Friday, May 16, 2008

Mampukah anda berlaku adil?

Berkahwin lebih dari satu sering menjadi tajuk perbualan rancak, tak kiralah sesama remaja, lebih-lebih lagi kalangan yang dewasa dan yang tua-tua. Ia bukan hanya menjadi bualan di kedai-kedai kopi, pusat-pusat hiburan malah di serambi masjid dan surau juga kadangkala. Lantaran Islam membenarkan poligami, namun tidak ramai pula menimbangkan secara serius syarat-syarat yang dikenakan ke atas mereka yang berniat untuk berbuat demikian, sekadar bersuka-suka membayangkan yang enak dan indah-indah belaka.


Walaupun ianya dibenarkan Islam dengan pelbagai syarat dan sememangnya merangsang naluri lelaki, namun tidak ramai yang tergamak mengamalkannya.

Saya secara peribadi merasakan diri saya tidak layak, apalagi menghayati ayat-ayat Allah yang terselit dengan syarat-syarat yang sangat berat itu. Allah swt berfirman:

.....maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja..... (an Nisa:3)

Memang nafsu sentiasa menghambat kehidupan seseorang lelaki normal, dengan lampu hijau yang diberikan, apakah nafsu semata-mata menjadi kriterianya? Bagaimana pula dengan keadilan yang merupakan prasyaratnya? Mungkin ada yang mampu berlaku adil, tetapi saya rasa saya tidak. Adil bukan sekadar berbahagi-bahagi hari sesama isteri, adil juga dari sudut nafkah belanja, bagaimana pula saikolgi anak-anak?

Saya tidak bermaksud mahu menyinggung mereka yang sedang mengamalkannya, teruskanlah selagi mana anda memenuhi syarat-syaratnya. Saya yang tidak mampu lalu kerana itu saya menyuarakannya di sini. Melihat wajah gembira Mohamed Nor Awang di dada-dada akhbar berserta tiga isterinya, saya hairan bagaimana beliau mampu? Mungkin dari sudut batinnya beliau serba mampu, tetapi dari aspek yang lain?

Terus terang saya nyatakan kadangkala saya merasakan saya tidak dapat berlaku adil terhadap anak-anak saya sendiri, ada yang lebih saya manjakan, ada yang kurang. Malah terhadap isteri saya yang seorang pun kadangkala saya merasakan saya berlaku tidak adil kepada beliau, terlalu membebankannya, membiarkannya menguruskan hal anak-anak dan rumah sedang saya sibuk dengan tugas-tugas saya. Oleh itu bagaimana mereka yang berpoligami, anak-anak dari isteri-isteri yang lain, bagaimana dengan percutian, bagaimana dengan pakaian, bagaimana dengan belanja, memang saya tidak boleh bayangkan.

Nabi Muhammad saw sebagai penghulu dan pemimpin kita memang tidak siapa pertikaikan, jangankan terhadap isteri-isteri Baginda malah kepada umatnya, di bawah bimbingan Allah swt beliau memang adil. Tetapi siapalah kita berbanding Baginda?


Kalau dengan pendapatan RM1,500 sebulan Mohamed Nor dapat hidup dengan adil dan sakasama menanggung 3 isteri dan 18 orang anaknya serta mahu menambah pula seorang lagi isteri, bagi saya memang beliau insan luar biasa yang perlu dicontohi mereka yang lain. Tetapi jika tidak, saya merasakan beliau hanya menyalah-gunakan kelonggaran yang diberi oleh Islam, sekaligus memberi kesan yang buruk kepada agama.

19 comments:

Anonymous said...

kalau isteri tak kasi lelaki kahwin 2, adilkah mereka? sedangkan AlQuran membenarkan...

Anonymous said...

Dia pun malu bila wartawan nak interview .... memang susah nak berlaku adil ... tapi bagi pula isteri-isteri dia ..... sebab dia adil kot? .... tapi bagi fikiran saya kasih sayang susah nak bagi sama rata ... mesti kita sayang lebih kepada isteri 1 dari isteri ke 2 .... contohnya ...

