Saturday, May 17, 2008

Sudahkah anda mendengar ulasan Tok Guru ini?

Baru-baru ini selepas mempengerusikan Mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri Kelantan, MB Kelantan Tuan Guru Dato Nik Abd Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am PAS dilaporkan oleh akhbat The Star sebagai berkata:

PAS will also only support PKR’s move to entice Barisan Nasional MPs to hop across to the Opposition if the defectors accept its Islamist struggle and the “Pakatan” alliance’s principles

(PAS akan hanya menyokong usaha PKR untuk mempelawa ahli-ahli Parlimen BN melompat ke pihak pembangkang kiranya mereka yang melompat itu bersetuju dengan dasar pejuangan Islam dan prinsip-prinsip yang disepakati “Pakatan”.)

Otherwise, it would be difficult to accept Barisan defectors as it becomes apparent that they are only joining for positions of power or monetary gain.

(Jika tidak sukar untuk menerima mereka yang berpaling tadah dari Barisan kerana ternyata mereka melompat semata-mata kerana mahukan kuasa dan kepentingan kewangan).

“Ideally, we want Malay party hoppers from Umno to join PAS, or the majority of Umno members to join us, as we are the only one championing Islam,”

(Dari segi idealnya kita mahukan orang-orang Melayu yang melompat parti dari Umno itu untuk menyertai PAS, atau majoriti ahli-ahli Umno untuk menyertai kita, kerana hanya kita yang menjuarai perjuangan Islam.)

Saya hanya memuatkan berita ini hari ini oleh kerana saya menunggu-nunggu juga pihak lain untuk mengulas atau mengenengahkan berita penting yang datangnya dari orang yang terpenting dalam PAS ini. Rupanya sehingga kini (maaf kalau ada) saya tidak terbaca pula apa-apa ulasan atau paparan mengenai berita ini.

Lalu saya merasakan terpanggil untuk membawanya ke hadapan mudah-mudahan difikir dan diteliti secara mendalam oleh semua. Sesungguhnya tokoh yang paling besar yang menyumbang kepada kejayaan PAS khasnya di Kelantan disamping negeri-negeri lain, tidak boleh dinafikan adalah Tok Guru Mursyidul Am. Satu kajian yang dibuat oleh Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UITM mendapati bahawa video klip munajat Tok Guru yang menerima jutaan hits itu adalah antara penyumbang terbesar kemenangan PAS.





Lalu bila kita sudah menang, takkanlah kita tidak mengambil kira pandangan beliau ini?

10 comments:

papy said...

kerana hanya kita yang menjuarai perjuangan islam ?

ape ni?

yang lain sampah ke?

inilah yg pas perlu sedar dalam tarbiyyah mereka sendiri xjalan, jika tidak mereka pasti akan digantikan 5:54

54. Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui.

roslan sms said...

Papy

TGNA dipetik berkata:
".....as we are the only one championing Islam"

Saya terjemahkan sebagai ".....kerana hanya kita yang menjuarai perjuangan Islam"

Did he say or insinuate yang lain sampah?

Kita semua yang Muslim memang Islam, tetapi yang berjuang Islam bermakna berjihad harta benda dan keupayaan hatta jiwa raga untuk memartabatkan Islam sebagai ad Deen dalam kehidupan dan bernegara, siapa lagi selain PAS yang clearly spell out perjuangan sebegini?

Benarlah ayat-ayat Allah yang sdr petik itu, dan banyak lagi yang lebih jelas menerangkan darihal asas dan dasar perjuangan Islam yang perlu di "champion".

T/kasih.

ayukitomato said...

Tuan Guru menyentuh isu lompat parti yg hangat diperkatakan skarang ni. Ternyata ahli2 PAS sendiri tidak sepakat. Ada yg bersetuju dan ada yg menolak.

Sebagai seorang tokoh perjuangan, beliau seakan sudah menjangkakan kesan baik mahupun buruk dalam usaha mempelawa pemimpin BN menyertai pakatan rakyat.

Tunggu ulasan seterusnya daripada akhie Roslan. Apa sbenarnya yg Tok Guru nak bg tau ek?

Anonymous said...

Yelah dari statement pemimpin2 mutakhir ni dan sejarah UMNO dan PKR, tentu umum dapat membezakan yg mana lebih bersungguh terhadap Islam antara PAS, UMNO dan PKR.

Kita bimbang gejala Islam moderat/ ala-demokrasi atau Hadhari dsbnya yg sangat-sangat dianjurkan oleh Amerika dan dpt disaksikan di dalam kehidupan seharian di Indonesia akan menular dgn lebih dahsyat lagi di Malaysia ini.

Bukankah yg Islamik itu shurakrasi, dan bukannya demokrasi, apatah lagi demokrasi slogan jenama Amerika.

Harris said...

Perbezaan diantara orang yang bercakap menggunakan akal , ilmu dan kebenaran dengan orang yang bercakap bersandarkan nafsu serakah sahaja adalah seperti memakan makanan yang berzat yang menyihatkan badan berbanding dengan memakan makanan basi yang telah terdedah dua hari dan dipenuhi dengan lalat.

Fikirlah sendiri ... itupun kalau mampu berfikir !

Ahmad said...

Persoalan memang banyak.
Terungkai banyak persoalan dan permasalahan.
Semakin rumit dan 'complex'.

