Friday, May 09, 2008

Nasihat saya kepada Utusan Malaysia dan TV3

Semalam Buletin Utama TV3 padat menyiarkan berita apa yang dikatakan tindakan “durhaka” Pengerusi DAP yang juga ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh terhadap SPB Yang Dipertuan Agong dan Raja-raja Melayu. Dipaparkan klip laporan polis yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu termasuk Setiausaha Agung Umno serta temuramah dengan pimipinan Pemuda Umno Perak.

Manakala hari ini akhbar Utusan Malaysia terus membakar isu ini:

Melayu marah - PM. UMNO, lima ahli Parlimen, NGO buat laporan polis terhadap Karpal






Ringkasnya disaat ini orang yang memeluk Islam secara terang-terangan terlepas untuk murtad di hadapan mata kepala kita! Dari sibuk membakar semangat orang Melayu, untuk mengejar agenda politik parti tertentu, lebih baik kita gunakan sumber dan ruang yang ada untuk menyedarkan umat kita agar melakukan sesuatu untuk kembali kepada penghayatan Islam yang sebenar. Dari istana ke kampong-kampung. Dari sawah ke Parlimen dan Dewan-dewan Undangan Negeri, ayuh kita gembeling tenaga agar ketinggian Islam terus dipertahankan.

Berpada-padalah dengan kes Karpal ini, memang institusi Raja-raja Melayu penting, begitu juga maruah bangsa, tetapi apalah itu semua jika Islam sudah tidak ada nilai dan harga. Islam sudah dengan mudah boleh menjadi bahan main-mainan.

Lebih baik kita memaparkan keperluan kepada peraturan dan undang-undang yang akan memelihara kemuliaan dan kesucian agama tercinta ini. Joloklah hati kecil orang Melayu, umat Islam, pemimpin Islam, Umno, PAS, PKR, PBB dan yang lain-lain agar sensitif terhadap ancaman ini. Pedulikan Karpal, sekarang kita survival agama kita terancam! Apa, Islam terancam Melayu tidak marah?

3 comments:

Anonymous said...

Apa lagi, satu lagi can bergambar. Maklumlah Mesyuarat UMNO hujung tahun.

Wassalam.

Abu Qamar

Anonymous said...

Karpal sebagai peguam, beliau bercakap atas dasar pelembagaan... isu ini melibatkan pecat sahaja ... dan pandangan beliau tidak menunjukkan dia derhaka kepada sultan ... Adakah sultan tidak boleh diberi pandagan juga ker? ... karpal tidak sebut nantang kat sultan jadi kes ini dengan terengganu, mana berat? isu murtad oleh siti fatimah lagi berat .... mengapa kerajaan tidak pandang berat akan kes ini....

Rakan-rakan silahlah kujungi blog saya di
http://khairilazuar.wordpress.com
berilah komen sekali disetiap artikel

Anonymous said...

Manakah yang lebih penting....institusi raja-raja atau Islam? Pilihlah....Pada saya, saya pilih Islam sebab saya org Islam, cuba mengamalkan cara hidup Islam, InsyaAllah, dlm negara yang nama saja negara Islam tetapi sebenarnya sekular. Institusi raja-raja walaupun penting tapi tak perlu dilebih-lebihkan sebab org Melayu boleh hidup walaupun tak ada Sultan. Saya bukan anti institusi raja, tapi mana yang kita patut letak atas sekali?