Wednesday, May 14, 2008

Biaya Malaysian Philharmonic Orchestra RM3.5 juta sebulan!

Ekoran dari berbagai krisis melibatkan ekonomi samada berpunca dari masalah domestik mahupan yang global, kerajaan menyeru agar kita berjimat-cermat. Ada yang menyarankan agar majlis-majlis kerajaan turut disederhanakan agar menjimatkan wang rakyat. Namun sejauh mana kesungguhan usaha ini, masih menjadi tanda-tanya.

Dalam pada itu di Parlimen semalan wakil Bagan yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, mendedahkan bahawa Petronas terpaksa membelanjakan sejumlah RM3.5 juta sebulan untuk membiayai Malaysin Philharmonic Orchestra iaitu orkestra yang diwujudkan oleh kerajaan sejak 10 tahun dahulu atas biaya Petronas.

Okestra ini dianggotai oleh hanya 5% rakyat Malaysia manakala selebihnya adalah yang diimpot. Konduktor orkestra ini sahaja dibayar RM130,000 sebulan dan pembantunya RM50,000 sebulan (lebih mahal dari elaun Menteri-menteri Besar dan Menteri Kabinet Malaysia)!
Beginikah caranya Petronas menyalurkan keuntungannya kepada rakyat,sedangkan persembahan orkestra ini hanya dinikmati oleh kurang dari 1% rakyat Malaysia yang rata-rata dari golongan elit dan berada?

Jika benar dalam susasan ekonomi dunia yang tidak menentu ini kita diminta berjimat-cermat maka penjimatan yang paling uatama disaat ini bagi saya adalah untuk mengahpuskan sahaja orkestra yang tidak memberi manfaat kepada lebih 24 juta rakyat Malaysia ini. Peruntukkan RM130,000 sebulan untuk membayar gaji konduktor MPO ini lebih baik digunakan untuk perkara lain yang lebih berfaedah. Bayangkan MTUC perjuangkan gaji minima buat kaum pekerja di Malaysia sebanyak RM1200.00 sebulan iaitu gaji RM900 dan COLA RM300, dengan RM130,000 sebulan ini dapat membayar gaji minima kepada 108 orang pekerja Malaysia dan membantu mereka mengatasi kesan kenaikkan kos hidup hari ini!

Kalau pun mahu memajukan industri musik Malaysia, tak perlulah bertaraf dunia sedangkan rakyat sedang berhempas pulas untuk hidup sehari-hari. Majukan sahaja pemuzik-pemuzik tempatan, kita sendiri memiliki orkestra tempatan yang boleh dibimbing dan diperkasakan, apa perlu kepada pembaziran sebegini rupa!

14 comments:

Anonymous said...

Hak ni yang ambo minat sangat kat pembangkang ni....macam macam boleh bongkar salahlaku pentadbir pentadbir KeRajaan BN, suka bayar gaji org luar lebih lebih...anak anak di Malaysia graduan ramai menganggor tiada kerja, kera luar negeri di beri gaji lumayan! Baru baru ni di UKM, kini Petronas..ntah mana lagi...PR, korek, korek, korek....
Inilah accountibility, check and balance yang kita nak....kalok di biarkan mungkin ada 200juta ekor khinzir di negara ini!

Anonymous said...

Itule...kalau kerajaan yang ada absolute power sure banyak salah laku. So pembangkang bantai kerajaan cukup2, jangan bagi chance. selagi ia memberi manfaat kepada rakyat jelata. Kerana kamu sebagai pembangkang juga adalah rakyat.

sham said...

Assalamualaikum,
Hiburan kelas tinggi hanya untuk mereka yang berdarjat tinggi,tetapi segala imbuhan gaji dibayar melalui harta rakyat yang digali.
Mewahnya hidup yang dicari,seolah-olah besok tidak mati

Anonymous said...

Sudahlah ada krisis makanan, duit itu bawa ker menangani krisis ini pun bagus ataupun pembiayaian subsidi petrol yang lebih sikit untuk mengurangkan kos rakyat, sudahlah disuruh korban mkn ubi dan segengam nasi sahaja....APA Nak Jadi dengan pemerintah, semakin teruk... belanja ke jalan yang berfaedah untuk rakyat.


Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

Anonymous said...

Mak mertua Kassim Selamat, Nyonya Mansur tanya. "Siapa anggota orchestra yang diimport dari luar tu, doktor, lawyer, peguam?"

Anonymous said...

wahhhh...3.5juta sebulan?!! lagi baik buat skolah ngan jalan raya..ingatlah wahai tresurer..di akhirat kelak akan ditanya ke mana dibelanjakan wang amanah rakyat...

Anonymous said...

sdr,
ini satu lagi episod malang bagi negara kita,kononya dengan ada orkestra seperti itu meletakan malaysia setanding dengan negara maju.inilah khayalan pemerintah UMNO yang meloyakan,perkatra ini menjadi penyumbang kepada kehancuran UMNO pada masa kini.

sekian.

