Friday, May 09, 2008

Apa perasaan anda bila melihat gambar ini?

Akhbar “The Sun” dengan begitu bangga memaparkannya di muka depan. Hakikatnya memang si “murtad” berazam untuk kekal dengan agama asalnya, beliau memohon di mahkamah syariah, dan atas sebeb keterbatasan peraturan dan undang-undang yang ada lantaran tiadanya keutamaan untuk hal ini oleh pihak pemerintah, maka hakim terpaksa membenarkan permohonan tersebut.

Soalnya, mengapa keputusan pihak mahkamah itu dianggap sebagai satu kejayaan besar sehingga pihak akhbar mengekori si “murtad” untuk menghidangkan gambar dan tajuk ini kepada rakyat?

Saya tidak tahu bagaimana dengan yang lain, tetapi saya melihat gambar dan tajuk ini memberikan isyarat bahawa peraturan Islam yang terpakai dalam negara ini sangat longgar, oleh itu langgar sahaja bila perlu, hatta sehingga mahu masuk Islam kerana nafsu dan kemudiannya murtad tidak menjadi masalah besar. Sedih, pilu bila menatap gambar ini dan membaca laporannya.






Tahniah Tan Ean Huang kerana anda telah membuktikan bahawa pemimpin Islam yang berkuasa dalam negara ini sesungguhnya tidak pedulikan sangat nasib dan maruah agamanya. Mereka Islam tetapi mereka tidak pernah ambil kisah apa yang akan terjadi pada agamanya.

Pada hari Jumaat yang merupakan penghulu segala hari ini, saya menyeru kepada semua agar bangkitlah mempertahankan kemuliaan Islam. Desak semua wakil rakyat Islam samada dari BN, PAS atau PKR agar melakukan sesuatu bagi mengemaskan kembali pentadbiran Islam dalam negara, kalau mereka tidak ada “political will” kita gantikan sahaja mereka semua dengan yang lebih berani.

2 comments:

Azlina Ahmad said...

Habis bagaimana harus dilakukan. Saya berpandangan ahli tertinggi pimpinan kena bawakan isu ini untuk dibawa penyelesaian.
Saya juga panas dengan isu ini. Masakan tidak selepas ini tentu ada yang akan berlaku lagi.
Mana tanggungjawab mempertahankan Islam agama orang Melayu. Didalam harakah sendiri tidak ada laporan sehingga kini tentu isu ini. Apa semua sedang tidur??

Anonymous said...

Sekiranya kita nak mempertahankan kemuliaan agama suci Allah, kita kenala bersatu, tak kira bangsa (Melayu, Cina, India dll). Kita seharusnya menunjukkan pada org kafir bahawa Islam tu sebenarnya agama yang paling indah dan agung. Tapi realitinya kita tak bersatu, lemah, dibuai mimpi-mimpi indah dan lalai dengan hiburan. Berapa kerat umat Islam yang benar-benar mempertahankan Islam? Jadi bila seorang muallaf seperti si Fatimah ni murtad, maknanya kita telah gagal membimbing seorang muallaf dengan baik. Jadi pada pandangan org kafir, Islam tu samalah mcm agama-agama lain di dunia.