Friday, May 02, 2008

Please dont rewrite our religion for us

Presiden Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (Majlis Perundingan Buddhisma, Kristianiti, Hindusima, Sikh dan Taoisma Malaysia)dalam akhbar hari ini mengeluarkan kenyataan menyokong ucapan Presiden MCA, Ong Ka Ting di Parlimen Rabu lalu. Ong ketika itu berucap menjunjung kasih di atas titah SPB Yang Dipertuan Agong merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Keduabelas.

Intipati bahagian ucapan yang disokong Vaithalingam itu adalah berkenaan bab memeluk Islam yang disentuh oleh Ong. Memang Islam sendiri tidak pernah memutuskan hubungan kekeluargaan antara sipemeluk Islam dengan keluarganya yang belum Islam, mungkin ianya sesuatu yang baru untuk Vaithalingam dan Ong. Malah saya sendiri bersetuju yang kiranya seorang suami memeluk Islam, tanpa isteri dan anak-anak, maka sisuami tadi tidak boleh melepaskan pertanggungjawabannya ke atas isteri dan anak-anaknya itu. Makan-minum, belanja, pendidikan mereka semuanya adalah tanggungjawab di suami, dan Islam bukanlah jalan pintas untuk melepaskan sisuami tadi dari beban pertanggungjawabannya itu.

Cuma yang saya tidak setuju adalah apabila Vaithalingam menyokong pandangan Ong yang menyebut:

Those who becomes Muslim through marriage should be allowed to renounce Islam if the marriage ends.

Sesiapa yang memeluk Islam melalui perkahwinan hendaklah dibenarkan kembali ke agama asalnya ("murtad") jika perkahwinan itu gagal.

"Please dont rewrite our religion for us!" (Tolong jangan menulis semula agama kami)
Sesiapa yang memilih dengan rela hati untuk memeluk Islam, tidak kiralah samada melalui perkahwinan atau apa sahaja, perlulah memikul tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim. Islam tidak membenarkan umatnya "murtad", dan tindakan itu satu jenayah dalam Islam.Kerana itu langkah untuk mendidik dan memberikan penerangan komprehensif kepada seseorang yang bakal memeluk Islam, terutama darihal beban dan risiko ini, lebih penting dari pandangan Ong (yang diskong Vaithalingam itu) bahawa seseorang itu hendaklah boleh pulang kepada agama asalnya bila perkahwinannya gagal.

Islam bukan agama main-mainan, hari ini tidak Islam, esok masuk Islam dan lusa keluar, Majlis Perundingan yang diketuai Vaithalingam perlulah faham dan menghormati perkara ini.Ada bab yang kita boleh rundingkan, boleh bantu untuk perbaiki, tetapi ada yang fundamental, yang tidak boleh dipinda dengan akal fikiran dan nafsu manusia. Kerana itu pandangan PM baru-baru ini untuk mewajibkan seorang yang mahu menganut Islam untuk memaklumkan kaum kelaurganya yang bukan Islam terlebih dahulu, telah ditolak, kerana tidak ada nas (peruntukkan di dalam al Quran dan Hadis) demikian.

Islam boleh wujud secara harmoni dalam satu masyarakat yang pelbagai agama, khasnya di Malaysia ini, ia telah wujud "side by side" sejak kedatangan Islam pada tahun 1400 dahulu (atau menurut beberapa ahli sejarah lebih awal dari itu). Yang penting sekarang kita saling hormat menghormati, dan tidak cuba merobah atau memperkecilkan kepercayaan dan fahaman antara satu sama lain. Apa sahaja masalah hasil dari pertembungan agama ini khasnya dalam soal hubungan melalui perkahwinan, boleh diselesaikan jika ia tidak dipolitikkan. Yang paling utama jangan menuntut sehingga menyinggung mana-mana pihak.

2 comments:

Anonymous said...

Tak patut jaguh-jaguh politik dan undang-undang membiarkan kedudukan Islam dan orang Melayu (krn majoriti beragama Islam di negara ini terdiri drp org2 Melayu) terus-menerus diserang oleh penghasut-penghasut politikus bukan Melayu/Islam khususnya.

Bila time depa terus buka bab hak asasi dan hasutan. Bab hak org Islam buat lebih kurang saja. Sedangkan raja-raja pun depa dah tak ambik peduli. Tak tahulah samada nak cari populariti atau dah "power" sekarang ni, maklum sajalah...