Jawapan dasar cumalah 2 sahaja.

a)Memperjuangkan Islam.
b)Tidak memperjuangkan Islam.

1) BN? jawapannya b
2) PAS? jawapannya a


3) (PAS akan hanya menyokong usaha PKR untuk mempelawa ahli-ahli Parlimen BN melompat ke pihak pembangkang kiranya mereka yang melompat itu bersetuju dengan dasar pejuangan Islam dan prinsip-prinsip yang disepakati “Pakatan”.)

PAS? jawapannya a
(Di sini Islam didahului berbanding prinsiip-prinsip Pakatan)


4) (Jika tidak sukar untuk menerima mereka yang berpaling tadah dari Barisan kerana ternyata mereka melompat semata-mata kerana mahukan kuasa dan kepentingan kewangan).

PAS? jawapannya a


5) (Dari segi idealnya kita mahukan orang-orang Melayu yang melompat parti dari Umno itu untuk menyertai PAS, atau majoriti ahli-ahli Umno untuk menyertai kita, kerana hanya kita yang menjuarai perjuangan Islam.)

PAS? jawapannya a

Persoalan di sini ialah a atau b?

PAS sememangnya a.

Itulah jawapannya.

PAS memperjuangkan Islam.

Menjuarai di sini bermaksud menerajui.

TERANG LAGI BERDERANG!

Namun tidaklah 'menidakkan' yang lain, kita adalah seperti batu-bata yang saling memperkukuh.

Apabila berkembara, maka lantiklah satu Amir.

Dalam isu memperjuangkan Islam, ternyata PAS menerajui.

Hadey, takkan aku nak cerita dari zaman Hizbulmuslimin dulu kot?

penyapujagat said...

Saudara Roslan.'
Sepatutnya mengikut konteks kepartian dan kenegaraan, PAS is only one championing.... Saya boleh faham, anda lebih faham, tak semuanya faham... jadi faham-fahamlah.

Telahan saya akan masa depan PAS kesan dari lompat ini ada dalam rencana yang bertajuk Onn Jaafar 50 tahun kemudian...

Ketiga, PAS mempunyai sejarah yang unik, memberi ruang kepada sesiapa sahaja yang tersisih dari UMNO. Sejarah PAS ini konsisten tanpa perlu perbahasan lagi. Sejarah ini termasuklah memberi ruang kepada Dr. Mahathir berceramah di pentas PAS, ketika dia terbuang dari UMNO.

PAS menyambut salam Tengku Razaleigh bersama Parti Melayu Semangat 46, yang menjadi serpihan UMNO, untuk bersama dalam Angkatan Perpaduan Ummah. Kemudian, apabila Anwar Ibrahim terbuang dari UMNO, PAS juga yang mengubat derita kumpulan reformasi, biarpun antara PAS dan UMNO adalah sama seperti anjing dengan kucing.....

http://selangortoday.wordpress.com/dr-dzul-thot/onn-jaafar-50-tahun-kemudian/

fsven said...

Saudara, bolehkan ulas isu Tabung Haji membeli syarikat High 5. Isu ini sudah lama tetapi tiada sebarang ulasan daripada mana2 blog/website.
Berita ini ada pada website PPIM.
TQ

aNaK BaPaK said...

jika mahu tahu parti manakah yang benar2 menjuarai perjuangan islam..

lihat pada dasar dan tujuan parti itu..

sila buat perbandingan dengan dasar, tujuan dan sumber hukum pas..

BAB KEDUA DASAR DAN SERUAN

FASAL 3 ; DASAR PAS ADALAH ISLAM
FASAL 4 ; SERUAN PAS ADALAH ALLAHUAKBAR

FASAL 5 ; TUJUAN PAS IALAH ;
1)MEMPERJUANGKAN WUJUDNYA DI DALAM NEGARA INI SEBUAH MASYARAKAT DAN PEMERINTAHAN YANG TERLAKSANA DI DALAMNYA NILAI-NILAI HIDUP ISLAM DAN HUKUM-HUKUMNYA MENUJU KEREDHAAN ALLAH.
2)MEMPERTAHANKAN KESUCIAN ISLAM SERTA KEMERDEKAAN DAN KEDAULATAN NEGARA.

FASAL 6

(2)MEMPERJUANGKAN ISLAM SEBAGAI AQIDAH DAN SYARI'AH SERTA MENJADIKANNYA SEBAGAI PANDUAN BERPOLITIK DAN BERNEGARA SERTA MEMPERKENALKAN NILAI-NILAI KEISLAMAN DALAM USAHA MENEGAKKAN KEADILAN DAN KEMAJUAN DI SEGENAP BIDANG TERMASUK PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN,EKONOMI DAN SOSIAL SERTA PELAJARAN DAN PENDIDIKAN.

FASAL 7

(1)ADAPUN HUKUM YANG TERTINGGI SEKALI DALAM PEGANGAN PAS IALAH KITABULLAH (AL-QURAN) DAN SUNNAH RASUL (AL-HADITH) SERTA IJMAK 'ULAMAK DAN QIAS YANG TERANG DAN NAYATA..

sila buat perbandingan antara perlembagaan UMNO dan PKR...

NAZRI said...

Mungkin perlu letak syarat kepada mereka yang nak lompat parti ni misal kata mereka tidak dibenarkan memegang sebarang jawatan,supaya parti ini tidak tercemar dengan budaya mereka..