Sunday, May 11, 2008

Komen yang tidak dapat saya luluskan

Saya menerima komen yang panjang lebar dari seorang pengunjung blog ini yang mahu dikenali dengan nama Jacknaim. Antara lain beliau menulis:

Di dalam Al quran tidak kurang daripada 20 ayat yang menerangkan tentang murtad. Dalam ayat-ayat tersebut, tidak ada satupun ayat yang mengatakan bahawa orang yang murtad itu patut dibunuh. Sesiapa yang ingin meninggalkan agama islam untuk mengamalkan agama lain, maka dia bebas berbuat demikian.

Saya tidak berminat untuk tahu latarbelakang beliau, tetapi saya tidak dapat menyiarkan keseluruhan komen beliau yang penuh sarat dengan petikan ayat-ayat al Quran itu kerana jelas beliau tidak faham akan Islam yang sebenarnya. Sumber hukum atau perundangan Islam bukan sekadar terkandung di dalam al Quran tetapi turut juga terkandung dalam Hadis-hadis Rasulullah saw disamping ijmak ulamak dan qias, ini pegangan seorang Muslim.

Dalam beberapa posting saya berhubung isu murtad ini saya tidak pernah menyebut mengenai hukuman bunuh ke atas pesalah murtad. Saya lebih "concerned" untuk merayu kepada para pimpinan negeri dan negara yang beragama Islam agar mengetatkan perundangan yang berkaitan agar:

PERTAMA: Jangan mudah-mudah orang menerima atau masuk Islam tanpa memahami asas-asas agama ini, serta tanggungan yang akan dipertanggungjawabkan ke atas nya sebagai seorang Muslim

KEDUA: Agar setelah seseorang itu menjadi Muslim maka ia tertakluk kepada hukum dan peraturan berkaitan dengannya, dan terpaksa melalui proses undang-undang apabila terdetik dihatinya mahu kembali ke agama asal atau meninggalkan Islam

Semoga dengan cara ini Islam tidak lagi dipermainkan, Islam tidak lagi digunakan semata untuk mana-mana pihak bermain cinta dan melepaskan nafsu. Jacknaim, pemikiran seperti sdr inilah yang saya maksudkan akan membahayakan Islam dan mencetuskan konflik antara penganut Islam dengan yang lain. Apa yang saya cadangkan adalah penambahbaikan peraturan untuk memelihara agama saya yang tercinta lantaran ketiadaan peraturan dan undang-undang Islam sebenar dalam negara ini.

Agama Islam adalah urusan penganutnya, tak perlulah orang lain masuk campur dan mengeruhkan suasana.

8 comments:

d49 said...

kepada Jacknaim,

anda patut tahu bahawa agama islam bukan boleh dibuat main2 seperti kristian,buddha atau hindu.agama2 tersebut tidak mengambil serious samada penganut mereka kelua atau melanggar hukum2 agama mereka.

hukum bunuh yg ditetapkan islam ke atas pesalah murtad membuktikan bahawa agama islam ini mengambil serious akan kepercayaan dan pegangan penganut nya.agama islam bukanlah sebuah agama yg hanya dijadikan batu loncatan utk berkahwin dgn seorang muslim atau utk dijadikan trial and error kepada mereka yg belum ada pegangan agama.seperti dalam artikel bro roslan yg lepas,agama islam adalah way of life.meaning,if you decide to be a muslim,you will abide to all the laws and rules of Islam.

saya syorkan anda kembali belajar dari asas mengenali tuhan dan agama anda sekiranya anda seorang muslim.

saya juga berharap jgn lah anda mengambil sebahagian ayat al-quran dan terus membuat tafsiran anda sendiri.harus anda ingat al-quran itu datang dari Allah bukan buatan manusia.hatta orang2 arab sendiri tidak mampu membuat tafsiran terhadap al-quran.dan anda sebahagian manusia yg bukan berbangsa arab,harus belajar dari asas,dari mula dan bertanya apakah maksud2 yg cuba disampaikan dalam al-quran tersebut. bertanyalah kepada ustaz2 yg memang pakar dalam hal2 tersebut.jgn diambil sebahagian dan ditolak sebahagian.

jika anda benar seorang manusia yg mencari kebenaran,maka saya yakin anda pasti akan menyelidik sebab musabab kenapa islam menetapkan hukum bunuh terhadap pesalah murtad.

Matt. said...

Assalamualaikum Sdr. Roslan, ucapan selamat ulangtahun ke 4 blog YDP kita. Kebanggaan yang kami rasai bersama dari PAS cawangan Bdr Sunway.

