Friday, May 02, 2008

Antara siaran langsung atau tidak

Kabinet sedang bersidang hari ini dan antara yang akan diputuskan adalah cadangan dari Menteri Penerangan untuk menghentikan siarang langsung persidangan dewan rakyat yang disiar melalui RTM selama setengah jam ketika sesi soal jawab pada hari-hari persidangan.
RTM baru sehari menyiarkan siaran langsung berkenaan iaitu pada hari Rabu lepas. Ianya telah dicemari dengan suasana riuh ahli-ahli dewan dari kedua-dua belah pihak, memandangkan inilah Parlimen pertama dimana parti kerajaan BN dinafikan dua pertiga majoriti di dewan.

Insiden hari pertama itu mungkin didorong oleh keghairahan ahli-ahli dewan (yang berdiri bukan dari Pakatan rakyat sahaja, termasuklah menantu PM, Kinabatangan dan lain-lain), termasuklah muka-muka baru, mahu mencuri publisiti untuk dipaparkan dalam TV. Mungkin juga kerana kegagagalan pihak kerajaan memilih speaker yang benar-benar berwibawa.

Apa pun, kenapa Menteri Penerangan begitu ghairah sekali mahu menamatkannya?

Shabery menghimpunkan masalah huru-hara dalam dewan itu pada DAP sahaja, tanpa mengambil kira faktor lain termasuklah gangguan dari wakil-wakil BN sendiri. Saya merasakan kiranya kabinet hari ini (yang dipengerusikan TPM Najib Tun Razak) memutuskan untuk menghentikan siaran langsung itu maka ianya sesuautu yangs angat dikesalkan dan jelas mencerminkan betapa kerajaan BN sesungguhnya takut untuk berhadapan dengan rakyat.

Saya perhatikan dalam akhbar-akhbar tempatan hari ini rata-rata dari rakyat kebanyakkan sehinggalah ke para pemimpin termasuklah MB Kelantan, Shahrir Samad, wakil-wakil Pakatan Rakyat dan BN (termasuklah pelawak-pelawak hari pertama Karpal dan Bung Mokhtar) semuanya menyokong agar siaran langsung ini diteruskan kecuali Shabery dan PM Dollah Badawi!

Saya harap Najib akan berani mengikut arus dan menolak cadangan Shabery dan Dollah itu, tapi kiranya kabinet akur dan memutuskan untuk menghentikannya, saya yakin rakyat akan berasa tertipu dan tidak mustahil akan bertindak dengna tsunami yang lebih memautkan lagi pada PRU ke 13 nanti. Timbanglah dengan bijak, Najib dan rakan-rakan.

3 comments:

Anonymous said...

Kira baguslah tu berperang mulut krn sblm ni wakil BN majoritinya suka tidur d parlimen. Padan muka lu baru bertemu buku & ruas. Parti BN mmg sah pengecut sekiranya siaran langsung d batalkan.

Unknown said...

rakyat boleh memilih antara ahli parlimen penyokong kerajaan (BN) dengan ahli parlimen penyokong pembangkang (PR), mana antara yang berwibawa dengan yang haprak.
sedangkan mereka semua adalah ahli yang dipilih oleh majoriti rakyat, jadi sekiranya mereka itu menyeleweng dari tugas yang dipertanggungjawabkan oleh rakyat, maka dimasa akan datang mereka semua boleh dibakulsampahkan dalam PRU13 nanti. juga hasil elaun dan gaji yang mereka terima itu boleh dikatakan tidak mendatangkan keberkatan bagi diri, keluarga dan orang yang dibawah tanggungan mereka sebagai ahli parlimen.
fikirlah sekiranya ahli parlimen sekalian mempunyai perasaan kemanusiaan dan akal yang waras.........@

inilah pesanan dari ahli marhaen dalam derita menghadapi kenaikan harga barang harian.
mungkin harga barang dinaikan secara tak langsung memandangkan untuk kenaikan harga minyak petrol/diesel yang terbantut, jadi cari jalan lain untuk menampung kos PRU12 yang lalu......ini mungkin satu andaian dari hamba dari PJS....DUN TAMAN MEDAN, PARLIMEN PETALING JAYA SELATAN....

Lidah Penghunus said...

sebenarnya sebelum ni rakyat tidak pernah didedahkan dengan perbahasan parlimen, maka tidak hairanlah ketika ini rakyat terkejut pertama kali saksikan debar parlimen. Sepatutnya dari dahulu lagi rakyat diberi pendedahan.