Thursday, May 29, 2008

Apa masalahnya masjid untuk masyarakat Cina Malaysia?



Masjid Besar Xian, Shaanxi, Negeri Cina

Di Dewan Negara semalam wakil PAS (Kelantan) Senator Mumtaz Nawi, yang juga seorang peguam, telah bertanya samada kerajaan bercadang membina Masjid Cina khas untuk masyarakat Malaysia berketurunan Cina yang Muslim. Timbalan Menteri di JPM, Dr Mashitah Ibrahim menjawab bahawa negara ini tidak memerlukan masjid khusus untuk bangsa tertentu.
Dan malah kerajaan juga tidak berhasrat memperkenalkan khutbah Jumaat dalam bahasa Cina kerana menganggap masyarakat Muslim Cina di Malaysia memahami bahasa Melayu.
Walaubagaimanapun Timbalan Menteri itu akui terdapatnya masjid-masjid India (dan Pakistan) tetapi ianya wujud atas sebab sejarah.

Saya tidak nampak rasional di dalam jawapan Timbalan Menteri ini. Bukankah kita sering akui yang masyarakat Malaysia adalah sebuah masyarakat majmuk. Masyarakat Cina adalah kaum kedua terbesar dalam negara. Memang semua masyarakat Malaysia memahami bahasa Melayu, tetapi masing-masing juga mempunyai bahasa ibunda mereka yang diakui oleh negara.
Tidakkah Timbalan Menteri berkenaan boleh nampak betapa besar kesannya jika sebuah Masjid Cina di kawasan majoriti masyarakat Cina mengumandangkan khutbah di dalam bahasa Cina. Mesej dakwah akan lebih berkesan dan sudah pasti membawa impak yang positif buat Islam.

Masyarakat Cina yang belum Islam akan berasa lebih selesa untuk menghampiri masjid seumpama ini untuk mendapat maklumat dan mengenali Islam. Mengapa perlu kita sekatnya? Kerajaan boleh membina komplek Cina Muslim berhampiran masjid tadi, dengan gedung, restoran dan perpustakaan Islam yang sudah pasti akan menjadi tumuan semua.
Sepatutnya seorang doktor Phd seperti Timbalan Menteri itu dapat mengeluarkan jawapan yang lebih meyakinkan, patutlah digugurkan dari bertanding di Baling baru-baru ini.

19 comments:

nbn said...

"Sepatutnya seorang doktor Phd seperti Timbalan Menteri itu dapat mengeluarkan jawapan yang lebih meyakinkan..."

itulah masalahnye bila PHD ini sebenarnye lebih merujuk kepada Penyakit Hasat Dengki dan bukan 'Philosophiae Doctor'.. Orang2 Melayu kita memang handal bab-bab ini. Inilah weakness besar bangsa kita. Bangsa lain juga ada weakness masing2 tapi tahap kemudaratannya berbeza sikit dari bangsa kita...(ini bukan perkauman, tapi fakta: tengok org-org dan negara mereka di Africa, Arab, India dll)

mohamad said...

ada Phd hebat tapi tak dimanfaatkan ilmunya. malah kadang2 menimbulkan kekeliruaan apabila berkata kata

Anonymous said...

Teringat cite Daddy, dulu ada seorang bekas menteri buat PhD dlm bidang Kajian Islam di Reading, England tahun awal '70an, bila dia di beritahu oleh supervisornya untuk defend thesis di hadapan panel begini.."Don't worry old chap, tonite I'll make sure they are drunk at the pub, tomorrow you'll have no problem!"
Sekarang PhD dah bersepah, macam macam ada!

Ehsan Zakaria said...

Masalahnya abg lan, yg berucap menjawab soalan tu berhujah atas prinsip beliau berasaskan dasar kebangsaan, bukannya mewakili suara masyarakat Islam.

so keluarlah jawapan semacam itu. beliau beranggapan kaum lain akan beralah dgn kuasa majoriti kaum bumiputera dan sebaliknya, walhal pada pendapat saya keadaan ini tidak dipedulikan pun.

Hakikatnya, hanya Islam lah yg akan menyatukan perbezaan ini, kerana masyarakat kaum lain yg beragama Islam akan menyokong apa sahaja ke arah kebaikan kerana Islam itu membawa kepada perpaduan.

nasru said...

saya tak setuju masjid cina diwujudkan.cukup setakat masjid sahaja.dan khutbah wajib dalam bahasa malaysia.kita rakyat malaysia,tak kira apa kaum perlu faham bahasa malaysia. nak jadi rakyat malaysia tapi cakap bahasa malaysia tak boleh. ini teruk la. makin tersisihlah kita kalau khutbah dibaca dalam bahasa cina.

rizal said...

