Sunday, May 04, 2008

Mat Taib tegur Ir Nizar, lupa insiden beliau dengan Istana Selangor

Banyak komen terdapat di akhbar-akhbar tempatan khasnya, dan di alam siber berhubung isu antara Istana dan MB Perak. Isu yang melibatkan pertukaran serta-merta Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) kini menjadi bahan polemik yang popular terutama dikalangan pimpinan Umno. Jangan ada silap sikit, terselak sahaja, maka berduyun-duyunlah soldadu Umno akan terjun dan mengambil kesempatan.

Bagi saya MB pun telah keluar kenyataan akan mengadap Tuanku dan memohon maaf. Saya yakin Tuanku nanti akan akur dengan penerangan MB itu nanti dan Pengarah berkenaan akhirnya akan ditukarkan juga.

Cuma yang saya agak terpanggil untuk mengulas dalam isu ini adalah reaksi yang diberikan oleh Ketua Penerangan Umno yang juga bekas MB Selangor, Senator Mat Taib terhadap isu ini. Beliau dilaporkan berkata dalam rancangan "Nasi lemak Kopi O" NTV7 yang dipetik oleh akhbar THE STAR agar pimpinan ke lima-lima kerajaan Pakatan Rakyat jangan terlalu ghairah ketika memerintah negeri masing-masing.

Kata Mat Taib lagi, mereka (kerajaan PR) tidak boleh berbuat sesuka hati mereka ketika memerintah, bukannya senang memerintah dan Umno serta BN memiliki 50 tahun pengalaman dan berjaya memerintah dengan aman! Saya tergelak ketika Mat Taib berkata:

Ketika saya MB selama 11 tahun, saya tidak pula menghalau stesyen radio dari pejabat kerajaan atau menukarkan mana-mana pegawai dalam tempoh 24 jam!

Memang Mat Taib tidak pernah melakukan perkara-perkara itu selama beliau menjadi MB lebih satu dekad di Selangor, kerana stesyen radio semuanya memuji dan menjulangnya manakala tidak ada mana-mana pegawai kerajaan pun ketika itu yang berani berkata sesuatu melainkan seiringan dengan agenda dan kemahuan Umno. Tapi Mat Taib tidak jujur dan malah saya kira berbohong, kerana beliau tidak pula kisahkan berkenaan apa yang berlaku sehingga beliau terpaksa berhenti selepas 11 tahun menjadi MB!

Apakah beliau berhneti dan meninggalkan kerusi MB Selangor dalam keadaan aman?
Kalau Ir Nizar dikatakan membelakangkan istana ketika mengarahkan Pengarah JAIP ditukar, itu cuma "procedural" tetapi Mat Taib tidak pula menceritkan betapa sebagai MB beliau telah bertindak mengundang murka Tuanku Sultan sehingga mengguris perasaan Tuanku. Ada yang mengatakan Almarhum Tuanku Sultan tidak pernah memaafkan Mat Taib selama hidup Baginda!

Mat Taib tidak pula cerita di NTV7 bahawa beliau telah menikahi Puteri Tuanku tanpa pengetahuan Tuanku ketika beliau MB, sesuatu yang mengaibkan Istana sehingga mencetuskan krisis besar antara beliau dengan istana. Akibat tindakan biadap Mat Taib itu, kerajaan Selangor terpkasa mewujudkan jawatan Timbalan MB (sesuatu yang tiada dalam Perlembagaan Negeri ketika itu) kerana Tuanku tidak mahu menerima Mat Taib mengadap melainkan melalui Timbalannya.

Rasanya kalau nak bandingkan dengan kesilapan Ir Nizar, Mat Taib jauh lebih serius sehingga dipulaukan istana.

Barangkali Mat Taib menyangkakan orang semua sudah lupa insiden ini. Yang penting Ir Nizar perlu diserang dan dikritik atas kelemahannya yang kecil itu. Rupanya beliau meludah ke langit, tak sedar, ludahnya yang jijik dan hanyir itu bertepek jatuh ke mukanya sendiri! Inilah pemimpin harapan Dollah untuk memulihkan Umno, kasihan Dollah, kasihan Umno.

12 comments:

Anonymous said...

Bro. Roslan,

Saya juga ada mendengar ulasan Mat Taib dalam NTV7. Seperti Bro. Roslan juga, saya terasa mual semasa mendengar apa yang diucapkannya di kaca TV. Hati saya jadi meluat melihat riak muka Mat Taib. Memang kalau dah dasar munafikun. Selalu cakap bohong dan mengutuk akan kesalahan yang dia sendiri buat. Kalau Sultan Azlan murka sekalipun, tak lah sampai tahapnya macam murka Almarhum Sultan Selangor terhadap Mat Taib.
Pedulikanlah apa yang dia cakap. Biarlah dia syok sendiri. Mengata dulang paku serpih, ........... atau Kura-kura dalam perahu, ............

