Monday, May 12, 2008

Cukuplah Karpal.............cukuplah

Pengerusi DAP, Karpal Singh terus menjadi objek serangan pihak media termasuklah ahli-ahli Parlimen BN yang berucap di Dewan Rakyat siang tadi. Kontroversi yang beliau cetuskan termasuklah mencabar Raja-raja Melayu mustahil dirasakan dapat reda dalam waktu terdekat. Bagi BN khasnya Umno inilah peluang terbaik mereka untuk menyerang tokoh pembangkang veteran itu termasuklah menyerang pakatan pembangkang Pakatan Rakyat yang walaupun merupakan pembangkang di Parlimen tetapi memimpin 5 buah negeri.

Dalam akhbar THE SUN hari ini Karpal nampaknya terus mencari musuh, kali ini dengan mengulangi serangannya terhadap PAS pula. Beliau dilaporkan berkata kesungguhan PAS untuk mengekalkan agenda Negara Islamnya sebenarnya menyusahkan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat. Katanya jika PAS berterusan dengan pendirian ini masyarakat akan berpandangan yang Pakatan Rakyat sebenarnya berkrisis.

Menurut akhbar berkenaan Karpal telah ditemuramah oleh akhbar berbahasa Cina iaitu Nanyang Siang Pau dan dalam temuramah itu Karpal telah menegaskan bahawa Penasihat PKR Dato Seri Anwar Ibrahim sedang berunding dengan PAS bagi mempengaruhi parti itu agar menggugurkan perjuangan negara Islamnya.

Tambah Karpal ideologi negara Islam PAS ini merupakan penghalang terbesar terhadap kerjasama dalam Pakatan Rakyat dan jika PAS enggan menggugurkan ideologi itu tidak mustahil DAP akan meninggalkan pakatan tersebut.Pakatan Rakyat katanya mempunyai prospek untuk mempertingkatkan lagi pencapaiannnya dalam PRU yang seterusnya oleh itu PAS wajar menghentikan sebarang kenyataan berhubung ideologinya itu.

Siapa pun tidak berhak memadam atau menggugurkan apa sahaja yang diperjuangkan oleh PAS, Umno telah berusaha selama lebih 50 tahun, namun gagal, dan kini Karpal pula.

Setahu saya tidak ada mana-mana pemimpin dalam Pakatan Rakyat, yang paling banyak menonjol dan mengadu-domba perpaduan dalam Pakatan Rakyat sendiri selain Karpal, mengapakah begitu? Ancaman untuk keluar meninggalkan Pakatan Rakyat ini saya kira sesuatu yang sangat "childish" atau keanak-anakkan dan tidak langsung mengambil-kira kelangsungan kerajaan yang telah sama-sama dibentuk Pakatan Rakyat yang bergantung antara satu sama lain khasnya antara PAS dan DAP sendiri iaitu di Perak dan Selangor.

Langkah yang paling baik bukannya untuk mendesak Anwar berunding dengan PAS, kerana asas perjuangan PAS tidak boleh dirunding-rundingkan, tetapi yang lebih baik adalah untuk Anwar menasihati Karpal secara individu agar menghargai kepercayaan rakyat, menghormati antara satu parti dengan yang lain, ketepikan perbezaan dan kenal-pasti persamaan.

Saya yakin dan percaya majoriti pemimpin dan ahli-ahli serta penyokong Pakatan Rakyat samada dari PAS, DAP atau PKR tidak bermasalah berkerjasama dan bermuafakat, yang bermasalah nampaknya Karpal seorang, lalu apa yang sebaiknya dilakukan?

15 comments:

rem said...

kalau umno dikritik tidak mampu pertahan ketuanan melayu.

saya risau apakah pas mampu pertahan falsafah negara Islamnya? dap smakin berani utk 'menerajui' pakatan rakyat,apakah tindakan pas? kita tunggu dan lihat

(harap2 belum terlambat sampai jadi mcm singapore..hehe)

faizal said...

saya sangat bersetuju dengan posting ini, terfikir juga adakah pucuk pimpinan dap akan terus membiarkan karpal singh menjadi duri dalam daging dlm perjuangan dap dan pakatan rakyat khasnya. pengundi2 melayu yg mengundi karpal singh pastinya amat menyesal mengundinya.

Anonymous said...

KARPAL! GO TO HELL

Anonymous said...

Inilah duri dalam daging. Nampak macam dia ada "imuniti" dalam PKR.

Siapa yg hendak diperanginya habis-habisan? Cantik sangat ke ideologi partinya dan adab dia?

Kalau dia ada conviction, pemimpin-pemimpin PAS la ni takdak conviction ke?

