Friday, May 02, 2008

Malaysia diselimuti 1001 tandatanya

Sedang masing-masing berkata berkenaan serbuan pihak polis Bukit Aman terhadap blogger Raja Petra pagi tadi, berita terkini akhbar The Star Online menyiarkan, kabinet telah memutuskan bahawa siaran langsung persidangan parlimen, iaitu setengah jam pertama sesi soal jawab akan diteruskan. Menteri Penerangan dijangka membuat pegumuman mengenai keputusan kabinet itu hari ini juga.

Sekali lagi pandangan Dollah selaku PM ditolak. Kerap betul ditolak dan tidak dipakai kebelakangan ini.

Apakah ini ada kena mengena dengan SMS yang saya terima: Benarkah Dollah telah letak jawatan sebagai PM? Saya tidak menjawab SMS itu kerana saya tidak ada maklumat.

Sementara itu menurut NEWSBREAK NST Online pesawat membawa Dollah dan rombongan dari Kuwait selamat mendarat di pengkalan TUDM Subang jam 2.20 petang tadi. Beliau disambut oleh Timbalan Menteri di JPM Senator T. Murugiah, mana pergi yang lain?

Solat Jumaat barangkali.

3 comments:

Anonymous said...

apa kena dengan penang & perak...

Harris said...

Nampaknya hari demi hari kedudukan Pak Lah sebagai Perdana Menteri menimbulkan tanda tanya siapa sebenarnya yang memerintah negara ini . Jika kabinet yang dilantek oleh Pak Lah sendiri menolak pandangan beliau sendiri , apakah ini bermaksud beliau akan memasukki kelab POP ( Persatuan Orang-orang Pencen ) ? Atau adakah Najib sudah mula menunjukkan taringnya ?

Tunggu dan lihat !

Unknown said...

saya tak mahu berlaku perkara yang semua orang tak ingini seperti perang dunia 1 atau 2 atau apa-apa jua pun.
semua orang inginkan kesejahteraan dan keharmonian hidup walau dalam tak kira apa bangsa, ugama mahukan warna kulut.
jauhkan dari perkara yang tak baik dan pilihlah perkara yang baik demi kebaikan semua.....