? Dia memang tak tahu, jadi tak apa lah kalau dia tentang. Ini orang kita yang Islam pun menolak juga. Mampu pi la kat depa???????

Sabzam said...

Sebenarnya kita masih lagi mencari identiti yang sebenar. Dalam masa yang sama kita diserang dari pelbagai sudut dan kita sebenarnya menunggu untuk dihancurkan oleh musuh - musuh kita sekiranya kita tidak kembali kepada jalan yang diajar oleh Islam yang sebenarnya. Kita masih lagi cuba untuk melihat sesuatu itu dari kacamata dunia.