Tuesday, May 20, 2008

Kedudukan Umno semakin cemas

Perkembangan dalam Umno sejak Tun mengumumkan perletakkan jawatannya semalam adalah masalah rumah tangga Umno. Tetapi oleh kerana Umno adalah tulang belakang BN dan BN merupakan kerajaan diperingkat Persekutuan, maka suka tidak suka perkembangan di dalam parti tersebut pasti mencuri perhatian semua pihak.

Dua pemimpin tertinggi PAS iaitu Tuan Guru Presiden dan Tuan Guru Mursyidul Am masing-masing memberikan respon mereka terhadap tindakan Tun itu. Kata Presiden PAS tindakan Tun itu membuktikan Umno memang berada dalam keadaan yang sangat parah. Malah tambah beliau tindakan Tun ini turut membuktikan yang Umno sudah tidak layak lagi diberikan kepercayaan untuk menjadi penyelamat negara, bangsa Melayu dan agama Islam. Dalam erti kata lain jika Umno sudah bermasalah PAS senitiasa membuka dirinya untuk menerima sesiapa sahaja yang mahu bersama mendukung perjuangan Islam ini demi bangsa, agama dan negara.

Mursyidul Am PAS pula dilaporkan bergembira dengan tindakan Tun itu. Kat Tok Guru Tun adalah seorang pemimpin yang hebat, cekal dan tajam, sangat sesuai untuk berada dalam perjuangan Islam ini.

Cuma yang kelihatan berang dan tidak senang hati adalah Pengerusi DAP, Karpal Singh. Kata Karpal Tun seorang pemimpin yang lemah dan bermasalah malah tidak layak dikategorikan sebagai seorang negarawan. Kata Karpal keputusan Tun itu adalah suatu pengakuan salah terhadap semua kesalahan yang telah beliau lakukan.

Tak mengapalah, itu hak beliau.

Sementara itu Presiden Umno Dollah Badawi dilaporkan telah menaggil satu mesyuarat tergempar besama ahli-ahli parlimen Umno di Bangunan Parlimen siang tadi. Walaupun difahamkan sekadar bercakap tidak sampai 10 minit namun dilaporkan kesemua ahli-ahli Parlimen Umno yang hadir telah memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Dollah, yang tidak hadir hanyalah Najib dan Muhyuddin yang dikatakan berada di luar negara, dan Mukhriz, ahli Parlimen Jerlun.

Sebentar tadi Mukhriz pula telah membuat kenyataan bahawa beliau kekal dalam Umno sebagai ahli parlimen dan tidak akan mengikut jejak ayahandanya, sebaliknya mendesak Dollah melepaskan jawatannya sebagai PM, Presiden Umno dan Pengerusi BN.

Apa pula akan berlaku selepas ini, yang pastinya Umno sedang dilanda krisis yang besar, apakah impaknya terhadap politik Melayu/Islam dan lanskap politik Malaysia? Apa pun yang nampak tenang dan bersedia menerima sebarang kemungkinan adalah PAS, sama-samalah kita berdoa semoga ketegangan ini akhirnya akan berkesudahan dengan memberi ,manfaat kepada agama, bangsa dan negara dan tidak sebaliknya.

2 comments:

Faiz Shukri said...

Saya tak rasa ini isu kepimpinan semata2. Andaikata Paklah turun jawatan sekalipun, apa sangatlah yg diharapkan boleh diubah dalam umno ni. Pada pandangan saya, tun keluar parti tak membawa sebarang untung pada umno pun. Tapi, kalau tun still dlm umno pun takkan membawa untung jgk. cuma, bila tun keluar, nampak makin parah umno. walhal, umno sememangnya sedia parah dah pun.insyaAllah, kita semua pun dah sedia tahu hakikat ini.

tun kena ingat, ini semua hasil tinggalan tun dulu jugak. sekarang tun boleh saksikan sendiri apa akibatnya bila amanah negara tak diurus dgn baik.

elok jugak tun berhenti. dan andaikata paklah turun sekalipun, tak payahlah masuk umno tu balik. baik nilai balik apa yg tun dah buat selama ni. moga2, Allah bagi hidayah kat saya, tun dan kita semua.

Anonymous said...

apakah agenda disebalik isu ini? apakah retorik nya? atau sekadar permainan politik?

kita boleh tolak melayu jahat!
kita boleh tolak cina jahat!
kita boleh tolak india jahat!

jadi kenapa kita tidak boleh ikut perjuangan ISLAM (melalui PAS) secara dasarnya? ayuh! semua pertahankan 'Ketuanan Islam' dan bukan sekadar politik sesuatu bangsa semata-mata!


Hang Nadim : terdengar rintihan sahabat saudara baru, "skang, aku nak berbakti parti mana? ameno? aku india! mic? jgn harap! hanya PAS je utk semua!"