Org Melayu/ Islam pun dah malu alah nak difen hak kita. Takut tak politically correct.

Ingatlah sikit, sekali tanah air, institusi dan "kuasa" yg ada hilang (walaupun bukan banyak manapun), tiada gerenti boleh ambik balik lagi.

Kalau dalam euphoria post 8 Mac dah meluat sangat dengan pesan Tun Tuah atau sesetengah saki baki cendikiawan Melayu yg masih ada,sekurang-kurangnya ingatlah pesan org yg tak terikat dgn politik kepartian spt Allahyarham Aminuddin Baki.

Kenapalah org bukan Melayu di negara ini sejak dulu sampai sekarang boleh bercakap tentang budaya, adat resam dan masa depan mereka, org Melayu pula harus tutup mulut atu digam mulut mereka?

Andre Irwan said...

Bro. Roslan,
Nampaknya penerangan terhadap agama Islam perlu diperluaskan tapi jangan-jangan sekali masukkan unsur-unsur keMelayuan. Islam dan Melayu dua perkara yang amat berbeza. Melayu tu serupa dengan Vaithalingam maupun Ong Ka Ting. Islam kepunyaan Allah swt yang mana di dalamnya terkandung perkara-perkara yang akal manusia tidak termampu untuk mentafsirkannya.
Orang Bukan Islam (OBI) harus diberi penerangan secukupnya. Ayat Al-Quran pun ada menyatakan "AgamaMU agamaMU, agamaKu agamaKu". Nasihatkanlah mereka tidak memasuki urusan agama kita sebab mereka bukan ahlinya. Kita tidak masuk campur dalam urusan agama mereka sebab kita sedar bahawa agama Islamlah yang paling sempurna dengan tunjukcara tata hidup seorang insan di dunia ini. Jadi kita tak perlukan agama lain untuk mengajar kita.
Tentang usul murtad, ini perkara sensitif yang sedang dimainkan oleh puak bukan Islam. Jangan masuk perangkap mereka. Dalam Islam kita, ada hukum murtad tapi dalam agama depa, perkara ini tidak wujud. Sebab tu berzina bagi mereka di'boleh'kan. Bagi kita, siapa yang berzina boleh dikenakan hukuman sebat dan rejam sampai mati. Mana ada hukum ini dalam agama depa. Itu yang saya katakan agama kita lengkap. Tolonglah bagi tahu kat depa, jangan pertikaikan hukum yang ada dalam agama kita. Kita tidak membenarkan orang mempermainkan hukum sama ada dia tu Islam maupun Bukan Islam.
OBI nampaknya menganggap penganut mereka tu bodoh dan tolol. Perkahwinan bukan perkara main-main macam waktu kita kecil dulu. Tak kanlah orang yang nak berkahwin pun tak tahu akan tanggung jawab mereka. Semua yang berkahwin dengan orang Islam tau bahawa mereka perlu memeluk Islam. Kenapa tak tanya waktu berkahwin? Saya amat sedar dengan jawapan mereka yang tidak bertanggung jawab. Ibarat pepatah Melayu, "Marahkan nyamuk, bakar kelambu" yang mana akhirnya dia juga yang rugi dunia dan akhirat.
Bro. Roslan, Sekali lagi saya merayu. Siarkanlah hukum-hukum dalam Islam supaya mereka sedar bahawa hukum tu bukan ciptaan manusia tetapi Allah swt. JANGAN SEKALI-KALI MASUKKAN UNSUR-UNSRU KEMELAYUAN DALAM HAL INI SEBAB RAMAI JUGA ORANG MELAYU YANG BUKAN ISLAM. INILAH KESILAPAN YANG SELALU DIBUAT DI NEGARA KITA. ORANG MELAYU ADALAH ORANG MELAYU, ORANG ISLAM ADALAH ORANG ISLAM DAN ORANG MELAYU TIDAK SEMESTINYA ORANG ISLAM. ORANG ISLAM 'BOLEH' MEMASUKI SYURGA ALLAH TAPI ORANG MELAYU TIDAK. RENUNGKANLAH WAHAI SAHABAT-SAHABAT SEAGAMAKU DAN SEKETURUNANKU. AGAMA PENTINGKAH ATAU BANGSA PENTINGKAH?