Wednesday, April 09, 2008

Panggilan dari Sang Kelembai

Saya baru menerima panggilan dari rakan saya yang baru "konar baring" Sang Kelembai. Ternyata beliau tidak senang dengan tulisan saya (yang dipetik pula oleh Harakahdaily). Tetapi untuk beliau memanggil saya, menunjukkan yang beliau masih menganggap saya sebagai kawan dan saya pun memang tidak ada masalah dengan peribadi beliau, seorang yang cepat mesra dan pelawak, tetapi sudah pastilah saya tidak dapat menerima sikap "konar baringnya" yang terbaru ini.

Beliau tidak memarahi saya cuma mengadu yang ramai kawan-kawan tidak memahami "konar baringnya" itu. Saya pun tak menyalahkan kawan-kawan sebab sejak beliau dipecat dari Umno oleh Dollah, serangan dan krtikkan tajam, sinis dan pedas beliau terdapa Dollah dan suku sakat seolah membayangkan yang beliau telah berkerat rotan dan berpatah arang sama-sekali dengan Dollah. Kalau yang kasar dikalangan kita pun sekadar mengumpakan Dollah sebagai PM yang "lembik" dan kaki tidur, tetapi bagi Sang Kelembai, bahasa itu terlalu sopan bagi beliau.

Apa yang tidak dihumbankannya terhadap Dollah, anak-isteri dan kaum kerabat, sehinggakan solat Dollah sebagai imam pun dikatakan tidak sah atas sebab-sebab peribadi Dollah yang saya sendiri tidak tergamak menulis di sini.

Kerana itu bila beliau "konar baring" sudah pastilah kawan-kawan marah dan menyumpah.

Menurut Sang Kelambai beliau percaya percaya yang ketika Dollah jatuh terlentang ini, maka Dollah perlukan pertolongan lalu bagi Sang Kelembai, inilah masanya untuk membantu Dollah agar Islam dan Melayu naik semula. Kata beliau kepada saya, kaedah kita mungkin berbeza namun destinasi tujuan kita sama.

Biarlah Sang Kelembai dengan labu-labunya, walaupun beliau tetap sebagai kawan, tetapi kiranya beliau mula membantu Dollah sehingga menyerang musuh-musuh politik Dollah termasuklah pihak sebelah sini, maka ketika itu saya dan kawan-kawan akan berada dibaris hadapan mempertahankan apa yang telah kami bina selama ini.

Adios Sang Kelembai!

13 comments:

Anonymous said...

baiknya sang kelembai.....baik ada makna tu...aku rasa sang kelembai ni kena tukar nama gelaran dia,,dari sang kelembai kepada "sang yang ada had dan ada hari"

AC said...

Quote by Sang Kelembai "agar Islam dan Melayu naik semula"

Yang dia dok kutuk Pak Lah and family tu tak bercanggah dengan ajaran Islam ke. SK bukan setakat kritik, tapi menghina. Mengatakan Pak Lah tak layak jadi imam sebab "tut....." seolah menghumban Pak Lah ke lubang najis..... Kalau Pak Lah jadi imam sanggup ke dia jadi makmum....

Tuan suruhlah SK baca blog MSO... lagi sadis kritikan dia....

Anonymous said...

inilah yang dikatakan 'ludah dan jilat balik'.orang macam ni memang ada yang tak kena.langsung tiada pendirian.entah akal letak kat mana.

alqalam said...

Minta komen prog realiti ini: http://www.malaysiandreamgirl.tv/index.html

el said...

buleh jadi sang kelembai cuba nak dapatkan balik kesaktian dia.. kalau sebelum ni, bila dia sumpah orang, takde yang jadik batu dah.. pasal kesaktian dah ditarik balik..

sekarang ni.. mana la tau.. kot kot nak dapat balik kuasa tu.. lepas ni sumpah orang.. buleh jadi batu lah...
kena hati-hati lah lepas ni.. hahaha....

Anonymous said...

yelah... takkan dia nak kata aku dah di bayar duit untuk jadi barua pak lah.
kenalah kata nak menyatukan Umno .
tak pe, kita kat kubur nanti pun sorang sorang aje...jawablah

Anonymous said...

On Sang Kelembai,

Sun Tzu said:

Be ever ready to change strategy according
to the changing conditions of the opponent.

ando

Mohd Hamdan said...

Alahai..sedih dan celaru fikiran dibuatnya...mengapa manusia boleh jadi begini??? adakah cerita sesuatu disebaliknya yang kita tak ketahui...tuan SK...you ni manusia jenis apa ye? where do you put your conscience? berhentilah berBLOG, duduk diam diam dan jaga cucu...

dr hapizi said...

ada yang mengatakan tulisan sang Kelembai kat blog dia tu bukan dia yang tulis tapi dia upah seseorang...entahlah...mungkin betul..sbb cepat sgt dia buat u turn..

Oldstock said...

Adakah ini bermakna Sang Kelembai akan diterima balik ke dalam UMNO? Kalau betul, kita tunggu tagline baru dari dia.

Mari kita tengok samada blog SK akan menyiarkan komentar yg mengkritik dia balik. Org putih kata, if you can dish it out, you must be able to take it too.

Anonymous said...

biarler dia mengelembai dan terkelembai..apa-apahal kalu dia serang kita, kita serang dia balik kan!

biar le dia ngan konar baring dia! kalu dia nak konar baring real suruh dia masuk motorcycle championship..itu betul-betul konar baring..silap-silap ????

Anonymous said...

Sang Kelembai dah kena beli oleh Dolah dengan RM 1 juta. Tak lama nanti, adalah jawatan dalam UMNO. Kena pulak election UMNO akan datang. Mengolek macam durian dia datang.

Anonymous said...

Kenapa tidak membiarkan sahaja si sang kelembai itu. Masing-masing punya hak untuk membuat pilihan. Biarkanlah. Rata-rata pembaca blog/penulis blog ini punyai sikap hollier than thou. Semua orang salah anda sahaja yang betul. Mungkin apa yang SK buat terbaik untuk dirinya dan bangsa. Pernahkah anda terfikir pihak yang anda sokong ni tak semestinya betul. Ingat Anwar pernah berada di dalam UMNO, bergelumang dengan tahi2 UMNO. Pas pun bukan lah syumul. Manusia tiada yang syumul melainkan rasul. Kalau Pas sanggup kompromi ataupun ditekan hal isu Babi dengan DAP, nescaya isu negara islam pun boleh digugurkan demi menjawat jawatan dalam kabinet. Semua manusia kelabu mata dengan kuasa. Husam sudah pun kata negara islam bukan agenda Pakatan Rakyat. Kalau bukan agenda pakatan, why bother be in that pakatan? Untuk jadi si hipokrit yang angguk dan setuju dalam meeting pakatan, dan bila balik meeting parti gendang negara islam dipalu kembali. Fikir fikir

Pandangan peribadi buat Roslan SMS. Jangan ingat berkiblatkan Pas sebagai perjuangan, anda kebal dari segala dosa. Tulisan yang berbau fitnah/spekulasi/atau tanggapan liar hanyalah benih kepada dosa.