Tuesday, May 06, 2008

Jangan ghairah membakar kelambu angkara nyamuk yang celaka

Saya sendiri agak keliru dan kabur, saudara bagaimana?

Bukannya kita mahu menjadi juara perjuangan bangsa yang sempit dan ekstrim, tidak kita bukan “racist”. Tetapi hakikatnya pisau setajam manapun tidak dapat mengikis identiti bangsa yang terlekat dan tertunjam kukuh dalam tubuh dan tulang-belulang diri ini. Benar Rasulullah saw benci dan tidak memperjuangkan kebangsaan Arab, tetapi Islam, namun tidaklah sampai keperingkat bangsa Arab kehilangan statusnya selepas Islam tertegak. Sehingga ke hari ini bangsa Arab tetap bergelar Arab cumanya diperbaiki dan disempurnakan dengan acuan Islam.

Melalui identiti bangsa, saya adalah Melayu yang beragama Islam, sebagaimana ada bangsa Cina yang beragama Islam dan India yang beragama Islam, dan agama-agama lain.

Semua ketahui pra 1957 bangsa Melayu adalah penduduk asal negara ini, sehinggalah disahkan dan diterima mereka yang bermastautin dari kalangan bangsa Cina dan India, atas persetujuan bersama sebagai warganegara Tanah Melayu yang merdeka selepas itu dan berlarutan sehinggalah ke hari ini. Maka terbentuklah negara kita yang merdeka dan tercinta ini dengan tiga bangsa dominan iaitu selain Melayu adalah Cina dan India.

Ianya tidak menjadi isu lagi, namun kita juga jangan lupa sejarah bahawa lantaran penerimaan ini maka turut diterima bahawa bangsa Melayu ini perlu diberikan keistimewaan lantaran status Bumiputera mereka itu, mereka yang jauh ketinggalan samada dari sudut ekonomi mahupun pendidikan perlu dibantu tetapi tidak pula menidakkan bantuan yang sama kepada bangsa-bangsa lain yang juga bermasalah.

Agama orang Melayu, iaitu Islam diangkat sebagai agama rasmi negara dan begitu juga bahasanya iaitu Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Pakaian orang Melayu iaitu Baju Melayu diangkat sebagai Baju Kebangsaan. Raja-raja Melayu, diangkat sebagai institusi tertinggi kepimpinan negeri-negeri dan negara. Ini semua juga diterima atas dasar tolak-ansur dan semangat perpaduan negara.

Boleh tidak kita pupuk apa yang ada, perbaiki mana yang longgar dan “move on” sebagaimana biasa demi perpaduan negara? Mengapa pada hari ini ada yang merasakan bahawa status quo yang ada ini perlu dirobah atas nama kesaksamaan. Bangsa-bangsa Melayu, Cina dan India ini perlu dikenali dengan satu identiti sahaja iaitu Bangsa Malaysia, sekaligus bakal melarutkan identiti bangsa yang telah diwarisi sekian lama.

Hanya melalui Bangsa Malaysia barulah kita semua setaraf, duduk sama rendah, berdiri sama tinggi? Hanya apabila kita hapuskan status Bumiputera barulah semua rakyat terbela? Inikah jalan penyelesaian terbaik, inikah yang dimahukan oleh kesemua 24 juta rakyat Malaysia?

Saya melontarkan perkara ini kerana dimuka 6 akhbar The Sun hari ini seorang tokoh politik veteran menyeru agar dirunding semula “Kontrak Sosial” kita.

Apabila ada pihak menyuarakan berkenaan perlaksanaan Islam, peraturan dan perundangan Islam, pihak itu ditempelak dengan pelbagai tuduhan dan cemuhan, bercanggah dengan perlembagaan, membangkitkan kemarahan bangsa dan agama lain dan berbagai lagi. Tetapi apabila kita bangkit menuntut perundingan semula “Kontrak Sosial”, menyemak dan merongkai semula warisan kita turun-temurun, kita dikatakan patriotik, negarawan Malaysia sebenar.

Bagi saya yang mengekploitasi status quo yang ada adalah pimpinan parti yang berkuasa sejak Merdeka, merekalah yang telah memporak-perandakan perlaksanaannya. Realitinya pentadbiran mereka bukan hanya telah meminggirkan bangsa-bangsa lain malah kalangan bangsa Melayu sendiri ramai yang terpinggir khasnya orang-orang Melayu yang menyokong pembangkang dan orang-orang Melayu dalam kelompok mereka yang terjerat lantaran kesetiaan kepada tokoh-tokoh tertentu.

Apa yang telah disepakati dan diwarisi itu adil ketika Merdeka dan sesungguhnya praktikal sehingga kini, cuma petualangnya adalah orang-orang yang diberi amanah untuk melaksanakannya, bukan hanya orang Umno malah termasuklah MCA dan MIC dan kemudiannya Gerakan dan lain-lain.

Kerana itu berhati-hatilah dalam membuat tuntutan, jangan sampai angkara keghairahan kita, semua yang dibina roboh dan dah;ah roboh lebih malang lagi ia menghempap pula diri kita sendiri.