Bukankah dlm Islam sudah ada hierarchy org2 yg boleh dibuat baik dan org2 yg harus ditentang? Nak pakai Islam atau Machiavelli?

Anonymous said...

Rasanye si Karpal sorang saja yang banyak memperkatakan/memperlekehkan PAS...pemimpin DAP yg lain semuanye diam saja..pada saya nampak macam personnel agenda buat si Karpal..

Anonymous said...

Tak payah dirisau sangat pasal si karpal. dah nak karam dah. PAS teruskan dengan dasar negara islam. Jangan sekali-kali berundur. Yakinlah islam adalah jalan penyelamat yang sebaiknya untuk semua manusia samada islam atau tidak. cuma dahulukan apa yang patut diutamakan dan kemudiankan apa yang sepatutnya dikemudiankan.

Anonymous said...

Bukankah dalam PAS ada ramai bijak pandai yg boleh berdailog empat mata secara intelektual dan berhemah bagi menjawab persoalan2 yg berkaitan tentang Hukum dan Kefahaman Islam bagi penganut bukan islam.

Karpal ini perlu diperjelaskan secara intelektual agar beliau benar-benar memahami falsafah dan perjuangan PAS. Jangan biarkan dia meracau dan merosakkan imej PKR yang baru menerima kepercayaan rakyat.

Walaupun beliau disegani kerana penguasaan ilmu perundangan yg tinggi namun ilmu perundangan islam belum tentu beliau kuasai sepenuhnya lagi.

Stealth said...

Parti yg bersifat perkauman tdk akan mampu bertahan lama. Lihatlah nasib yg menimpa MCA, Gerakan, MIC, PPP & Umno pd PRU yg lepas. Hanya parti PKR & PAS shj mampu menerajui negara ini. PAS sendiri tlh mengorak langkah awal dgn menubuhkan kelab penyokong India, Cina, Iban dsb. Pandangan saya, DAP akan musnah pd PRU akan dtg sekiranya tdk melihat & menghargai sokongan rakyat. Bukan shj org cina yg menyokong DAP malah semua bangsa mengundi calon DAP krn Pakatan Rakyat. Harap Karpal nilai dirinya sendiri, siapa yg menghantarnya menjadi ahli MP.

aNaK BaPaK said...

saya harap PAS tidak menjadi biro agama kepada PKR...saya juga mengaharapkan sangat pmipinan PAS seluruhnya memastikan bahawa selepas ini, pertandingan pilihanraya soal koata calon atau apa sahaja, hendaklah diukur melalui kekuatan parti..saya igin memberi peringatan bahawa jangan sampai PKR atau DAP mengambil kesempatan atas kekuatan jentera PAS..yang akhirnya parti islam ini melukut di tepi gantang...PKR dan DAP tetap sekular..tiada di dalamnya tarbiayah ahli dan dakwah..yang tiada bezanya dengan UMNO dan BN, cuma yang membezakan mereka hanyalah BN dipihak pemerintah dan PKR adalah pembangkang..PAS harus menjadi mentor dalam pakatan rakyat..

Nurul said...

suruh DAP buat pungutan suara..pecat pengerusi dia.. ckp belit

Anonymous said...

karpal hanya nk test credibility k'jaan je. dsai pon dh terangkn. polis hanya jd lembu tarik idung bg pihak umno. pkr cbe nk perlihatkan pd kite.....jgn cpt melatah..!!!

Anonymous said...

karpal mungkin ejen BNatang? Dia telah di turnover masa kena ISA dulu masa operasi lalang?

SiFu said...

tengok gelagat kapal ni, aku nampak sepesen saja dengan mahatir dan ku li. belagak bijaksana tapi tak kemana. komplen banyak tapi hotak dah expired. banyak kena hentam adalah. aku teringat kata haji hadi sebelum pru 11 2004, kapal ni salah satu makhluk yg kalau diibaratkan ubat, dah sampai tarikh luput. Kepada rakan-rakan DAP, u orang ganti ubat barulah, buang itu ubat lama dalam muzium!

dasuki_tmc said...

kalau setiap orang dimalaysia ini tak pedulikan apa yang di ucapkan oleh karpal, tak jadi hal langsung.
tapi kerana ada yang ambil kesempatan haprak, maka suasana jadi haprak dan celaru. yang ambil kesempatan ini cuma orang yang rasa dirinya tersepit dan macam nak mati. macam tak ada harapan boleh hidup lama. yang untung ialah orang yang fikir guna otak yang waras yang dia sendiri miliki, bukan fikir guna kepala lutut orang utan.

Nasir said...

Karpal...biasa laa dia...DAH NYANYUKKKK....otak dia dah kecut..sel dah banyak mati...badan je belum mati lagi...heheheeeee...