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

nasru said...

berlaku adil memang susah.tapi jika isteri-isteri redha dengan cara hidup mereka maka tak menjadi masalah. yang jadi masalah ialah yang tak leh terima. sang suami kena pikir.

ramai bila kahwin cakap ikut sunnah nabi. ye ke. utk pengetahuan, kalau ikut sunnah, maka nabi kahwin dgn khatijah yang lebih tua dari nabi. nabi kahwin sebab nak bantu khatijah jaga harta perniagaannya selain cinta. orang sekarang kahwin dengan yang umur tua bukan nak jaga harta tapi nak perabis harta.

ayah saya pun kahwin dua juga.mak saya bini muda.isteri tua ayah saya dah ke mekah 2 kali. mak saya belum lagi. tapi mak saya selalu maafkan ayah saya selepas selesai solat dengan doa agar tuhan ampunkan dosa mak saya.

dan alhamdulilah saya sebagai anak pun tak berdendam dengan sikap ayah saya. malah sy bangga dengan ayah saya.

islam itu tidak payah. yang memayahkan islam itu adalah kita penganutnya. itu je. oleh itu kita permudahkannya

http://wan-nasru.blogspot.com

Kurie said...

salam..
saya sokong pendapat saudara, kalau melihatkan setuasi sekarang tidak mungkin rasanya...mungkin para isteri tersebut bekerja untuk sama2 mengbahagiakan keluarga...
Teruskan menulis....

Anonymous said...

Bagi saya, org yg kawin lebih dari satu ni krn nafsu syahwat. Bagi yg berfikiran waras pd zaman ini, tak sanggup rasanya nak menduakan isteri krn pengorbanan isteri pertama terlalu hebat & tdk ternilai. Sanggup bersusah-payah utk membina keselesaan hidup.

ANAK BAPAK said...

berlaku adil tidak susah,,kerana niali adil sebenar takkan dapat dinilai oleh akal manusia..kenapa kita tiada merujuk al-quran dan hadith apa sebenarnya adil...susah keran kita tiada mengkaji asas-asas keadilan yang ditetapkan oleh allah..tak kiralah adil dalam pemerintahan ke..adil pada sikap ke...adil pada isteri ke..maksud adil sebenar sudah ada dalam al-quran..cuma kita yang malas mengkaji tentang islam..sibuk bercakap pasal islam..asas-asas islam kita tak mau dalami...sebok berpolitik...berjuang macam2..tapi tak pernah kaji asas politik islam..sbok pasal semuanya..tapi tanggungjawab kta untuk menuntut ilumu di abaikan..jangan bercakap suatu yang kita tiada tahu hakikatnya kerana khuatir kita di timpa aib kerana bercakap tanpa berlandaskan ilmu..

ANAK BAPAK said...

apa salahnya berpoligami kerana nafsu syahwat..? bukankah islam membenarkan poligami antaranya untuk mengawal nafsu manusia..? adakah kita rasa semua nafsu manusia sama macam nafsu kita..ada orang kuat nafsu ada orang tiada kuat nafsunya..jangan disalahkan orang berpoligami dengan mengatakan dia hanya berpoligami kerana nafsu syahwat..ini hukum yang allah sudah tentukan..tidakkah kita sedar bahawa gejala perempuan simpanan kini amat kritikal terutama di kalangan mahasiswa...bukankah poligami sebagai penyelesaiannya..?

Anonymous said...

saya setuju anak bapak, selalu cakap pasal adil, DEFINE adil...

Puan Ainon Mohd. said...

PTS ada menerbitkan buku "Di Bawah Payung Aishah: Tip-Tip Poligami".

Dapat dibeli di semua kedai buku besar - MPH, Kinokuniya, Popular dan lain-lain kedai di seluruh negara.

Banyak orang hendak beli buku itu, tetapi malu...

Boleh juga dibeli on-line. Klik http://www.pts.com.my

Salam Ukhuwah... said...

Soal hati dan perasaan tidak termasuk dalam ruang lingkup taklif. Jadi tidak berdosa jika seorang suami lebih sayang isteri yg tua atau muda. Tak berdosa juga jika seorang ayah terlebih sayang anaknya yg sulong berbanding yg lain.

