Saturday, May 10, 2008

Ucapan dari Presiden MTUC

(Sebagaimana yang dijanjikan ini merupakan sebahagian dari ucapan selamat yang saya terima dari sahabat-sahabat sempena ulangtahun ke 4 blog ini pada 20 Mei 2008 nanti)

Assalamualaikum buat Sdra Roslan, semoga baik-baik saja.

Izinkan saya menyampaikan ucapan tahniah dan terima kasih diatas kesungguhan saudara dalam mengendalikan blog yang masih bertahan hingga kini. Saya sering berkunjung dan singgah di laman Roslan SMS Corner. Kritikan,sindiran dan teguran kadangkala agak pedas! Namun saya percaya bahawa saudara lakukan semua itu untuk manfaat dan kebaikan seluruh insan khususnya di negara kita.

Saya juga melihat bahawa saudara juga agak terbuka dan praktikal.Cerminan ini di zahirkan melalui keterampilan harian saudara sendiri.Beberapa orang teman pernah menyatakan bahawa; "mudah kalau berurusan dengan Roslan SMS!"

Sesungguhnya saya berharap langsung mendoakan agar blog saudara terus kekal kerana dengan demikian lebih banyak orang yang akan singgah, berkunjung, bertandang di laman yang semestinya punya kelainan.

Syabas! Teruskan kerja baik saudara untuk manfaat insan.

Hormat dan ta'azim dari saya.

Syed Shahir bin Syed Mohamud

(Sahabat saya Sdr Syed Shahir mula saya kenali dengan rapat sejak beliau bertanding sebagai calon PRU ke 11 lalu. Sejak itu persahabatan kami terbentuk dan saya mendapati beliau seorang yang peramah, mudah mesra tetapi kental dan teguh dalam mempertahankan prinsip perjuangan. Sebagai Presiden MTUC beliau semestinya sibuk namun bermurah hati untuk menurunkan ucapan di sini demi persahabatan yang terjalin, terima kasih)

2 comments:

Anonymous said...

kawan

saya juga nak ucapkan tahniah atas kejayaan mengeendalikan blog selama 4 tahun, semoga ianya berterusan memberi impak kepada masyarakat.ini adalah bukti proaktif dan keprihatinan sdr menggunakan segala ruang ( blog ) untuk memperjuangkan kebenaran.paling mustahak adalah keberterusan , komitmen dan kalis cabaran

sekian.

Ajeem said...

jika kita berjuang dengan ikhlas sudah tentu ianya akan dirahmati Tuhan.beberapa isu perjuangan MTUC semakin diambil perhatian oleh kerajaan.terima kasih kerana berani berjuang untuk kesejahteraan bersama.

http://egimbb.blogspot.com