6 comments:

Stealth said...

Bongkar & sebarkan intipati perjuangan tokoh² terkemuka dahulu spt Burhanuddin Al-Helmy, Shamsiah Fakeh dll utk negara ini. Perjuangan tdk akan berhenti walaupun bertukar pemimpin.

Anonymous said...

sdr,
saya sependapat dengan sdr dalam isu ini, nampaknya pihak-pihak tertentu amat ghairah membincang survival bangsa samada Melayu , Cina atau India. Yang nyata ianya kesan dari PRU 12.Pemimpin Melayu melihat Melayu sudah hilang ketuanan kerana UMNO Kalah , begitu juga Cina dan India apabila MCA dan MIC kalah terok, persoalannya :Benarkah begitu ?.Kepada pemimpin sebegini , saya ingin menyedarkan mereka bahawa perjuangan bangsa Malaysia hari ini telah melangkaui sempadan bangsa , dimana orang melayu boleh menyokong pemimpin dari Cina atau India , begitulah sebaliknya. Inilah mesej utama dari PRU 12. maka kenapa pemimpin tersebut ingin mundur kebelakang .sedarlah bahawa keadilan , kesaksamaan dan kejujuran tidak pernah kenal bangsa dan sempadan.
para pemimpin masa berubah telah tiba janganlah syok dengan lagu-lagu lama, nanti anda semua akan ditinggalkan oleh rakyat.

sekian.

AnakMudaParlimenBatu said...

Sebenarnya pada pandangan saya orang melayu berpecah ankara mereka sendiri.....politik mungkin salah satu faktor .... apa-apa benda yang kita lakukan ..... kita berlandaskan agama ke depan pasti kita tidak akan berpecah ..... kita sekarang risau tentang perpecahan orang melayu ... sebagai anak muda saya begitu risau akan masalah sosial anak Islam/Melayu yang semakin teruk...BAGAIMANA NANTI BANGSA MELAYU AKAN DATANG???

Rakan2
Layarilah blog saya di
http://khairilazuar.wordpress.com/
TQ

Anonymous said...

assalamualaikum..
for info.. sy tinggal di Padang Sanai, Kuala Nerang, Kedah...
saya selalu mengikuti blog sdr. roslan ni. hari2 saya baca x penah mis pun... saya amattt bersetuju ngn pndgn sdr. roslan..teruskan perjuangan.. moga di berkati ALLAH SUBHANAHU WATAALA..

dasuki_tmc said...

nak harap umno memperjuangkan ugama Islam di Malaysia......?
tak payah le susah-susah lah orang umno!
selesaikan masalah dalam umno tu. baiki.
lagi satu hal, nak memperjuangkan bangsa Melayu oleh orang didalam UMNO....?
tak perlu adanya umno untuk memperjuangkan bangsa melayu....!
nak harap umno mempertahankan tulisan JAWI....? jangan harap le, dah hapus pun.
nak meningkatkan fahaman orang melayu dalam bahasa inggeris melalui subjek sains dan mathematik, pun hancus dan huru-hara....!
sekolah agama rakyat di halang dari bantuan perkapita yang tak seberapa adalah angkara siapa...?umno tak mengaku...!
nama kat BANK BUMIPUTRA pun umno tak mampu nak mempertahankan, macamana nak memperjuangkan agenda melayu MELALUI MMMM yang baru-baru ini dilancarkan di JOHOR....?
dan banyak lagi perkara yang orang umno telah memperlekehkan bangsa dia sendiri, dalam hal budaya, bahasa, ugama, pelajaran, ekonomi, hartanah, saham amanah, maruah, antara bangsa dalam negara juga luar negara dan berbagai bidang yang akan hancur binasa bilamana umno yang tidak berpegang pada Al-Quran dan Hadis Nabi....

drp: orang utan yang berakal.
bukan dari akal orang utan.

Anonymous said...

salam,

Kenapalah tak habis-habis isu bangsa melayu ni diperkatakan. Melayu-melayu ni tak kemana-mana. Masih melayu walaupun dah berhadapan dengan Allah swt Qadhi Rabbul Jalil di Yaumil Mahsyar nanti.

Sudah-sudahlah cerita pasal melayu. Tapi ISLAMnya tah kemana..tak diiktiraf oleh ALLAH swt.

Sedarlah jika islam tidak datang ke tanah melayu dahulu.. mungkin kita2 ni duduk kat tokong hindu atau budha... haa dahi bercalit pangkat sajana (tiga line putih di dahi). Jgn lupa sejarah asal keturunan asal usul agama orang2 melayu adalah hindu. Islamlah yang telah mengangkat martabat melayu, atau mungkin duduk diatas pokok2 dihutan mana2 diseluruh negara.

Setuju sangat saya daengan saran TGNA, dah tak relevan nak bincang soal melayu. Disebabkan kesibukan kita cerita bab melayu ni agama terpinggir.

SELAMAT ISLAM SELAMATLAH MELAYU