Cadangan ana YDP patut adakan satu lagi blog yang lebih global kerana selain seorang YDP Subang Jaya, sdr. adalah setiausaha akhbar tuan presiden. Adalah patut nama blog sdr lebih komersial seperti roslan-sms.blog.spot ke atau yang difikirkan sesuai.

Walau bagaimana pun blog sdr. Roslan adalah yang paling bermutu lagi padat, berilmiah dan berfakta sepenuhnya.. teruskan dan tambahkan... Syabas!!

Andre Irwan said...

Saudara Roslan,

Betul cakap sdr bahawa urusan agama Islam adalah urusan kita yang beragama Islam dan bukan yang lain. Saya tidak kenal Jacknaim dan untuk pengetahuan Sdr, saya bukan seorang muslim yang terbaik. Bagi saya, Islam adalah segala-galanya. Sejak Fatimah Tan dibenarkan murtad, hati saya terasa resah dan rasa bersalah timbul setiap kali saya berdepan dengan Allah. Apakan daya, saya cuma seorang insan biasa yang tidak mempunyai kuasa untuk membatalkannya apatah lagi mengubahnya. Saya khuatir Allah akan menurunkan bala kepada kita semua kerana tidak pertahankan agamaNya.
Saya amat marah dengan penjelasan Majlis Agama Pulau Pinang bahawa kes Fatimah Tan tidak menunjukkan mereka tidak bekerja. Setahu saya, kes ini sudah berjalan lama. Apa yang telah mereka lakukan? Adakah mereka telah memujuk Fatimah Tan? Menasihati beliau? Mana suami Fatimah Tan yang tidak bertanggungjwab tu sudah dijejaki mereka? Jiran-jiran Fatimah Tan yang beragama Islam pula, apa yang mereka buat? Satu kes murtad sudah cukup memalukan kita. Tak kan nak tunggu sampai orang Melayu murtad, barulah kita kelam kabut. Jangan lupa sudah ada bayang-bayang yang akan berlaku?
Sehari selepas Fatimah Tan dibenarkan murtad, sudah kedengaran lima adik beradik keturunan India muslim dari Seremban memohon keluar dari Islam selepas ayah mereka meninggal dunia. Apa nak jadi kepada agama kita? Jangan sampai Allah turunkan bala, baru kita tersedar. Itu pun kalau belum terlewat.
Apa jadi dengan kerajaan kita yang majoritinya penganut Islam? Negara Islam apa yang dilaung-laungkan oleh mereka? Islam Hadhari membenarkan murtadkah? Minta simpang.
Sdr. Roslan, tulislah sesuatu yang boleh menyedarkan umat Islam. Letakkan Islam di hadapan. Lupakanlah keturunan kita yang tidak akan bawa kita ke mana. Azab Allah amat perit, lebih panas dari cuaca sekarang. lebih perit dari bencana yang melanda Myammar.

aNaK BaPaK said...

Isu Murtad ; Hakikat sebenar Kebebasan Beragama Dalam Islam

Islam adalah agama juga kaedah serta cara hidup yang paling sesuai dengan fitrah manusia. Islam itu sendiri berperanan memelihara dan menjamin hak individu itu dari diceroboh oleh individu yang lain secara batil. Kebabasan individu dalam memnuat keputusan adalah salah satu kelebihan dan keistimewaan yang diperuntukkan dalam Islam di samping kelebihan-kelebihan yang lain seperti menjaga kebajikan seluruh manusia, menjaga harta manusia dari di ceroboh oleh manusia lain secara tidak sah atau penindasan ekonomi, persamaan sesama manusia tanpa ada kasta dan double standard ( tidak seperti amalan Islam Hadhary UMNO ), menjaga maruah, kehormatan manusia serta nasab keturunan manusia, menjaga nyawa manusia serta menjaga akal manusia dan banyak lagi. Seluruhnya itu sudah cukup menggambarkan bahawa Islam adalah satu-satunya jawapan terhadap persoalan hidup manusia.