Kasih sayang itu kelakuan roh yang tidak boleh dipaksa-paksa mahupun dibendung-bendung.

Nabi s.a.w sendiri mengakui di kalangan isteri-isterinya yang masih hidup Baginda lebih menyayangi Aisyah. Walau bagaimanapun Baginda masih mampu berlaku adil dalam pembahagian nafkah zahir dan batin hatta ketika sakit sekalipun.

Kebiasaan perasaan seseorang bisa sahaja mempengaruhi tindakannya. Di sinilah timbul persoalan, mampukah kalian berlaku adil pada zahir dalam keadaan kencederungan perasaan yang berbeza?

nasru said...

kawan saya tanya isteri saya.kalau saya kahwin sorang lagi bagi tak? isteri saya jawab tak ada masalah. dia izin. kemudian satu hari saya terbuat perangai, terjumpa dengan sorang awek.isteri saya dapat tahu. tapi dia diam je. dia kemas baju2 dia dan anak2 dan nak lari. saya tanya kenapa..dia kata papa dah tak sayang ummi dan anak2. saya kata simpan balik baju tu. yang peliknya dia simpan balik.patuh. itu yang buat saya tersentak sekejap.insaf. tak jadi kawin satu lagi. kemudian saya sedar yang ada pun dah tak tertanggung ni kan pulak nak tambah beban. maknanya, nafsu tu memang ada. sapa kata tak seronok dapat isteri lebih.

pikir pada keperluan. mengapa nak kahwin lagi satu. apa yang tak kena dgn isteri pertama. tak leh zuriat.boleh dipertimbangkan.tapi kalu kerana hawa nafsu serakah, baik tak yah. nanti tak terjaga.kena pula dapat anak, kot terbiar pula.lepas tu bercerai berai. akal ada. fikirlah setakat mana kita mampu

Anonymous said...

adil itu maknanya meletakkan sesuatu pada tempat yang betul, kan. so, setakat pembahagian kasih yang sama rata itu, ia bukanlah terjemahan adil yang sebenarnya.

sy prmpuan, tapi sy jenis yg tak suka org beri perhatian. saya ada kawan, jenis yg manja dan nakkan perhatian. andaikata kami bermadu, suami perlu ADIL dengan cara lebihkan perhatian kepada kawan sy, tapi pada sy dia tak perlu perati sangat (hehe..) itulah namanya adil. andaikata suami memberikan perhatian yg sama byk, mungkin saya rimas sedangkan madu saya pula cemburu!

soalnya skrg, berapa ramai lelaki yg FAHAM kehendak isterinya. jadi, bagaimana mahu ADIL jika isteri nan sorang pun cik abang2 semua tak cukup kenal.

saya sokong pendirian abg Lan dlm isu pembahagian kasih kepada anak. kata arwah ayah saya, dia tak mungkin kawin lebih kerana beratnya tugas dia sebagai dai'e (pendakwah) hingga jarang berada di rumah. sungguh pun ramai yg berminat (arwah ayah sy hensem orgnya) namun hingga akhir hayat masih ummi setia di hati. kata arwah, family yg satu ni pun belum tentu langsai tanggungjawabnya sebagai suami & ayah...apatah lagi kalau ber-2,3 atau 4 family. kata arwah, dia takut hisabnya panjang krn tak tertunai tggjawab.

lalu, ingatkah kita.. sekurang2 azab di hari akhirat adalah PANJANGNYA MASA HISAB.

guys, kalau korang boleh memahami kehendak ladies, memahami anak2, di samping memenuhi tuntutan solat malam & tugas dai'e, kawin lah. apa salahnya. nabi dah beri teladan. tapi kalau belum layak, sy nasihatkan jangan... sedih nanti kalau tggjawab tak terjawab depan Allah SWT :( wallahu'alam.

