Wednesday, May 14, 2008

Ibrahim Ali sedang memilih parti

Ahli parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali khabarnya sedang mengambil masa untuk memutuskan parti manakah yang akan beliau sertai untuk meneruskan perjuangannya. Tok Him menang kerusi parlimen Pasir Mas atas lambang PAS pada PRU ke 12 lalu, walaupun beliau sebenarnya adalah calon Bebas. PAS memberi laluan kepada beliau untuk bertanding di kerusi tersebut dengan harapan pengaruh Tok Him dapat memikat pengundi di kerusi-kerusi DUN di bawah kawasan parlimen berkenaan. Terbukti strategi tersebut berjaya.

Kini Tok Him merasakan masanya sudah tiba untuk beliau menyertai parti yang dapat melangsungkan perjuangannya.

BERNAMA hari ini melaporkan yang MB Kelantan Tok Guru Nik Abd Aziz telah mengatakan yang PAS bersedia menerima Tok Him untuk sama-sama memperjuangkan Islam. Namun kata Tok Guru terpulanglah kepada Tok Him untuk membuat keputsan.

Kebetulan baru-baru ini ketika membahaskan isu kes murtad dan langkah yang sepatutunya diambil oleh pemimpin-pemimpin Islam, saya telah meminta respon dari beliau dan berikut adalah SMS yang saya terima dari Tok Him:




Tkasih. Betul apa yang d kata…..ISLAM agama rasmi negara kita. Tercatit dalam perlembagaan Fasal 153. Walaupun kita amal kebebasan agama, TAPI Islam tak boleh diletak sama dengan agama lain. Oleh itu agama lain tak boleh dakwah orang Islam tukar agama tapi orang Islam boleh dakwah mereka masuk Islam. Apabila murtad mereka tetap tertakluk di bawah undang-undang syariah Islam….tapi kerana undi, semua diam, takut tak dapat undi bukan Melayu. Ini yang dikata mengejar dunia. Kita orang Melayu Islam makin terhimpit kerana pemimpin kita DAYUS.

Sama-samalah kita tunggu ke mana arah haluan Tok Him selepas ini.

10 comments:

aNaK BaPaK said...

tiada salahnya jika tok him memilih PAS sebagi wadah perjuangannya..biarlah tok him berpolitik dalam rangka tarbiyah akhlak islamiayyah dan dakwah..pasti akan muncul wajah baru ibrahim ali yang menerima tarbiyah dalam jama'ah dan berdakwah memberi penerangan kepada rakyat bahawa islamlah jalan penyelesaian segala masalah kehidupan rakyat...

Anonymous said...

aaahhh!!! Potong stim aje cite dia nih! Dari ITM dulu merapu...sampai sekarang terumbang ambing, jaga jaga spesis ni ada pisau tikam blakang weiii...
..croak..croak...croak...ribbit!

aNaK BaPaK said...

iyelah..sekurang2nya kalau duduk dalam PAS dia menerima tarbiyah dari PAS...itu pun kalau dia nlak kepada poitik berjamaah yang ada disiplin tarbiyah dan da'wah..setiap manusia ada potensi baiknya..apa salahnya kalu dia diberi peluang..merapu2 dia pun banyak juga isu yang dia bawak..

ibnurosly said...

Salute pada Tok Him, ini baru betul pemimpin yg ada pendirian.

alBanna jr said...

kalau tok him masuk PAS, pimipinan kena tarbiyyah dia berhenti hisap rokok..hehe..

Abu Wajihah said...

Salam...

