Friday, May 23, 2008

Baca sebelum memberi reaksi

Saya membaca komen berikut dalam berita terkini NST Online:

The baju kurung worn by schoolgirls to government school is not that sexy, PAS said today. PAS Youth Chief Salahudin Ayub said there was no problem with the school uniforms from an Islamic perspective. “As long as the baju kurung is tailored according to the traditional Malay interpretations of the gramnet and not too tightly I don’t see any problem”.

Saya yakin Salahuddin tidak berkesempatan membaca kenyataan PKPIM yang dibuat melalui Naib Presidennya dan Ketua Hal Ehwal Wanitanya, adik Munirah Bahari. Sukar juga apabila dihimpit memberikan reaksi sedangkan kita sendiri tidak maklum tentang isu sebenar yang dibahaskan. Tambah pula kenyataan kita dipetik sebagai mewakili Parti Islam Se Malaysia.

Saya nasihatkan Dewan Pemuda PAS agar menyelami terlebih dahulu isu yang mahu diketengahkan oleh adik-adik kita di PKPIM itu. Kalau PAS pun memandang ia sebagai “non issue” maka siapakah lagi nanti yang akan bangkit untuk membela Islam?

Kenyataan penuh PKPIM boleh didapati di
http://www.pkpim.net/

5 comments:

aNaK BaPaK said...

saya amat2 berharap ahli2 parlimen PAS dapat membawa isu ini ke parlimen berikutan kedaan remaja kini amat parah...sauadara roslan mungkin boleh memanjangkan hal ini kepada mana2 ahli parlimen PAS termasuk Tuan Guru Dato' Seri Presiden..

tong kosong said...

itulah masalahnya...

takde sapa yg bebetol nak tgk dan fahamkan dulu isinya...
pemimpin2 bukan BN pon patutnya kena alert...

tapi jgnla bias... kalau kenyataan yg sama dibuat oleh pemimpin sebelah sana... kena hentam jugak ni he he

bakaq a.k.a. ~penarik beca said...

School uniform not sexy: Pas

Amer said...

Saya rasa saudara Salahuddin sudah membaca tulisan PKIPM tersebut dan, saya faham serta bersetuju dengan pendapat beliau.

Tidak ada salahnya baju uniform sekolah berbentuk kurung bewarna putih . Yang menjadi salah ialah apabila pakaian tersebut dibuat jarang, ketat dan terbuka di dada. Dengan itu, tak perlulah sampai disuruh kerajaan meminda uniform sekolah. Bagi saya, memadailah dengan memberi kefahaman kepada pelajat tentang aurat wanita.

Saranan untuk menutup aurat memang baik, tetapi dengan tambahan "ayat" yang meletakkan punca utama jenayah seks kepada pakaian sekolah putih yang seksi, telah menyebabkan saran an baik tersebut menjadi bodoh dan secara tidak langsung memfitnah keadilah ugama Islam -> seolah olah Islam ini hanya menyalahkan wanita apabila berlaku jenayah seks.

Saya tidak mempertikaikan bahwa dedah aurat adalah antara punca jenayah seks, tetapi ia bukanlah hanya satu-satunya penyebab utama. Penyebab utama ialah kurangnya ugama dan akhlak perogol tersebut.

Jadi didalam usaha untuk mengurangkan jenayah seks, penekanan harus diberi kepada punca rendahnya akhlak perogol tersebut --> terdedah kepada pornography (VCD lucah dll), pergaulan bebas, masalah mental, tiada pengetahuan ugama dan macam-macam

Saudara, inilah sebenarnya yang dikritik hebat oleh ramai aktivis wanita dan badan kebebasan manusia. : yakni, kegagalan untuk meletakkan kesalahan kepada pesalah utama, sebaliknya meletakkan kesalahan kepada wanita.

Ellyasak said...

Saya amat bersetuju dengan kenyataan Sdr. Roslan. Salahuddin perlu lebih peka dan mendalami permasalahan yang dibawa oleh PKPIM sebelum membuat sebarang kenyataan bagi pihak parti.

Sememangnya uniform sekolah sama ada baju kurang atau kemeja putih yang dipakai oleh sesetengah pelajar wanita kelihatan jarang dan bertambah jarang apabila terkena air semasa hujang. Sememangnya perkara sedemikian boleh menjadi faktor penarik kepada berlakunya salah-laku seks.

Diharap Salahuddin lebih berhati-hati dalam memberi kenyataan. Sebagai parti yang menjadikan Islam sebagai wadah, perkara-perkara yang boleh mendorong atau mengarah kepada salah-laku ataupun jenayah perlu dibantras. Diharap Salahuddin segera membersihkan atau membetulkan kenyataannya itu.