Kesimpulan-kesimpulan di atas adalah kelebihan-kelebihan serta keistimewaan-keistimewaan yang membuktikan betapa Islam adalah cara hidup yang maha lengkap betapa Islam juga merupakan cara hidup yang maha sesuai dengan fitrah manusia. Walaupun Islam adalah satu-satunya agama atau cara hidup yang paling sesuai dengan fitrah manusia, namun Islam tidak menyuruh penganutnya mengadakan paksaan kepada individu non muslim untuk menerima Islam sebagai cara hidupnya. Adapun larangan paksaan atau memaksa individu non-muslim untuk memeluk Islam sebagimana firman Allah yang bermaksud ;

" Tidak ada paksaan untuk ( memeluk ) agama ( Islam ), sesunggunya telah jelas jalan yang benar ( Islam ) dari jalan yang salah..,

( Surah Al-Baqarah Ayat-256 )

Adapun Islam meletakkan hak kepada individu yang menganggotai masyarakat itu dengan kebebasan kepadanya untuk menyatakan pendirian dan untuk bersuara. Sifat manusia yang suka mengambil hak orang lain secara batil menyebabkan manusia perlukan undang-undang untuk mengawal dan mengatur pergerakkan serta tindakan manusia itu agar tidak melampau batas kemanusiaan. Begitu juga hak individu terhadap kebebasan beragama. Dalam islam, adalah amat dilaranga kepada mana-mana individu muslim hatta pemerintah sekalipun untuk memaksa mana-mana individu atau kelompok non-muslim untuk menjadi seorang muslim.

Atas dasar bukan paksaan, Islam menuntut setiap Muslim untuk berdakwah kepada non-muslin sekitarnya untuk menerang dan memberi maklumat selengkap mungkin betapa cantiknya Islam ini menjaga dan memelihara kemurniaan kemanusiaan itu sendiri. Sekurang-kurangnya individu non-muslim itu kalaupun dia tidak tertarik untuk memeluk Islam, sekadar dia mengetahui bahawa Islam menjamin hak non-muslim untuk terus hidup bermasyarakat, berekonomi dan selamat dibawah pemerintahan Islam pun sudah mamadai. Sekiranya dakwah dan program penerangan ini dijalankan dengan tiada halangan ( lebih-lebih lagi dari musuh Islam dari kalangan Islam sendiri yang mahu menakut-nakutkan non-muslim kepada Islam atas kepentinga politik sekularnya itu ), saya pasti bahawa masyarakat atau indidvidu non-muslim akan lebih memahami bahawa jaminan Islam kepada mereka untuk hidup termasuklah mengamalkan amalan agama mereka sendiri adalah lenh terjamin dari sistem demokrasi acuan sekular yang jelas memusuhi seluruh agama yang diamalkan dikebanyakkan negara di dunia kini.

Atas dasar itulah meletakkan bahawa masyarakat non-muslim bebas untuk mengamalkan agama mereka sendiri dan masyarakat islam yang lain tidak dibenarkan untuk masuk campur urusan agama mereka. Untuk masuk campur urusan agama non-muslim pun tidak dibenarkan oleh Islam, apatah lagi merobohkan rumah ibadah seperti kuil atau mempersoalkan non-muslim untuk makan dan menternak babi kerana perkara itu dibenarkan dalam agama mereka sendiri. Maka untuk urusan Islam, tidak dibenarkan mana-mana individu atau kelompok non-muslim untuk mempersoalkan apa-apa amalan serta undang-undang Islam kerana ia adalah dibawah amalan Islam itu sendiri. Kesmpulannya muslim tidak dibenarkan untuk masuk campur urusan agama non-muslim, dan non-muslim juga tidak dibenarkan untuk masuk campur urusan agama Islam. Inilah keharmoniaan yang diasaskan oleh Islam, maksud sebenar kebebasan beragama itu adalah menghormati urusan dan agama agama lain tanpa ada tindakan masuk campur yang akan menjejaskan semangat hormat-menghormati antara manusia dengan manusia yang lain.

Atas dasar itu juga Islam tidak memaksa mana-mana non muslim untuk memeluk Islam kerana menganggap jika individu itu hanya menerima maklumat tentang Islam dan amalan-amalannya, dia masih belum berada dibawah urusan Islam tetapi Islam menggalakkan penganutnya untuk terus memberi semangat kepadanya sekiranya dia benar-benar tertarik untuk memeluk Islam tetapi tidak boleh memaksanya. Seseorang individu yang ingin memeluk Islam perlu secara total untuk menyerahkan dirinya untuk tunduk pada apa yang diperintahkan oleh Allah kepadanya. Tunduk kepada perintah Allah bermaksud melakukan seluruh suruhannya dan meninggalkan seluruh larangannya. Maka adalah menjadi tanggungjawab kepada musli itu sendiri atau badan-badan dakwah atau mana-mana pentadbiran hal-ehwal Islam untuk bekerja keras memberi penerangan tentang Islam secara kesuluruhan agar non-muslim tidak menerima maklumat tentang Islam sekerat-sekerat tetapi maklumat yang bersifat komprehensif juga menyeluruh dari segi amalan dan pandangannya terhadap kehidupan manusia serta hubungannya dengan tuhan.

