Thursday, May 15, 2008

Ucapan dari Ahmad Lufi Othman

(Sebagaimana yang dijanjikan ini merupakan sebahagian dari ucapan selamat yang saya terima dari sahabat-sahabat sempena ulangtahun ke 4 blog ini pada 20 Mei 2008 nanti)

Tahniah. Ya, tidak mudah selama empat tahun untuk saudara istiqamah menekuni perkembangan semasa, dan memilih isu-isu terbaik saban hari, bagi dimuatkan untuk tatapan umum, dengan olahan bahasa yang menarik dan pendekatan yang segar. Ada keistimewaan di sebalik lontaran idea saudara terhadap isu-isu yang dipilih itu, dan saya jarang ketinggalan untuk bersama "mengunyahnya". Ia juga sarat dengan sudut pandang Islami yang sebenarnya jarang ditemui dalam blog-blog lain.

Topik yang dikemukakan juga kerap dirujuk oleh rakan-rakan di Harakah. Jika ada pemberita
yang ketandusan idea, saya minta mereka menjenguk sekejap blog ini, sekurang-kurangnya
dapat mengetuk kotak fikir. Walaupun ia banyak menyinggung hal-hal yang disiarkan akhbar
harian - yang pastinya telah dibaca oleh khalayak pembaca - namun apabila saudara memilih
untuk mengulasnya, pasti ada "sentuhan berbisa" yang seringkali tidak terfikir oleh orang
lain.

Cabaran untuk bloggers pasca tsunami politik 8 Mac 2008 tentunya lebih berat. Meskipun
saya tidak mudah untuk meyakini bahawa kecenderungan mengundi dalam pilihan raya 2008
banyak digerakkan oleh pengaruh blog tetapi ia tetap merupakan antara faktor utama yang
tidak boleh diremehkan. Saudara sudah menunjuk jalan, dan saya kira jika lebih ramai
meneladaninya, terutama di kalangan aktivis PAS, lebih banyak manfaat boleh diraih.
Akhirnya, saya lebih gembira dengan keupayaan blog ini untuk terus "membesar dan
mencabar", ya, bagi mendepani hari muka yang sukar untuk diramal.


(Lutfi adalah Ketua Pengarang Harakah, saya bertuah bersahabat dengan seorang yang sangat tajam penanya, jauh ke hadapan pandangannya namun kaki tetap berpijak ke bumi. Terima kasih atas ucapan sdr)

1 comment:

Anonymous said...

Saya amat bersetuju dengan pandangan saudara Lutfi tentang blog anda .... blog anda cukup kemas dan teratur dari segi tulisan dan susun atur .... antara blog kegemaran saya dan sumber rujukan dalam penulisan ...

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …