(Kenapa ramai yang masih berdiam diri, mana komen para pemimpin kita, yang Melayu yang Islam? Mengapa laman-laman web milik orang Melayu Islam pun sunyi membisu?)
Saya menerima komen berikut dari seorang pengunjung:
Saudara Roslan, Saya mohon penerangan mengenai isu ini. Melihat daripada komen-komen dari PAS, dan dari saudara sendiri, saya dapati apabila seseorang memeluk Islam, ianya seperti one way ticket. Secara practical ramai memeluk islam kerana hendak berkahwin, selepas bercerai mereka ingin kembali kepada ugama asal mereka. Jadi, jika tidak dibenarkan keluar Islam, maka bukankah ini menjadi satu obstacle untuk seseorang itu memeluk Islam. Setahu saya, tidak ada paksaan di dalam Islam. Harap Sdr dapat menolong saya memahami perkara ini.
Fri May 09, 12:23:00 PM MYT
CONFUSE
Terima kasih kepada yang bertanya, saya percaya inilah soalan yang sama yang bersarang di kepala ramai yang bukan Islam (termasuk barangkali beberapa kerat yang Muslim tetapi yang keliru). Islam bukan sekadar satu “religion” lalu boleh sesiapa sahaja keluar masuk mengikut kemahuan. Ia adalah suatu “way of life” suatu pilihan hidup, yang mana bagi sesiapa memilih untuk menerimanya, maka ia pilih dengan rela hati dan faham. Penerimaan tadi tidak kiralah atas apa sebab samada kahwin, ekonomi, politik atau apa sahaja kecuali paksaan, mestilah juga tertakluk kepada penerimaan semua sistem dan peraturan Islam sebagaimana yang termaktub di dalam al Quran dan Sunnah (dan peraturan Islam yang lain).
Islam adalah suatu sistem bermasyarakat dan bernegara oleh kerana hanya dalam Islam sahaja kita boleh dapati suatu sistem hidup yang komprehensif. Hanya apabila kita membincangkan Islam, akan terkeluar Negara Islam, Undang-undang Islam, Sistem Ekonomi Islam (bank Islam), Sistem Pendidikan Islam (universiti Islam) malahan makan-minum, berpakaian, berhibur, kesihatan, hanya Islam sahaja mengaitkan semua amalan ini dengan peraturan agamanya.
Lantas apabila seseorang itu masuk Islam, maka ia menolak yang lain secara muktamad dan hanya menerima Islam juga secara muktamad.
Saudara memetik surah al Baqarah ayat 256 yang keseluruhan ayatnya bermaksud:
Tidak ada paksaan dalam ugama, kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Ayat di atas berkaitan dengan ayat seterusnya iaitu ayat 257 yang bermaksud:
Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
Kesimpulannya yang tidak dipaksa adalah memeluk mana-mana agama termasuk Islam, tetapi apabila seseorang telah Islam dan tiba-tiba ia mahu keluar, maka ia telah menolak sesuatu yang ia pada awalnya terima secara putus, lantas tindakannya itu tidak dibenarkan oleh Islam, kerana ia suatu penderhakaan besar terhadap Islam. Dalam hal ini Islam akan bertindak merawat akidahnya tadi, diadakan kaunselling, dipujuk dan diberi peluang bertaubat, apa pun dia tidak boleh meninggalkan Islam.
Seorang Muslim yang menerima Islam secara rela hati mengikrarkan penerimaannya itu bukan sekadar ketika bersyahadah dihari pertama Islamnya, tetapi diulang-ulang dalam solat hariannya:
Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama - (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)".
162-163 al An’aam
4 comments:
assalamualaikum..,
saya seolah dapat merasakan bahawa, isu murtad ini pasti akan digunakan sebaiknya oleh MCA atau gerakan atas nama kebebasan beragama untuk menarik semula sokongan pengundi bukan islam kepada BN.
pada pilihanraya ke-10 yang lalu MCA gerakan dan lain2 nya telah berjaya mengeksploitasi isu negara islam sehingga menakutkan pengundi bukan islam kepada pembangkang..,
Saya kira, mungkin ini masanya juga kita memperhebatkan dakwah dan penerangan dan memberi maklumat tentang kebebasan beragama yang dianjurkan oleh Islam kepada siapa sahaja yang bernaung dibawah pemerintahan islam sekiranya islam diberi peluang berkuasa.
semua orang bebas memberi pandangan juga pendirian apabila hidup di dalam masyarakat yang islamnya yerlaksana, bagi individu muslim, dia boleh memberi apa2 pandangan kecuali dua perkara sahaja :
1. perkara yang sudah putus dan Qatie berdasarkan al-quran dan Sunnah, ijmak dan Qias
2 perkara yang tidak bercanggah dengan roh islam.
kebebasan bersuara dan berpendirian bagi non muslim adalah meliputi budaya dan amalan agama mereka, tiada siapa yang dibenarkan untuk masuk campur urusan agama mereka malah menghina rumah ibadah mereka pun jelas diharamkan dalam islam apalagi merobohkannya. noon muslim punyai hak tentang kemaslahatan bersama tetapi tiada hak masuk campur urusan agama islam.
maknanya, setelah islam seseorang itu, dia tertakluk dibawah undang-undang islam, maka non muslim tiada hak masuk campur urusan undang-undang islam kerana dia masih tertakluk dibawahnya. islam mengharamkan mana2 individu muslim memaksa atau mengerah mana2 non muslim untuk memeluk islam, kerana non muslim itu tertakluk dibawah amalan agamanya. itulah secara ringkas tentang kebebasan mengamalkan agama dan batasannya..
saya menyokong penuh saudara roslan terus memberi penerangan secara tuntas isu ini dengan kendalian dan idea saudara roslan, moga2 allah permudahkan segala urusan saudara roslan dan kita sama2 memberi penerangan kepada masyarakat non muslim betapa indahnya islam insya-allah..
sy baru dengar ceramah dr asri kat penang tadi, dia ada sentuh pasal murtad ni.. katanya murtad seseorang itu bukan kerana mahkamah mengisytiharkan dia murtad, tetapi kerana larinya akidahnya.. jadi yang lebih penting skrg kukuhnya institusi islam agar semua org islam, mualaf @keturunan diperkuatkan akidahnya...
Dengarkan sendiri dari Peguamnya.
http://al-qayyim.net/news/index.php?option=com_content&task=view&id=69&Itemid=9
Sebenarnya tidak timbul soal paksaan dalam beragama kerana sememangnya Islam tidak pernah memaksa sesiapa memeluk Islam. Hatta dalam perang sekalipun 3 pilihan diberi. Yang penting adalah tunduk, patuh dan bersetia terhadap kedaulatan pemerintahan Islam.
Justeru itulah, Murtad dikira sebagai pengkhianatan terhadap negara (agama), dan pengkhianatan sebegitu mestilah dihukum.
Jika kita teliti kanun kesiksaan pun terdapat peruntukan hukuman terhadap orang yang mengisytiharkan perang kepada YDPA.
Seperkara lagi, hanya Islam sebagai satu-satunya agama yang sebenar yang menjaga akidah umatnya. Sedangkan ajaran lainhanya semata ritual sahaja. Tentulah mereka tidak ada halangan untuk penganutnya keluar dan masuk.
Tapi Islam bukan begitu. Apatahlagi masuk dengan hanya alasan untuk berkahwin.
Saya menyarankan perlu ada undang-undang khusus untuk murtad dengan mewartakannya sebagai jenayah terhadap negara.
Post a Comment