Anonymous said...

anakbapak,

nafsu memang berbeza tapi banyak ayat dalam alquran mendidik kita cara mengawal nafsu. kalau orang kapir boleh mengawal nafsu, kita yg islam ni masakan tak boleh ? Kamu ingat semua 4.8 bilion orang bukan islam, yg tak dibenarkan kawin empat tu...semuanya buat maksiat dan bersekedudukan ke...?

atau,
andainya agama kita tak benarkan lelaki islam berbini empat, maka adakah lelaki islam nak berlumba-lumba nak buat maksiat ?

kalau wanita tak dibenarkan berkahwin lebih meskipun kekadang lelakinya mati pucuk..mereka boleh kawal nafsu...lelaki islam tak mampu nak kawal ke ? atau memang pelahap ?

bagi saya pengamal poligami, hidup umpama sekawan singa atau harimau yg mempunyai beberapa betina dalam kawanan yg diketuinya.

Letting the time pass me by said...

Aku pun hairan macamana org dengan RM1500 boleh nak kawin 4... Lebih hairan lagi sebab bini-bini lain pun ok aje bagi greenlight...

Tapi nak kawin lebih nie adalah pilihan individu... Mungkin sekarang nie aku pun tak terpikir nak kawin lebih, tapi mungkin 10 tahun lagi siapa yg tahu...

Bab adil tak adil nie, memang subjektif sikit, sebab mungkin kalau kita tak kawin lebih pun, kita tak berlaku adil dengan diri kita sendiri dan dengan bini kita.

Cuma yang lebih penting ialah, mencari keredhaan Allah... Mat Nor nie walaupun kawin lebih satu, tapi nampaknya semua bininya pakai tudung... sesetengah orang tu kawin sorang pun tak mampu nak suruh bini pakai tudung? Tu lagi tak adil tu.....

ANAK BAPAK said...

terima kasih kepada saudar yang tidak bernama memberi respon terhadap ulasan saya soal poligami..

jika mengikut logik akal manusia yang terbatas ini,memanglah al-quran mendidik mengawal nafsu..soalnya al-quran mendidik agar manusia mengawal nafsu bermula dari mana..? sudah pasti bermula dari kanak-kanak berumur 7 tahun dipisahkan tempat tidurnya, pisah tempat pergaulannya,berkahwin sehingga tahap berpoligami.. semuanya adalah mahu menjaga manusia dari bahawa zina..bahya zina boleh menyebabkan nasab keturunan manusia hancur..itu yang paling penting..

orang kafir mangawal nafsu bersumberkan apa..? sudah tentu bersumberkan falsafah..falsafahnya adalah berlandaskan akal yang mahu sentiasa seronok..sayy tiada dapat berfikir bahawa orang kafir mampu mengawal nafsu..sebab orang kafir amat setuju dengan seks bebas tetapi selamat..islam melarang seluruh hubungan seks secara haram..sebab itu perlu kita perlu lihat pula pada matlamat syariah itu sendiri ( maqasid syar'iyyah) nafsu manusia hanya dapat dikawal dengan undang2 islam terlaksana sahaja, sebab itu ada hukum munakahat maka mekanisma menjauhkan masyarakat dari bahaya zina sehingga peringkat terakhir adalah 100rotan dan rejam..

kenyataan tuan tidak bernama bahawa ;
(Kamu ingat semua 4.8 bilion orang bukan islam, yg tak dibenarkan kawin empat tu...semuanya buat maksiat dan bersekedudukan ke...?)

soalnya..jika ada manusia tidak dapat mengawal naluri batinnya justeru tiada dapat kahwin lagi,ke manakah orang itu mahu salurkan nalurinya itu..sebab itu saudara perlu lihat maqasid syar'yyah yang mahu menjaga kemaslahatan manusia,bila suatu hukum sudah ditetapkan mesti ada matlamat syar'iyyahnya keran allah lebih tahu bahawa kelemahan nafsu sebab yang menciptakan nafsu itu adalah allah maka hukum yang diletakkan oleh allah adalah sudah pasti untuk mengawal nafsu itu..

saya mengatakan begitu kerana jika kita hanya menggunakan akal kita yang maha lemah,memang mudah mengatakan bukan semua yang akan buat maksiat.mana kita tahu manusia tidak akan buat maksiat sedangkan malaikat sendiri mengakui bahawa sifat manusia suka menumpahkan darah sesama manusia justeru manusia perlukan undang2 dari allah yang maha tahu kelebihan dan kelemahan manusia...bukankah begitu..!!inilah keyakinan saya terhadap apa yang telah diputuskan oleh syarak..

