Friday, May 23, 2008

Jangan tahan Tun bawah ISA

Perang saudara yang melibatkan tokoh-tokoh Umno terus mendapat liputan media massa dan mencuri minta rakyat. Tindakan bekas PM dan Presiden Umno keluar parti diikuti dengan isterinya, anaknya dan kemudian beberapa ahli Umno khasnya di Utara terus menarik perhatian semua.

Ramai yang memberi komen, ada yang kesal dengan sikap Tun ada yang melonjak gembira dan ada yang terus tertanya-tanya kemanakah arah tuju sengketa ini. Mungkinkah tindakan Tun ini akan mempercepatkan lagi proses pengunduran Presiden Umno kini atau bagaimana?

Apa pun, itu masalah rumahtangga Umno. Umno lah kena jaga dan pelihara, jangan selak-menyelak sehingga timbul aib dan terdedah malu kepada umum.

Tetapi saya terperanjat apabila membaca laporan dalam Malaysiakini hari ini yang menerbitkan kenyataan bekas pegawai kanan PBB (UN) Param Cumaraswamy yang mencadangkan agar Akta Keselamatan Negeri (ISA) digunakan terhadap Tun atas alasan salah satu kenyataan Tun semasa siri “roadshow” nya berbau hasutan dan mengancam keselamatan negara.

Param mengatakan walaupun beliau menentang ISA tetapi dalam kes Tun ini memang sewajarnya akta tersebut dikenakan terhadap beliau.

Param ini dahulunya terlibat di PBB dalam isu kebebasan para hakim dan peguam, bagaimana seorang yang dalam kedudukan seperti beliau boleh pula mengesyorkan akata jahanam ISA digunakan terhadap Tun! Kalau benar Tun menyalahi undang-undang, kita seret beliau ke mahkamah untuk diadili dan membela diri bukannya ditahan tanpa bicara.

Nampaknya bukan hanya Dollah, kaum keluarga dan yang menyokongnya menjadi cemas dan tak senang duduk dengan kenyataan-kenyataan Tun, rupa-rupanya yang diluar dan tidak terlibat secara langsung pun macam Dollah juga.

Mansuhkan ISA!!!

3 comments:

tong kosong said...

hahahaha

kononya tak bersetuju dgn ISA... tapi nak suruh org yg tak dia setuju sumbat dlm ISA...

dont have integrity at all!

aNaK BaPaK said...

fitrah manusia yang bertuhankan akal, tabiat manusia seperti itu memang tidak menghormati undang-undang yang digubalnya sendiri apatah lagi undang-undang yang tidak disukainya..hanya menggunakan undang-undang itu jika membawa keuntungan dirinya sahaja dan akan menolak suatu undang-undang itu jika ianya merugikan manusia tersebut..hapuskan ISA..!!!

Anonymous said...

Param Cumaraswamy hipokrit!!!

drag mahathir to court!!! let malaysian know about mahathir's wrong doing!!