Anonymous said...

Mereka bleh brkata apa sahaja selagi media terus menjadi anjing Be End..aku sedey tngk pemimpin2 Islam dihentam habis-habisan tanpa dberi pluang utk membela diri...klu ade pn sumenye ditutup oleh anjing2 yg menyalak di media perdana

*Ini smpingan sahaja, sape brminat hndak menambah pndapatan sila klik link ini
http://www.jutawanautomatik.com/recommends/damasutra

Anonymous said...

ade 1 je perkataan yg sesuai
*UNDURLAH PAK LAH!!!!! PERJUANGAN MU SUDAH BERAKHIR*

Anonymous said...

dia sorang jua yang lupa.org lain tak pernah dan tak akan lupa.mungkin dia aja yg buat2 lupa....kan melayu mudah lupa.

Anonymous said...

Assalamualaikum/ Salam Sejahtera

Memandangkan DS Ir Nizar baru dilantik menjadi MB Perak, harap beliau boleh terima nasihat tidak boleh pakai dari bekas MB Selangor yg pantang 'sapu' segalanya.

Saya harap sepanjang DS Ir Nizar memimpin Perak, beliau tidak meniru gelojoh Mat Taib dari segi :
- di tangkap pihak berkuasa Airport Australia kerana bawa matawang dalam jumlah yang banyak. Berguni lak tu, tak tahu sumber dari mana!
- kawin lari dengan puteri Sultan Selangor hingga mengundang kemurkaan almarhum baginda.
- Di zaman Mat Taib, banyak tanah2 di Selangor telah dijual oleh beliau dan kroninya. Almarhum Sultan Selangor semasa hayatnya pernah mengeluh kalau begini cara Mat Taib mengurus tanah, tak lama lagi baginda dan rakyat Selangor berpindah menetap di Pulau Ketam.

Seperti biasa, Menteri UMNO hanya gah bercakap bila diwawancara oleh stesen2 TV, media2 milik kerajaan. Nak tengok bila parlimen bersidang macamana petahnya Mat Taib menjawab soalan2 yag dikemukakan oleh MP2 PR mengenai isu2 berkaitan dengan kementerian Luar Bandar.

Anonymous said...

aku dah ckp dulu..itu menteli besar perak dulu..relak la! pi jumpa sultan dulu terangkan kenapa dia nak sepak itu olang! jangan terus buek dulu! sekarang sapa susah! itu malaun dan sesumpah banyak sekarang nie! pegi ngadap itu sultan perak dan minta ampun serta bagi tau sultan mengapa? buek demikian!

Bab mat taik nie...janganlah hampa pening dan pusing! itu adalah mat taik lah..dulu mat taison sikalang mat taik lah..dia punya cakap ada bau jugak..bau apa..bau taik jugak lah! tak gitu mat taik???

Anonymous said...

Bukan setakat Pak Lah je undur....semua mereka yang dalam UMNO kene undur. Menyemak je. Selagi bawah UMNO sampai bile pun Malaysia takkan berjaya...dunia dan akhirat.

Anonymous said...

Salam,
Ampun Tuanku..
Eleh..zaman be end dulu, pelbagai perkara seperti gejala murtad, pasal agama Islam dihina, kenapa tak tegur?zaman pakatan rakyat berani lak tegur...Baru bukak mata??
HUH!!!
Ampun Tuanku..

Anonymous said...

munafiq di zaman Rasulullah 1429 tahun dulu tu sama aje di zaman ini cuma yang beza nama dan rupa.
zaman Rasulullah dulu perangai munafiq berbeza. ia berhadapan secara langsung.
tapi sekarang boleh berlaku di sebalik tabir islam hadhari atau persatuan yang berdaftar yang bernama umno/bn.
masih tak percaya lagi ke......?
munafiq jahiliah adalah sama munafiq modern......

Anonymous said...

Pak Lah silap besau tarik Mat Taib ke kabinet dia. Beliau dah kumpul berjuta-juta sewaktu menjadi MB S'gor dulu. Harta yg dia istiharkan shj bernilai RM 35 juta & ini tdk termasuk jumlah pegangan saham & tanah yg d miliki yg d anggarkan bernilai lebih RM 75 juta. Bagaimana beliau boleh kumpul wang & harta sebanyak itu jika tdk terlibat dgn rasuah & salahguna kuasa???...

Anonymous said...

mat taib..mat taib wakakaka...u are so funny..

Anonymous said...

Huhuhu..apa x2 pun jgn perbodohkan org melayu lagi wahai UMNO..ORG MELAYU TIDAK SEBODOH YG KORANG (UMNO) FIKIRKAN..!!