Kedah mengambil kira kebajikan rakyat
Akhbar NST hari ini melaporkan yang Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abd Razak
bercadang mewujudkan zon berbeza bagi pengunjung-pengunjung lelaki dan wanita di pusat-pusat rekreasi dan pelancongan di negeri Kedah. Menurut Ustaz Azizan ia akan bermula di Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong di Baling.
Tujuannya supaya para pengunjung ke pusat berkenaan dapat memandi-manda dengan selesa dan selamat. Ini menurut Ustaz Azizan bukanlah sesuatu yang asing atau pelik kerana ia turut diamalkan di negara-negara Barat .
Saya yakin keputusan MB Kedah ini dibuat setelah mengambil kira semua faktor dan sudah pastinya selaras dengan tuntutan syarak. Masalahnya saya yakin pihak-pihak yang tidak pernah memandang atau merasakan penting mempertahankan hukum dan tuntutan syarak akan bangkit menentangnya. Jadilah Kedah dan MB nya nanti “Little Taliban”, “Moral Police” dan pelbagai lagi bunyi yang buruk-buruk walaupun pada hakikatnya apa yang mahu dilakukan ini adalah demi kebaikan dan maslahah penduduk negeri.
Mereka yang prihatin dan menjunjung titah perintah Allah swt perlulah menyokong dan mempertahankan langkah kerajaan negeri ini.
3 comments:
sy x pernah pergi tempat2 di kedah sana, tp di kolam air panas selayang mmg pernah pergi, mmg perlu di asingkan lelaki dan perempuan, kolam selayang tu awal2 pagi mmg jadi port budak2 muda lepak, konon nak mandi air panas, tp bercampur lelaki perempun rasanya mmg bukan muhrim tu, duk berendam lama2, pegang sana sini, mungkin dr hassan ali boleh tgk2 tempat ni.
SAYA SETUJU CADANGAN INI TAPI...TERLEBIH DAHULU BUAT DI KAUNTER PEMBAYARAN LELAKI DAN PEREMPUAN DI PASARAYA BESAR SEPERTI KELANTAN...
setuju sangat2.
hope kerajaan PR kedah akan dapat buat mcmana AIR PANAS PORING SABAH.
Ada bilik mandi khas utk lelaki / pompuan atau family.
takbirrrrrr~!!
Post a Comment