Sekiranya ini berlaku, pasti non-muslim akan lebih memahami secara terbuka tentang Islam.Non Muslim yang bercadang menjadikan Islam sebagai cara hidup juga adalah diberikan ilmu dan maklumat yang tepat tentang undang-undang yang mesti dipatuhinya selepas dia melafazkan syahadah sebagai tanda beriman dengan Allah dan Rasulnya. Non-Muslim itu juga mesti diberi tahu bahawa antara undang-undang yang mesti dipatuhi adalah tidak boleh kembali kepada agama asal mereka kerana Islam mempunyai maruah dan tidak boleh keluar masuk sesuka hati sepeti keluar masuk ke kelab malam.

Apakah ianya bercanggah dengan hak asasi manusia..? Jawapannya sudah pasti tidak kerana persoalan hak asasi manusia tidak boleh dijawab dengan jawapan dari manusia kerana yang menciptakan manusia bukan manusia tetapi Allah Ta'ala sebagi tuhan yang menciptakan manusia dan seluru alam yang fana ini. Akal manusia yang amat terbatas pasti membuatkan jawapannya yang tidak akan pernah tepat bahkan akan berubah mengikut persepsi manusia itu. Manusia akan mencari jawapan yang bersifat menguntungkan dirinya sahaja tanpa memperdulikan orang lain. Oleh itu jawapan sebenar hanya datang dari tuhan yang menciptakan manusia yang sudah pasti maha mengetahui kelebihan dan kelemahan manusia itu sendiri. Asas yang diletakkan oleh Allah ialah menghormati hak orang lain termasuk hak untuk mengamalkan agamanya kerana telah jelas kebenaran tentang Islam dan kepalsuan cara hidup selain dari Islam. Selepas itu lah barulah akal manusia dapat memainkan peranannya menilai tentang kebenaran dan kebaitlan suatu cara hidup itu.

Apabila sesorang itu telah memeluk Islam kemudian ingin mengambil keputusan untuk kembali kepada asalnya adakah dibolehkan dalam Islam..? Sudah tentu tidak boleh kerana Islam adalah satu-satunya agama yang ada maruah. Maruah Islam dipelihara dengan kedaulatan undang-undangya. Antara undang-undangnya adalah melarang umatnya dari keluar dari agamanya. Soal maruah agama selain dari Islam, perlu ditanya pada pengamal agama itu sendiri, apakah ada pada agama itu seperti yang termaktub didalam undang-undang Islam. Biasanya non-muslim yang bersungguh-sungguh ingin memeluk Islam akan mengkaji kepalsuan agamanya dahulu setelah ia yakin bahawa hanya Islam yang benar, barulah dia akan komited meninggalkan agamanya buat selama-lamanya. Adapun yang keluar masuk Islam sesuka hatinya biasanya hanya dikalangan mereka yang tidak menerima maklumat aqidah Islam yang sebenar seterusnya dia tidak merasakan betapa berbezanya Islam dengan agam-agama yang lain. Kerana faktor itulah berlakunya kes-kes murtad kerana mereka tidak bersama Islam dengan ilmu tetapi faktor lain seperti faktor cinta ( perkahwinan ) dan harta. Putusnya ikatan perkahwinan maka dengan mudah juga dia memutuskan hubungan dengan Allah. Di sini dapat kita lihat manusia dengan mudah mempermainkan Allah, boleh diterima dan ditolak mengikut hawa nafsunya sahaja.

Undang-undang murtad adalah dibawah urusan Islam. Seperti umat Islam dilarang masuk campur apa-apa urusan agama selain Islam, begitu juga non-muslim adalah dilarang untuk masuk campur urusan undang-undang Islam. Undang-undang Islam adalah terhebat maka tiada yang terhebat melainkan Islam. Agama lain tiada undang-undang sehebat undang-undang Islam kerana Islam adalah agama yang maha hebat. Islam hanya dilihat tidak hebat kerana ada penganutnnya sendiri tidak mengamalkan undang-undang yang maha hebat ciptaan Allah Yang Maha Hebat dan Dia Yang Maha Menciptakan Manusia dengan kehebatan-Nya. Oleh kerana itu. janganlah menilai Islam dari mana-mana manusia yang mengaku Islam tetapi menolak Islam sebagai cara hidupnya bahkan memusuhinya pula. Oleh kerana Islam adalah agama yang hebat diciptakan oleh Yang Maha Hebat, maka sudah pastilah Yang Maha Hebat memperuntukkan undang-undang yang akan memastikan Islam adalah suatu cara hidup serta agama yang hebat. Suatu yang hebat pasti bermaruah. Suatu yang tidak bermaruah adalah tidak hebat bahkan menjadi hina umpama anak gadis yang sesiapapun boleh tidur dengannya kerana itu anak gadis itu tidak hebat bahkan hina pula disisi manusia bahkan disisi Allah. Anak gadis itu akan dikira hebat jika ada undang-undang dilaksanakan padanya, mesti diikat dengan pernikahan yang sah, barulah dia menjadi hebat. Begitu juga dengan Islam, kehebatannya adalah kerana dia ada maruah. Islam bermaruah dengan sesiapapun tidak boleh keluar masuk kedalamnya sesuka-hati tanpa patuh kepada undang-undangnya. Maka undang-undang melarang muslim untuk murtad adalah penyelesaiannya. Dia mesti tunduk pada undang-undang Allah kerana dia masih dibawah urusan Islam. Maka tiada hak non-muslim untuk mempersoalkan undang-undang ini keran Islam sendiri mengambil sikap tidak masuk campur apa-apa urusan agama-agama lain.

