Tuesday, May 13, 2008

Selangor: Raja dan rakyat berpisah tidak

Kerjaaan Pakatan Rakyat di Selangor baru berusia 60 hari lebih, namun banyaklah yang sedang rancak dirancang dan dilakukan untuk memastikan yang negeri bertuah ini memberi manfaat dan kesejahteraan kepada rakyatnya. Kerancakkan kerajaan negeri itu menarik minat Tuanku Sultan, suatu gandingan penting dalam negeri ini.

Laman web MStar Online melaporkan berikut sempena Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri 2008 di Masjid Sultan Ibrahim di sini malam tadi oleh Tuanku Sultan Selangor:

Baginda juga menitahkan supaya bantuan kepada 5,042 fakir miskin di Selangor menerusi Lembaga Zakat Selangor ditambah terutamanya makanan asas seperti beras, tepung dan minyak masak, berikutan kenaikan harga barang makanan yang semakin meningkat.

Baginda turut menggesa pembekal-pembekal yang dilantik oleh Lembaga Zakat Selangor supaya menyampaikan bekalan makanan kepada golongan berkenaan dengan jujur dan amanah dan tidak mengurangi sukatan sambil mempastikan barangan makanan yang dibekalkan berkualiti baik.


Ternyatalah Tuanku begitu prihatin dengan masalah rakyatnya dan sedar akan impak kenaikan harga barang ke atas rakyat kebanyakkan terutama yang miskin. Baginda juga sedar bahawa ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab selama ini yang sentiasa tergamak untuk mengambil kesempatan mengaut keuntungan secara tidak jujur walaupun dalam membekal bahan kepada rakyat termiskin.

Keprihatinan ini turut dikongsi oleh kerajaan negeri yang baru, yang dinaikkan atas keprihatianan rakyat itu. Semoga Istana dan kerajaan negeri dapat seiringan melaksanakan amanah demi kesejahteraan negeri ini, dan dapat pula menjadi contoh nanti kepada negeri-negeri yang lain.

Raja Ali Haji, cucunda kepada pejuang dan Raja Bugis tersohor, Raja Haji, pernah berwasiat di dalam Samarat al Muhimmah yang berbunyi:

Sebaliknya, seorang raja yang baik, pantang hal-hal keduniaan seperti minum arak, judi dan sabung ayam, berzina dengan wanita, (sebaliknya) mencurahkan perhatiannya pada pembangunan mesjid, asrama bagi musafir, jambatan, jalan raya, kota, rumah, saluran, balai polis. Kesejahteraan mencerminkan sifat-sifat Raja, karena hanya Rajalah yang memiliki kekuasaan untuk memohon diberikan kesejahteraan material. Di bawah pemerintahan raja yang baik, negaranya pun menjadi sejahtera.

1 comment:

Anonymous said...

raja raja bila plak dok menyibok? LPZ Selangor tu betul ke? Baru baru ada bagi sumbangkan 20K pada surau TV3!!! Surau kat tempat aku minta sumbangan sonyap aje.....raja o raja masa Malayan Union dulu, melayu bela; masa krisis raja raja tajaan mahathir korang sonyap aje...tapi PR pilihan rakyat, korang nak bela umno? darah korang putih ke?