ISA tidak zalim?
Akhbar THE SUN hari ini memetik Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan sebagai berkata bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA sebagi suatu undang-undang yang tidak zalim. Menurut akhbar berkenaan:
Dismissing the notion that the ISA is cruel, IGP says it is still needed to safeguard national security.
Memang keselamatan negara adalah suatu aspek yang sangat penting. Sesiapa sahaja yang berhasrat atau merancang menganggu-guggat keharmonian dan kestabilan negara tercinta ini tidak haurus dilepaskan. Tetapi masalahnya mengapa perlu guna ISA? Menahan seseorang tanpa bicara untuk tempoh yang ditentukan oleh pemimpin politik yang berkuasa itulah yang zalim dan perlu dihapuskan.
Kalau benar seseorang itu bertindak sedemikian, mengapa tidak disiasat dan diseretnya ke mahkamah. Pasti rakyat jelata akan menyokong usaha kerajaan itu, kerana tidak ada diantara kita yang mahu melihat negara ini terancam keselamatannya. ISA menjadi zalim kerana seseorang itu dituduh tetapi tidak pernah diberi peluang untuk membela diri, kalau itu bukan zalim, apa lagi isitlah yang sesuai baginya?
Pemimpin selembut dan sangat disegani dan dihormati seumpama Almarhum Dr Burhanuddin al Helmy, bekas Yang Dipertua Agung PAS (kini Presiden) pun pernah menjadi mangsa merengkuk dalam tanah kerana kononnya dituduh mahu mencetuskan huru-hara, sehingga kini segala pertuduhan terhadap Almarhum tidak pernah dibuktikan di mahkamah terbuka, apakah dosa beliau? (Almarhum kemduiannya dibebaskan pada lewat tahun 60an tetapi meninggal dunia kerana kesan penderitaan semasa dalam tahanan)
Berapa ramai bekas tahanan ISA yang mengakui dibelasah dan dikenakan berbagai tekanan saikologi, disoal-siasat bertalu-talu diluar perikemanusiaan, tetapi Ketua Polis Negara boleh mengatakan yang ISA tidak zalim? Malah bekas-bekas tahanan ini ada menukilkan pengalaman mereka termasuklah bab penderaan fizikal dan saikologi, sila lihat buku karangan Ahmad Boestamam, Kasim Ahmad, Dr Syed Hussin Ali, Suhaimi Said, Said Zahari, Dr Tan Seng Giaw dan lain-lain.
Keselamatan dan keharmonian negara penting, rakyat mahu hidup sejahtera dan hak semua warganegara perlu dihormati dan dipertahankan, oleh itu hapuskanlah ISA yang zalim dan tidak menghormati hak rakyat itu, bicarakan semua tahanan yang masih ada atau segera bebaskan mereka!
8 comments:
pendapat bahawa ISA tidak zalim adalah pendapat mereka yang dilindungi ISA untuk menakutkan rakyat dari terus mempersoal dan mendedahkan penyelewengan dan penipuan yang mereka amalkan selama ini...apa perkembangan laporan siasatan datuk ramli yusoff...benarkah musa hassan terlibat dengan rasuah kongsi gelap di JB...selagi ada ISA & OSA...isu ini xkan terjawab..mereka bebas melakukan apa sahaja walaupun merugikan rakyat di sebalik ISA..mungkin disebabkan ini tan sri musa hassan mengatakan bahawa ISA tidak zalim..biar zalim pada orang lain..tetapi kezalimannya dapat dilindungi oleh ISA..orang yang zalim kan mengaku apa yang dia buat zalim...seumpama penzina yang tidak akan mengaku berzina itu satu dosa...!!!
kalu musa tilam mengatakan demikian. Maka, adalah benar si musa tilam nie adalah malaun yang betui-betui memegang amanah parti BABI NEGARA!
ISA yang menyusahkan idup isteri-isteri yang mana suami mereka ditahan tanpa bicara! Agaknya musa tilam dia ingat dia kebal! Musa Tilam, ALLAH S.W.T pun tidak begitu!
MUSA TILAM, sahlan anda adalah kobau tunggangan PARTI BABI NEGARA! Double standard..lebih baik usung tilam ko tu lah MUSA!
Apa kata kalok kpn di kenakan ISA kerana beberapa tahun yang lalu tulis skrip bodoh pasal tilam....mengancam keselamatan negara kerana terlibat ngan BK???
musa hassan patut tanya bapaknya ust Hassan ISA ni zalim ker tak....musa hassan ni buat malu ust Hassan jer....mcm mana anak seorang ustaz leh kata mcm tu.....
Bab keadilan ni, ana kagum dengan negara indonesia. Walaupun segala macam kalut/bobrok ada di sana, namun kerajaan di sana sangat adil dari segi tindakan ke atas orang yg disyaki bersalah. lihat saja suspek bom Bali, mereka tetap dibicarakan dgn seadil-adilnya walaupun mereka sudah mengaku bertanggungjawab.
Hanya orang2 yg mengikut petunjuk syaitan saja yg bersetuju dgn undang-undang ISA (tahanan tanpa bicara). Mereka belajar dari syaitan, bukannya Islam.
Aku tetap katakan ISA zalim .... apa-apa pun kata VVIP pemerintah, ISA akta kuno dan tak patut diguna pakai dalam zaman ini, ini tetapku katakan ISA BERCANGGAH DARI UNDANG-UNDANG ISLAM......
Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis… ada artikel baru aku tulis ….
ISA tidak zalim tu saya setuju.cuma orang yang terlibat dengan perlaksanaan ISA tu je zalim. ISA untuk kebaikan asalnya tapi disalahgunakan. Jangan tertukar dengan ISA SAMAD sudah le..? mana mamat tu sekarang?
ISA ......
ISA ......
ISA ......
Tak berani nak bagi komen. Nanti kena jumpa ISA. IGP kita anak kepada orang alim. Saya tak mahu komen takut nanti kena cekup. Siapa nak tolong. Sudah tentu polis tak tolong. Kena saman pula, siapa nak tolong. AG pun tak kan tolong. PAK LAH memang suka akan ISA sebab ISA kan kawan baik dia. PAK LAH dan IGP pun anak-anak orang alim juga.
Jadi kesimpulan saya, ISA dari zahirnya tidak zalim sebab dia 'orang' mati yang tidak boleh buat apa-apa. Kawan-kawan ISA ni yang zalim sebab mereka guna ISA untuk aniaya orang lain.
Cuba kita suruh ISA tampar atau terajang PAK LAH atau IGP, barulah depa rasa sakitnya. Masa tu baru depa kata ISA ni jahat dan zalim. Marah pada 'orang' yang dah mati pulak.
ISA ......
ISA ......
ISA ...... Hiduplah ISA.
Post a Comment