Tengku Razaleigh mahu cabar Presiden Umno atau PAS?
Tokoh veteran 71 tahun ini telah pun mengisytiharkan akan mencabar Presiden Umno dalam pemilihan parti tersebut hujung tahun ini. Beliau kini aktif menjelajah negara bertemu wakil-wakil Umno bagi tujuan tersebut, ini bagi memastikan yang beliau menerima cukup pencalonan, kerana menurut beliau sendiri "tiada demokrasi dalam Umno" , oleh itu beliau terpaksa bergelut untuk mendapatkan kuota yang cukup sebelum boleh bertanding bagi jawatan tertinggi parti tersebut.
Dalam temerumah dengan akhbar Cina Sin Chew Daily baru-baru ini, rupa-rupanya disamping mengambil kesempatan menjelaskan darihal cita-cita besar beliau untuk menumbangkan Presiden Umno itu, beliau juga rupa-rupanya masih tergiur dan ghairah mahu ambil kesempatan menyerang dan mencabar PAS.
Kata beliau Umno tidak memperjuangkan negara Islam malah ianya tidak disebut langsung dalam Perlembagaan Umno. Tambah beliau tidak pernah terdetik langsung hasrat Umno untuk menubuhkan negara Islam kerana Umno kononnya berpegang teguh kepada Perlembagaan Persekutuan.
Tidak cukup dengan itu Ku Li turut menaburkan fitnah kering terhadap PAS yang sudah pasti akan menambah kebimbangan dan ketakutan masyarakat Cina terhadap parti Islam ini. Kata Ku Li jika PAS berkuasa peringkat Persekutuan pertama sekali PAS akan menggantikan perlembagaan negara dengan al Quran dan mewajibkan hukum hudud ke atas semua rakyat Malaysia. Malah kata beliau lagi PAS juga akan turut memansuhkan institusi beraja kerana tidak ada monarki dalam negara Islam!
Kerana itu saya membangkitkan persoalan Ku Li ni nak mencabar bagi merebut jawatan Presiden Umno atau mahu berperang dengan PAS. Berilah tumpuan untuk mendapatkan pencalonan yang mencukupi untuk menentang Dollah, mengapa PAS yang mahu dianggu dan difitnah pula!
Perlembagaan PAS tidak pernah menyebut bahawa jika PAS memerintah Persekutuan PAS akan menggantikan perlembagaan yang ada dengan al Quran, ia tidak pernah terbit dari mulut Presiden PAS mahupun mana-mana pimpinan bukan hanya yang ada pada hari ini termasuklah yang terdahulu yang pernah memimpin PAS. Juga hukum hudud yang Ku Li sebut itu tidak pernah pun dinyatakan akan diwajibkan ke atas semua rakyat Malaysia, malah yang pernah diluluskan di Kelantand an terengganu itupun hanya mewaibkannya ke atas umat Islam
Dan yang paling bahaya apabila Ku Li menyebut bahawa PAS akan menghapuskan sistem monarki. Ini suatu pembohongan dan ternyata suatu kenyataan jahat yang mahu mengambarkan seolah-olah PAS ini anti Raja-raja Melayu. Saya berharap Ku Li didesak agar menarik balik tuduhan ini kerana ia akan membawa mesej yang buruk terhadap parti dan para pendukung perjuangan Islam ini.
Kalau beginilah sikap Ku Li, jangankan mahu mencabar Presiden Umno, saya kira tokoh veteran ini perlu ditamatkan sahaja riwayat politiknya dalam PRU yang akan datang (itupun kalau Umno mengekalkan beliau) sebelum beliau terus menyasau tidak menentu.
6 comments:
Sama macam pemimpin2 UMNO kini, KuLi ni pun celaru, tak tentu kalu, haru biru...akhirnya lebur pupus sama dengan UMNO, macam tikus nak baiki labu!
ku li orang tak payah nak layan la orang yang dah nyayok...dulu dia pernah kata nak bakar jambatan la pasal umno masa dia berkawan dgn pas tapi skrg mcm ni pulak.......
ku li patut berundur saja dari politik umno. awak tu dah tua bangka dan tak larat nak memimpin malaysia. kalau awak ditakdirkan memimpin pun, lagi teruk dibuatnya berbanding dollah sekarang. dollah ni walaupun teruk, dia ada jugak basic agama. ku li ni habuk pun tarak. tamakkan kuasa saja bukannya nak selamatkan malaysia.
Tengku,
udahlah. dekatkan diri pada Tuhan. atau ziarah ziarahlah markas pas. insyaAllah lambat laun akan dapat hidayat.
apa punya pemikiran orang-orang umno ni.
kini timbul satu lagi baghal didalam umno untuk menambah lagi baghal-baghal yang sedia ada dalam umno menyambut ulang tahun ke 62 atau ke 20 umno (baru)?. selamat maju jaya haprak umno.....
sdr,
KU LI ini pun masih terganggu dan belum pulih dari kekalahan UMNO dalam PRU 12.Macam orang nak mati segala benda diminta dan diharukan.Amat malang sepatutnya kekalahan UMNO menjadi pengajaran , iktibar , berhati-hati dan membina semula jatidiri UMNO.Memang sah UMNO dalan keadaan Nazak dan hukum karma sedang berjalan kep atas UMNO.
Cukuplah sampai di sini Ku Li, YB bukan sahaja dicaci dan digelak oleh musuh politik ( PR ) bahkan yang lebih dahsyat cacian dari ahli UMNO sendiri. (dalam dan luar kelantan ).
sekian.
KU LI.... Dulu ckp org melayu akan hilang kuasa politik bila org cina memerintah & skrg menakutkan bangsa yg bukan Islam terhadap perjuangan parti Pakatan Rakyat khasnya PAS. Ku Li kena ingat, masyarakat skrg berbeza dgn masyarakat dulu & tak semudah itu utk termakan dgn kata² seorang pemimpin yg sudah tdk lagi d yakini sptmana Najib Tun Razak yg hanya mengharap bantuan hayat.
Post a Comment