Tuesday, April 15, 2008

Selamat pulang Ayah Chik

Pagi tadi ketika sedang bersarapan kia-kira jam 7.45pagi saya menerima panggilan dari Tuan Guru Presiden PAS yang masih berada di hospital di Kuala Terengganu ketika itu. Sejak berada di hospital beliau menerima akhbar hariannya lebih awal, lalu menarik perhatian saya kepada sebuah laporan akhbar tempatan pagi itu.

Saya ketika itu sedang membelek akhbar harian percuma "The Sun", maaf saya beritahu Tuan Guru belum sempat saya baca akhbar yang lain, lalu meminta beliau sendiri memaklumkan kepada saya.

Beliau ternyata ceria dan gembira (sebagaimana selalu), meminta saya menyampaikan salam kepada YB Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat kerana laporan berkenaannya di muka hadapan sebuah akhbar pagi ini. Kata Tuan Guru, tekanan darahnya turun (stabil) ketika membaca berita yang melegakannya itu.

Saya bertanya khabar beliau, kata beliau semakin sihat insyallah.

Dan petang tadi kira-kira jam 5.30 petang saya difahamkan, pemimpin gerakan Islam rantau ini yang paling dihormati dan disegani itu telah dibenarkan keluar dari hospital untuk pulang berihat di rumahnya di Rusila.

Semoga beliau dapat berihat secukupnya, kerana ternyata tenaga dan fikirannya terus diperlukan pasca "Tsunami Politik" PRU ke 12 lalu untuk terus mengepalai PAS dan membina kekuatan Pakatan Rakyat.

Saya teringat ketika sebelum pembubaran Parlimen, apabila wartawan dari sebuah akhbar berbahsa Cina tempatan menemuramah beliau secara eksklusif, wartawan tersebut telah bertanya (lebih kurang): Kalau dizaman kepimpinan Almarhum Ustaz Dato Fadzil Nor dahulu PAS cemerlang dalam PRU ke 10 tahun 1999 dengan berjaya menawan Terengganu, mengekalkan Kelantan dan mencatat rekod 27 kerusi di parlimen, apa komen Dato Seri apabila Dato Seri menjadi Presiden PAS kalah teruk dalam PRU ke 11 tahun 2004?

Saya secara peribadi tidak selesa dengan soalan itu, tetapi saya melihat wajah Tuan Guru tenang dan menjawabnya dengan jelas dan yakin. Kata Tuan Guru, Almarhum adalah pemimpin yang hebat dan beliau memang sukar mahu menandingi kehebatan Almarhum itu, tetapi masa berputar, ada ketikanya PAS naik dan ada ketika ia turun, insyallah kata Tuan Guru PRU ke 12 nanti tidak mustahil PAS akan naik kembali.

Terbukti, untuk rekod ketika Tuan Guru menjadi Presiden PAS lah, maka PAS mencatat rekod paling cemerlang, dengan mengekalkan Kelantan (5 penggal berturut-turut), menawan Kedah (pertama kali dalam sejarah) dan bersama membentuk kerajaan negeri di Perak, Selangor dan Pulau Pinang. Dizaman Tuan Guru kini PAS punya 3 Menteri Besar (paling banyak dulu cuma 2) 23 ahli Dewan Rakyat dan 83 ADUN di 10 buah negeri (satu ahli Parlimen di Wilayah Persekutuan).

PAS buat pertama kali menang kerusi yang dipertandingkan di Johor dan Negeri Sembilan.

Semoga Allah swt memberikan kekuatan dan kesihatan kepada Tuan Guru untuk terus memimpin PAS dan kekuatan jua kepada kita semua untuk terus duduk dan menyokong gerakan Islam bernama PAS ini.

3 comments:

Lion King said...

Salam

Semuga Allah memanjangkan usia Tuan Guru Hj Hadi dan memberi kesihatan yg berpanjangan. Amin

ahmad mustaiin said...

salam tuan roslan,
terima kasih dgn article ini, sekurang2nya menjawab sedikit soalan yg pernah sy ajukan utk tuan..saya geram betul dgn org yg menyerang peribadi tok guru hadi

ahmad mustaiin
krasigill@yahoo.com

ANAK JATI said...

barisan alternatif???apa hal ni???nk jadi lembu DAP??macam kt perak????hancur melayu macam ni..