Tuesday, May 13, 2008

PR perlu pandai menarik rambut dalam tepung

Saya yakin ramai di dalam Pakatan Rakyat samada PKR, DAP sendiri mahupun PAS yang tidak setuju dengan beberapa "outburst" Karpal Singh kebelakangan ini yang lebih merugikan perjuangan Pakatan Rakyat di mata umum. Yang paling membebankan Pakatan Rakyat adalah pandangan dan komen beliau berkenaan dengan pihak Istana, dabn hubungan istana dengan kerajaan negeri. Terbukti yang paling gembira dan menangguk di air keruh ketika ini adalah

Umno yang sudah pasti mendapat liputan meluas hasil dari tindakan Karpal itu.
Sebelum ini Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato Nik Abd Aziz telah menasihatkan agar Karpal berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan. Kita sekarang bukan lagi berada disaf pembangkang tetapi kita membentuk kerajaan di 5 buah negeri. Dan kebetulan 4 daripadanya diketuai oleh Raja-raja Melayu manakala Pulau Pinang di bawah SPB Yang Dipertuan Agong.

Hari ini AJK DAP Pusat yang juga Spekaer DUN Selangor, Teng Chang Khim pula mengeluarkan kenyataan. Kata Teng kenyataan Karpal berhubung bidangkuasa Sultan Perak terbukti tidak bijak. Tambah Teng Karpal mungkin dianggap sebagai "hero" oleh setengah-setengah pihak kerana kenyataannya itu tetapi beliau tidak sedar yang kenyataannya itu sebenarnya mengancam kedudukan dan masadepan Pakatan Rakyat kerana beliau membuka ruang untuk musuh-musuh politik PR mengambil kesempatan.

Kata Teng lagi apa yang Karpal nyatakan mungkin betul dari segi undang-undang, akan tetapi isu ini tidak hanya melibatkan undang-undang tetapi ia isu politik dan beliau tidak setuju sekiranya pendekatan seperti Karpla itu diambil. Dari segi pentadbiran memang benar MB Perak berkuasa ke atas kakitangan negeri namun, undang-undang tubuh kerajaan negeri meletakkan Sultan sebagai Ketua Agama Islam Negeri. Oleh itu ia melibatkan pentafsiran perlembagaan negeri dan politik. Biarlah MB Perak sebagai seorang Muslim menyelesaikan isu ini dan tidak perlu campurtangan pihak lain.

Teng sendiri untuk rekod adalah seorang peguam dan mempunyai pengalaman luas sebagai ADUN dan pernah duduk sebagai Ketua Pembangkang Negeri.

Jika Pakatan Rakyat berhasrat untuk terus maju ke hadapan isu-isu seperti inilah yang perlu ditangani dengan berhemah, ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tidak terputus, tepung tidak berselerak. Mudah-mudahan kita dapat melangkah gagah ke hadapan bukan hanya dengan sokongan padu rakyat tetapi juga penghormatan dari Raja-raja Melayu.

7 comments:

ANAK BAPAK said...

isu karpal singh menggesa PAS menggugurkan dasar negara islam yang diperjuangkan PAS, saya kira adalah satu peluang baru PAS memberi maklumat sepenuhnya tentang islam khusus kepada non-muslim, berikan maklumat tentang sistem2 islam, jaminan2 yang diberikan kepada non-muslim sebagai rakyat dibawahnya,berikan tawaran secara terbuka tentang negara islam dengan uslub yang paling sesuai mengikut mengikut suasana politik dan saya kira juga sudah tiba masanya masyarakat non-muslim disedahkan dengan kepalsuan kenyataan yang memburukkan islam dengan memberi maklumat tentang islam,ciri,polisi, dasar,amalan dan sikapnya tentang hak asasi manusia,kebajikan,persamaan keadilan dan ketelusan yang dianjurkan islam. Saya kira PAS mampu buat lebih dari itu..

Anonymous said...

Saya dah serabut dengan kes ini, ingat suruh org-org berpengaruh dalam Pakatan Rakyat suruh hentikan Karpal punya statement, biarlah polis buat siasatan, pihak pemerintahan mesti tengah hentam PR jikalau statement ini tidak dihentikan, sampai hari ini masih lagi ada statement isu ini.

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis.Ada artikel baru.

abuMuhammad said...

assalamualaikum warahmatullah,
Ini adalah antara ujian yg terpaksa dihadapi oleh PR. Mungkin ada baik dan juga buruk, ia menjadi medan utk rakyat menilai sejauh mana gabungan ini berkesan atau akan tinggal angan2.

Saya ucapkan selamat berjaya..

Anonymous said...

Ya...yaa...ada baik dan buruknya. Yang penting disetiap perselisihan akan timbul kesefahaman yang utuh. Semoga ahli setiap parti didlm PR akan berani menegur pemimpin mereka sendiri. Tak payah suruh orang luar tegur pemimpin kita sendiri. Go...go gadget go

Anonymous said...

Muafakat dlm Pakatan Rakyat perlu kukuh. Saya harap ini penggal terakhir buat Karpal ke Parlimen. Rakyat akan nilai beliau mulai skrg.

Unknown said...

yang tak elok tu kita ketepikan jauh-jauh. yang busuk itu buang kat tong sampah.
belajar dari kesilapan untuk memperbaik keadaan.
yang baik itu jadikan panduan dan dorongan untuk tidak melakukan kesalahan.
tak rugi belajar walau hingga akhir hayat.
tapi jangan sombong bodoh.
cerdik tak le nak ikut.
guna akal fikiran yang waras lagi beriman untuk menilai sesuatu samada baik atau buruk.......dan pilih salah satu dan jangan tersalah pilih, yang rugi diri dan orang dibawah tanggungan.

Anonymous said...

Pas mesti terus mengalah kepada orang macam Karpal kerana hendak memenangi hati bukan Muslim. Pas juga harus mengalah kepada semua orang dlm dunia ini kerana ingin merasa jadi kerajaan. Apabila dihina dan terus dihina kita mesti akur kepadaLim Kit Siang dan Karpal SIngh. Itulah perjuangan kita.