Unknown said...

kita yang mengaku Islam dan beriman kepada Allah dan Rasul, sama-sama buat sembahyamg hajat dan mendoakan semoga orang-orang yang melakukan pengkhianatan kepada ugama Islam, rakyat, maruah dan tanahair supaya sedar apa yang dilakukan itu haram dan dilaknati oleh Allah dan sekalian makhlukNya. jika masih tak sedar dan masih angkuh dan sombong lagi ego, maka kita doakan orang seperti itu agar perutnya gembung, boleh tak....? atau pulangkan balik apa-apa yang diselewengkan itu kepada yang hak.

patut le umno/bn mati-matian mempertahankan kuasa melalui pru12 yang lalu. rupanya ada kuasa dan kemewahan hidup takat dunia.
maka sesia sahaja usaha tv3 menyiarkan rancangan "bersamamu", satu sudut tv3 menempelak PR, satu ketika julang umno/bn, satu ketika keluar isu rumah terbengkalai, tapi pihak umno/bn pekak dan bisu bila timbul berkaitan penyelewengan oleh umno/bn.
petronas ada bayar zakat tak? zakat harta rikaz.

mat terab said...

MACAM NI KA PEMINPIN UMNO PUNYA KEPALA HOTAK UNTUK BANTU RAKYAT BERKIRA SANGAT TAPI BAGI KPD ORG ASING TAK BERKIRA....NAK BANTU RAKYAT PULAU PINANG UNTUK MENBIAYAI JAMBATAN KEDUA PULAU PINANG TAK BOLEH BAGI DUIT PADA PUAK OKESTRA NI BOLEH PULAK......NAK BAGI BONUS PADA KAKITANGAN KERAJAAN KATA KERAJAAN X MAMPU, NAK BAGI BIASISWA KPD RAKYAT TAK MAMPU, NAK HAPUSKAN TOL TAK MAMPU, KALAU BAB MEMBAZIR MAMPU LAK.........

Anonymous said...

pemain dalam Malayan Philharmonic Okestra keroncong tu adalah untuk menyedapkan jenazah pemimpin BABI NEGARA bile dia kojol dah! hahahaha!

Dengan duit tu, bleh lah nak berlagak ngan omputeh. Cilakak punya malaun...rakyat ko ada yang tergolek miskin, ko sibuk bayar gaji natang yang main benda lahabau tu banyak-banyak...apa pasai!

Duit tu bleh bagi bonus kepada rakyat lah kobau! Bile mau gol orang cam nie hah!

Anonymous said...

assalamua'laikum...

saya seorang pekerja kilang(exec level).

saya sangat setuju dengan perjuangan MTUC menuntut gaji min 900.

Di kilang saya makcik2 yang dah bekerja bertahun2 masih mendapat gaji sekitar rm 700 sebulan.Itupun jika ada OT(overtime).Pengurusan pula semungkin boleh mahu mengurangkan OT.Increment naik pun ada yang tak sampai RM 5 setahun.

Pekerja Bangladesh yang baru masuk 3 bulan.Increment boleh naik sampai RM 100.Ini semua TERPAKSA pengurusan lakukan kerana katanya ada syarat gaji minimum yang dipinta oleh kedutaan Bangladesh.

Memanglah benar,mereka naik sebanyak itu tetapi tidak dapat benefit lain seperti bonus dan increment lagi.Tetapi kenapa rakyat Malaysia terpaksa berhempas pulas hingga 10 tahun untuk mencecah ke gaji RM 700,sedangkan mereka baru mencecah 3 bulan sudah boleh menikmati gaji sebanyak itu.Tambahan pula dapat rumah free.Cuma bayar bil elektrik dan air sahaja.

Saya tidak salahkan bangladesh,kerana mereka juga Islam seperti kita.Cuma yang dikesalkan jika kerajaan Bangladesh boleh menetapkan syarat2 seperti gaji minimum itu,kenapa tidak kerajaan kita ?

Tolonglah,lihatlah orang2 di bawah ini.Makan tengah hari pun terpaksa berhutang.Hujung bulan pinjam sana sini.

Kepada saudara Roslan.Buatlah sesuatu untuk perjuangkan isu ini.

Anonymous said...

Bagus artikel ni bro, cuma kekdang kita kena buat homework or research sikit. Dalam isu perbelanjaan orkestra ni, adalah purely business. Ana tak tahu sama ada ia adalah syarikat bersekutu or anak syarikat petronas; tp semestinya MPO perlu generate pendapatan sendiri untuk sustain. Jadi, pada saya, kalau MPO boleh bayar segala operating cost yang diorang tanggung tanpa mendapatkan fund daripada Petronas, mengapa perlu di jadikan isu. Melainkan kita tahu bahawa MPO tidak membawa keuntungan setelah bertahun beroperasi dan menjadi beban untuk petronas....

Anonymous said...

terlukanya hati membaca tentang hal ini...

kami berjuang utk mencari sesuap nasi yg makin naik harga berasnya...

kami dah mula ubah cara hidup, makan nasi sekali sehari je (padahal itulah makanan ruji kami sejak nenek moyang kami). Sekarang ganti makan roti yg dicelup telur dan digoreng.

Harga barang semakin naik, pendapatan tak naik2...

terima kasih la pemimpin2 negara, kerana menyusukan kera2 yg dtg ke negara yg kucintai ini... dan membiarkan anak2nya (rakyat yg mengundi dan membayar cukai utk gaji2 mereka) mati kebuluran... moga2 pemimpin2 ini menjadi GAH dan MEGAH di mata dunia (dunia je, akhirat... lu pikir lah sendiri)...

Anonymous said...

ni yg buat aku rasa nak tembak babi-babi yg dok di atas yg tak bertanggungjawab tu....