Tulisan ini bukanlah bertujuan untuk mewujudkan rasa tidak senang non-muslim kepada Islam. Bagi amalan agama anda, tiada halangan untuk anda mengamalkanya bahkan kami sebagai muslim yang patuh kepada suruhan Allah dan Rasul serta serta larangannya adalah dilarang untuk mempersoalkan amalan agama anda kerana anda bebas untuk mengamalkannya . Maka anda juga tidak perlu susah payah mencampuri urusan agama kami kerana soal larangan murtad adalah urusan kami sebab kami dilarang untuk memaksa anda memeluk agama kami. Bukankah kita dituntut untuk menghormati urusan agama yang lain..? Kalau Islam ada kod etika yang jelas kepada penganutnya untuk menghormati urusan agama yang lain..mengapa tidak agama lain untuk menghormati urusan undang-undang kami...?

www.anakbapak8385.blogspot.com

CLr UK said...

bro...

some of the comments keep on talking about hukuman bunuh ke atas pesalah murtad. to be honest bro thats not the real problem...whether we should kill them or not...besides, there's an article that said hukuman bunuh hanya ke atas mereka yg murtad dan kembali memeragi Islam..e.g, mereka mengkhianati/betray...i cant elaborate more as i myself am not so sure on the rulings...

the problem with the murtad issue nowadays is the Muslim themselves...how we help the muallaf...how we propogate the essence of Islam towards non-muslim...

Bro is a higlyranked man in PAS...what has Pas done to appraoch all the non muslims? I would like to know...to what extent...how do you explain to them what Islam is all about...the syariah law..etc coz i dont think(without all the effort) people will change their mind about Islam that it is barbaric... siapa yang tak takut kalau mencuri skit jer kena potong tangan...but the fact is..its not that easy to ptotong macam tu jer kan, bro?? betul tak??? but have we explaind this to them?

Muse DTB said...

Assalamu'alaikum,

Saudara Roslan. Selamat ulangtahun ke-4 blog tuan. Saya yang mempunyai kekangan masa utk mengikuti perkembangan semasa sentiasa menjadikan blog2, including ur blog, to get the updates!

Semoga Allah memberikan kekuatan dan kebijaksanaan utk tuan terus menulis , menerangkan kebenaran dan merungkai kebatilan utk difikirkan bersama.

Wassalam.

Jacknaim said...

Assalamu'alaikum... terima kasih atas nasihat saudara.Saya bersetuju dengan apa yang saudara nyatakan. saya ambil pandangan anda dan pada masa yang sama juga, saya tetap dengan apa yang saya tulis. sebenarnya isu yang saya ingin stresskan disini adalah agar kita tidak mudah melenting semata-mata. Berkenaan dengan isu murtad, saya percaya kita semua memainkan tanggungjawab untuk membasminya. masalahnya apabila kita cenderung menyalahkan sesuatu pihak semata-mata seperti menyalahkan peguam bela yang mengendalikan isu murtad.kita semua wajar dipersalahkan

kopisejuk said...

d49 said
kepada Jacknaim,

anda patut tahu bahawa agama islam bukan boleh dibuat main2 seperti kristian,buddha atau hindu.agama2 tersebut tidak mengambil serious samada penganut mereka kelua atau melanggar hukum2 agama mereka.

--------------------
ckp fikir dlu....ingt agama kta org main2 ke? ckp mcm xda ilmu jer.

In our religion (christian) we have rules also about apostacy. Dun say something that u dunno. ask chiristian theologian first b4 u mention anything. tq