kenyataan tuan tidak bernama bahawa ;
(andainya agama kita tak benarkan lelaki islam berbini empat, maka adakah lelaki islam nak berlumba-lumba nak buat maksiat ?)

soalan saya..bolehkah kita buat andaian begitu seolah hukum allah boleh ditolak dan boleh diterima..?bukankah tujuan allah menetapkan peraturan itu untuk menjaga maslahat kehormatan dan keturunan manusia. Apakah tuan yang tidak bernama bersetuju dengan amalan perempuan simpanan.manusiakan sifatnya merasa tidak pernah cukup tetapi allah bataskannya agar tidak menceroboh maruah dan kehormatan orang lain..bukankah begitu..fenomena perempuan simpanan baikkah..? apakah kita boleh katakan kalau tiada undang2 yg membolehkan manusia berpoligami pun,bukan semua manusia islam akan berlumba2 buat maksiat..maknanya autoriti hukum allah boleh dimansuhkan begitu sahaja dengan meletakkan akal manusia yang melihat bukan semua manusia islam nak lumba2 buat maksiat..mengapa perlu kita lekehkan apa yang dihalalkan oleh allah hanya dengan akal yang diciptakan oleh allah..!!

kenyataan tuan tidak bernama ;
(kalau wanita tak dibenarkan berkahwin lebih meskipun kekadang lelakinya mati pucuk..mereka boleh kawal nafsu...lelaki islam tak mampu nak kawal ke ? atau memang pelahap ?)

saya seorang lelaki..dapatkah saya merasakan nafsu seperti wanita rasa...?tidak tahulah jika tuan tidak bernama boleh merasa nafsu lelaki dan permpuan..bukankah islam sudah meletakkan satu peraturan bahawa isteri boleh mintak fasakh dari qadhi keran suaminya mati pucuk..?baiklah..kalau si isteri itu boleh kawal nafsu tidak mengapa..soalnya..setakat mana si isteri itu mampu kawal nafsu..? sebab itu qadhi boleh fasakhkan itu pun mengikut pandangan fuqohak selapas jenuh berubat tak baik2 maka difasakhkan pasangan itu..bukankah itu satu undang2 yang jelas mahu menjaga nafsu,naluri kewanitaan dan nasab keturunan wanita itu..? cuba tuan tidak bernama baca majalah berkaitan masalah hubungan suami isteri,isteri curang lalu melakukan hubungan seks dengan lelaki lain semata2 mahu menyalurkan naluri kewanitaannya kerana suaminya tiada dapat memenuhi tuntutan naluri isterinya itu..betulkah manusia boleh mengawwal nafsunya..kalaulah boleh manusia kawal nafsunya sudah pastu tiada perlu undang2 menutup aurat,perkahwinan,poligami dan sebagainya..maknanya di sini manusia hanya boleh kawan nafsu dengan adanya undang2...undang2 dari allah..bukankah begitu..?

dakwaan tuan bahawa;
((bagi saya pengamal poligami, hidup umpama sekawan singa atau harimau yg mempunyai beberapa betina dalam kawanan yg diketuinya.))
janganlah tuan samakan pengamal poligami yang jelas adalah apa yang dihalalkan allah sama taraf denga binatang. yang menciptakan hukum boleh poligami ni allah..hukum allah sudah tentu mahu memuliakan kedudukan manusia dan siapa yang tiada setuju dengannya dikira allah sebagai lebih teruk dari binatang ternak.

saya terpaksa menulis panjang lebar respon ini kerana ia berkaitan aqidah kita atau keyakinan kita terhadap apa yang ditetapkan oleh allah..( saya harap saudara roslan tidak reject respon ini)

saya mahu mengajak semua pembaca agar tidak menunda wahyu dengan akal..akal kita amat terbatas. untuk menyempuranakan kelemahan akal mestila melalui wahyu.wahyu adalah jawapan kepada persoalan akal yang selamanya tidak akan dapat memberi jawapan terhadap perosalan hidup kerana tukang cipta akal adalah allah,tukang cipta sudah tentu maha mengetahui kelemahan dan kelebihan ciptaannya..maka al-quran dan sunnah adalah jawapan paling tepat terhadap persoalan yang paling tepat untuk menyelesaikan masalah manusia...wallahu a'lam

