Thursday, May 01, 2008

Jaga adab dan akhlak dalam dewan

Hari pertama persidangan Dewan Rakyat semalam terus menjadi bualan ramai. Kekecohan di dalam dewan buat setengah jam pertama telah dapat ditontoni oleh seluruh rakyat Malaysia. Walaupun ramai yang merasakan dewan kelihatan lebih bagaikan sarkas semalam namun desakkan agar siaran langsung seumpama itu bukan hanya diteruskan tetapi ditambah siarannya terus kedengaran.

Sebahagian besar sesi sebelah pagi terbuang begitu sahaja apabila ahli-ahli dewan dari kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang sibuk membahas dan membangkitkan isu-isu teknikal. Ramai saya yakin yang naik bosan melihat wakil-wakil mereka terlonjak-lonjak dengan buku peraturan dewan membangkitkan "point of order" untuk menarik perhatian Speaker Dewan. Itu tidak mengambil kira, kata-kata kasar dan kesat yang dilemparkan.
Gambar NST

Kerana itu saya bersetuju apabila seorang ahli dewan mengatakan yang rakan-rakannya itu lebih mahu mengambil kesempatan untuk menonjolkan diri kerana sedar setengah jam pertama itu disiarkan secara langsung. Malulah kalau benar begitu sedangkan sidang dewan akan berlarutan sampai ke hujung bulan ini dan kita baru di hari pertama bagi keseluruhan penggal ke 12 ini.

Tak perlulah mengambil kesempatan untuk menonjolkan diri. Bagi PAS saya perhatikan wakil-wakil veteran termasuklah yang membuat "comeback" ke dewan kali ini jelas kelihatan lebih matang dan "composed". Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha Agung dan malah Ketua Pemuda kelihatan lebih relaxed berbanding beberapa yang baru jejakkan kaki ke dewan. Kita PAS perlu membawa akhlak yang lebih baik kerana kita dari parti Islam. Lihatlah cara Presiden mengemukakan soalan tambahan kepada Perdana Menteri, dan bagaimana Ketua Pemuda mengemukakan usulnya terhadap royalti minyak di Terengganu. Malah cara Sdr Azmin (Gombak) mengemukakan hujah dan mengatur susun kata, begitu sopan dan menjadi sebutan ramai.

Jangan kita terbawa dan terikut-ikut dengan orang lain. Tak perlulah kita mahu berlagak pandai dan mahu mengundang kemarahan speaker semata-mata untuk mengejar nama dan julangan dari penyokong (kerana kebetulan menyangka penyokong sedang menonton). Kalau ini penggal pertama kita, biarlah bab "point of order" ini dibawa oleh mereka yang lebih kanan dan lama dari kita, bukannya tidak boleh, tetapi bukankah kita ada 82 wakil Pakatan Rakyat di Dewan, kalau semuanya mahu bangkit dengan "point of order" bila pula kita mahu berbincang dan membahaskan masalah rakyat?!

Saya harapkan wakil-wakil PAS akan lebih memberikan tumpuan kepada perbahasan dengan mengemukakan hujah yang berisi dan berna, dalam waktu yang sama berakhlak dan berkeperinbadian tinggi. Wakil-wakil PAS lah yang sepatutnya ke hadapan menjunjung titah Tuanku agar dewan kali ini digunakan untuk kepentingan rakyat bukannya kepentingan peribadi. Rakyat sedang memberi perhatian kepada kita, jangan hampakan mereka.

4 comments:

Fakhrurrazi Ahmad said...

betul2...
saya pun tengok ayah chik dgn ust nasha senyum je bila parlimen kelam kabut..comel sungguh muka ayah chik..heee

Unknown said...

Sekiranya Speaker minta Timbalan Menteri berkenaan angkat sumpah semula kerana dikatakan tidak angkat tangan rasanya tidaklah kecoh macam tu. Memang menjadi amalan sejak dulu lagi semua Wakil Rakyat ketika mengangkat sumpah mesti angkat tangan.

Parlimen mesti ada tatacara yang seragam jangan biarkan angkat sumpah mengikut citarasa masing-masing. Nasib baik kena atas batang hidung BN, jika berlaku ke atas Wakil Rakyat PR tidak angkat tangan sudah pasti menjadi isu besar kepada negara, " kononnya tidak hormat kepada Dewan dsbnya."

Bagi BN semua boleh tetapi jika kena ke atas pembangkang media turut memainkan isu macam isu babi di Selangor.

Jadi kita kena berlaku adil kenapa Wakil Rakyat PR marah? Mesti ada sebabnya. Padan muka Speaker kerana bertindak pilih kasih. BN serba boleh sehingga jemputan ke atas Dato Seri Anwar pun boleh terlupa...itulah BN.

Anonymous said...

yes..thats the way to go..PAS is the government in waiting..

Anonymous said...

Inilah yg dikatakan bila ada sesuatu kemudahan itu, tidak seharusnya disalahgunakan.

Last-last Menteri jugak yg terpaksa buat keputusan, nak teruskan atau tidak. Beliau pulak menghadapi tekanan daripada sestengah rakan2nya dalam UMNO supaya jgn diadakan pembaharuan melalui siaran langsung ini.

MP Paktan Rakyat mahupun BN jgn anggap Dewan Rakyat apatah lagi bila ada siaran langsung sbg forum nak tunjuk terer individu. Untuk tuijuan itu boleh buat rancangan lain - forum atau debat politik. Kalau RTM tak nak buat, media lain duk tunggu apa lagi. Webcasting pun sudah cukup baik.

Perihal siaran langsung ini mesti jaga kelangsungannya untuk muslihat awam/ umum (public interest). Contoh: usul royalti minyak dll. Untuk mepastikan ada kelangsungan , MPs mesti bersikap parliamentary bukan sebaliknya.