Islam bersifat universal namun dalam masa yg sama,ia tidak akan tunduk kpd sebarang tekanan.Ia adalah sifat sejati kpd sebuah agama samawi dan PAS harus memiliki sifat itu.Agak malang demi kelansungan kuasa,undi dan pengaruh di kalangan masyarakat bukan Islam,PAS terpaksa mengalah dlm banyak hal.Sekadar pandangan...ABU WAJIHAH...

aNaK BaPaK said...

pas tidak akan menggugurkan matlamatnya dengan menggugurkan dasar mahu melaksanakan sebuah negara yang terlaksana di dalamnya nilai2 islam ( rujuk undang2 tubuh pas ) apakah yang palung bernilai dalam islam...yang paling bernilai adalah undang2nya...sembernya al-quran, sunnah , ijmak, qias..

adapun pas tiada menyebut doal negara islam dalam manifestonya kerana uslub dakwah untuk non-muslim melihat betapa islam bersungguh2 memberi tawaran dan jaminan kehidupan yang lebih baik kepada semuat manusia..tiada termaktub dalam manifesto bukan bermakna menggugurkan dasar...tetapi pas wujud atas dasar ini, untuk menggugurkan dasar ini pas perlu pinda perlembagaannya yang mana jika dipinda..ia tiada menjadi sebuah parti atau jamaah islam lagi..pas sebuah jamaah islam yang ditubuhkan atas nama parti politik untuk mencapai matlamat sebagaimana kaedah fiqah..ma la yatimmul wajib illa bihi fa hua wajib...apa2 yang tidak dapat menyempurnakan suatu yang wajib kecuali dengannya adalah wajib..maka menjadi parti politik wajib,menyertai piliharanya wajib,mengundi wajib, jadi ahli pas juga wajib kerana ini wasilahnya..

hubungan dengan DAP yang tiada mahu menubuhkan negara islam...benarkah..atau sekadar kenyataan pemimpin vaterennya sahaja..pimpinan terbaru mengambil positif soal ini..bahkan kelab penyokong pas dari kalangan MCA, MIC malah dari DAP sendiri semakin ramai..bukankah itu satu signal bahwa mereka setuju dengan dasar yang diperjuangkan oleh pas..yang penting bagi mereka kehidupan mereka lebih terjamin dengan jaminan islam...lebih baik dan terjamin dari amalan demokrasi sekarang...

kalaupun ada pertikaian ini...inilah peluangnya kita memberi maklumat secara jelas kepada semua manusia tanpa mengira cina atau indianya dia itu..islam atau tidaknya dia itu ( kerana ramai muslim tak faham islam) betapa islam ini begitu cantik jika dilaksanankan.mungkin disana ada salahfaham tentang islam..itu pun saya kira adalah propaganda umno dan BN yang memberi gambaran buruk tentang islam dan kita sekarang adalah bertanggungjawab untuk memperbetulkannya..yakinlah dengan islam...pas sentiasa berusaha ke arah ini.

allahuakbarr...

http://www.anakbapak8385.blogspot.com

SiFu said...

secara peribadi, ambo tak berapa jjijok dgn brahim ali ni sebab dia ni time dia suka dia jek habih, tapi kalu dah tak suka, dia gomo habis. tu sebab dia banyak kali 'kawin cerai kawin cerai', hinggalah lo ni tak kawin kawin. tetapi sebagai muslim, ambo suka sangat dia masuk PAS untuk menguatkan saf islam. Tapi jange pulok masuk tu sebab macam cerita orang masuk islam kerana nak kawin dgn orang islam jah, bila dah tak sehaluan, keluar islam balik. itu merosakkan Islam namanya. bukan setakat brahim ali, kalau boleh kit siang, kapal singh, semuanya masuk PAS kerana cintakan keadilan yg hakiki.

Anonymous said...

Sdr Roslan, Saya tak pasti samada petikan di bawah sesuai dgn tulisan mengenai YB Tok Him ini. Cuma saya rasa barangkali sdr atau parti PAS boleh mengupas persoalan yg dibangkitkan oleh En AhmadHadeed dlm blog AlMuslimin2.blogspot.com. TK.

anwar dot com said...

Salam

Untuk mengenali siapakah Anwar, harap luangkan masa tonton video2 ni…

Video 5
http://www.youtube.com/watch?v=833myXwReuo

Video 4
http://www.youtube.com/watch?v=JEYnh9Yvtew

Video 3
http://www.youtube.com/watch?v=mrNv44WoJck&feature=related

sumber : http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com/