Anonymous said...

anak bapak ..kalau kawin atas motif nafsu shahwat semata (utk elak zina), perkahwinan tu tak kan kemana2.
Apa ingat kawin ni macam main masak2 ke?

semasa Rasulullah SAW beristerikan Siti Khadijah , wanita yg banyak berkorban jiwa raga serta harta benda utk perjuangan Islam, Baginda setia dgn satu isteri sampai Khadijah wafat.

Jadi nak kawin tu kawinlah..tapi ingat isteri yg dah banyak berkorban semasa kita susah. isteri tu mesti diberi priority .

saya cukup anti lelaki yg masa senang kawin lagi terus abaikan yg tua dan suka cari buruk isteri tua utk canangkan kpd yg muda. kalaupun isteri tua diam seolah redha, laki tu tetap berdosa dek buruk akhlaknya. semoga dibakar dalam neraka jahanam . isteri redha bukan bermakna lelaki tu cuci tangan. tanggungjawab tetap tanggungjawab

Anonymous said...

Salam...
kenapa la kita mesti nak bedebat perkara2 furu' ni?...
bknke merugikan umat islam sendiri...
Ni pandangan saudara roslan yg mengatakan dia tak mampu nak na berlaku adil kalo berpologami...
so tu hak dia...
Dan Allah pn berfirman seperti yg sdr roslan tulis, kalo tak mampu berlaku adil maka tak perlulah nak berpoligami...
Saya ckp sedih melihat org2 islam bergaduh semata2 nak tegakkn pandangn diorg...
mcm kat sini ( Mesir- saya pelajar kat Mesir)...
Org2 arab ni suka sgt bergaduh pasal hal2 yg kecik2...
kdg2 pasal sof solat yg tak sama pn boleh bergaduh besar semata2 nak tegakkn pendapat diorg...
Diorg termasuklah kita sendiri tak nampak yg org islam sekeliling kita
ditindas bermacam2 rupa...
Golongan murtad berbondong2 keluar islam..
tapi kita still gaduh menda2 yg kecil2...
Macam kes ni...
suma org kena baca dari ayat awal sampai ayat akhir yg dtulis oleh sd r Roslan...
".....maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja..... (an Nisa:3)"..
Kalo tgk balik ayat Al-Quran ni...
suma pn bleh faham...
Allah dah bagi kemudahan kat sapa yg mampu berlaku adil, so go on la nak kawen 4 pn...
dan kalo tak leh nak berlaku adil so tak yah la...
Tak payah la kita nak berdebat sapa
yg betul dan sapa yg salah...
Ayat ni kalo bagi budak skolah menengah baca pn dia faham...
Maaf kalo terkasar bahasa...
Sekian...
"Liahatlah nasib umat islam akhir zaman ni..."

Anonymous said...

ish..org takda nama nie.
menulis pakai emosi dan akal jek tak bleh beb.
kang terpesong ko.

ko jangan nak main bantai hukum Allah tentukan dgn mengambil contoh2 lelaki jahanam jek.banyak lagi yg berpoligami baik2 cume tak dibesarkan2kan oleh media jek.
pasal tak SENSASI.

ko nie mmg termakan ngan media2 yg pikir untung jek tu.

kalau umat islam buruk, adakah agama islam itu sendiri buruk?
fikir2kan la.

kepada yg gatal nak berpoligami saje2 gatal lebih tu, bertaubat la. nafsu kat dunia ni tak kemana pn, pikir2 tanggungjawab tu sume akan di revisekan di padang masyhar.

mintak2 kita sume + keluarga jauh dr amalan2 mungkar.

ZaujahSaifullah said...

assalamualaikum...

artikl yg baik..izinkan ana copy kat blog ana..jazakAllah khair... hasnahzulaikha.blogspot.com