Bro Roslan,
nampaknya Pak MSO tak bersetuju ngan ko ... http://msomelayu.blogspot.com/2008/05/renungan-petang.html

Aku pulak tak berapa suka bila Pak MSO menggelarkan Hj Husam Musa sebagai orang baju merah petak-petak ... nampak tak professional ...

wakmeli said...

Saya bersetuju dengan Nasru. Mmg bagus kalau dakwah disampaikan dlam bahasa ibunda mereka tetapi kita maklum bahawa sebagai rakyat Malaysia, kita semua mesti tahu bahasa kebangsaan dan bahasa kebangsaan ini yang menyatukan kita semua.
Bagaimana nak jadi warga Malaysia tapi masih kaku dan tak memahami bahasa Malaysia. Akan datang bahasa Malaysia(b.Melayu) hanya akan digunakan oleh orang2 melayu yang tinggal di Malaysia manakala bangsa bukan melayu tak perlu tahu bahasa Malaysia pun tak mengapa.
Saya teringat di Pulau Pinang apabila pihak polis nak amek ramai orang-orang cina dalam pasukan polis supaya penduduk majoriti cina sana mudah untuk berurusan dan kita mmg suka memudahkan orang lain dalam banyak hal. Bukan isu perkauman tapi sebagai rakyat Malaysia kita kena tahu sejarah dan perlembagaan negara. Masing2 bebas bertutur bahasa ibunda sendiri tapi bahasa kebangsaan hendaklah diutamakan. Wallahualam.

ahmad fairuz abidi said...

salam..
masjid cina di malaysia?..
maaflah.. saya amat tidak bersetuju dengan cadangan tersebut..dan apa yang saya hujahkan ini hanyalah pandangan peribadi saya yang amat lemah ini..
1. bayangkan sekiranya wujudnya masjid cina ini, apa yang akan berlaku pada rakyat malaysia?.. tidak perlulah untuk melihat lebih jauh..cuba kita lihat suasana di sesetengah tempat..misalnya di kampung saya, wujud dua masjid secara tidak langsung. satu untuk penyokong BN dan satu lagi untuk penyokong PAS.. apa yang berlaku?.. solat jumaat di kedua-dua masjid di dalam satu kampung.. masyaAllah..dan pada pandangan saya, kewujudan masjid cina ini juga akan berakhir seperti kes tadi..terutamanya apabila sentimen perkauman yang semakin hangat pada masa kini..maka, renung-renungkanlah...
2. Bagaimana pula dengan pengimarahan masjid cina tersebut?.. apakah kita di malaysia ini kekurangan masjid sampai perlu diwujudkan masjid baru lagi?.. bayangkanlah, masjid-masjid yang baru dibina, kosong!!! dan hanya penuh dengan makmum apabila tiba hari jumaat ini sahaja?..adakah ini yang kita inginkan?....harapan saya agar kita imarahkan masjid yang sedia ada, dan tidak perlulah wujudkan masjid yang baru...
3. kita mencari kebenaran, bukan kemenangan..maka saya amatlah tidak bersetuju ada sesetengah pihak menyalahkan timbalan menteri itu sendiri.. beliau mungkin ada sebab yang tersendiri untuk berkata sedemikian rupa.. dan untuk mencari kebenaran, sesorang haruslah mendapatkan pandangan tembalan menteri itu sendiri sebelum menyuarakan pendapat mereka..sesungguhnya apabila kita berkata mengenai sesuai yang tidak benar tentang sesorang, maka itu adalah FITNAH...
Insyaallah, ini sahaja yang dapat saya utarakan..diharapkan segala salah silap dapat dimaafi..
Wallahualam...

ahmad fairuz abidi said...

salam..
masjid cina di malaysia?..
maaflah.. saya amat tidak bersetuju dengan cadangan tersebut..dan apa yang saya hujahkan ini hanyalah pandangan peribadi saya yang amat lemah ini..
1. bayangkan sekiranya wujudnya masjid cina ini, apa yang akan berlaku pada rakyat malaysia?.. tidak perlulah untuk melihat lebih jauh..cuba kita lihat suasana di sesetengah tempat..misalnya di kampung saya, wujud dua masjid secara tidak langsung. satu untuk penyokong BN dan satu lagi untuk penyokong PAS.. apa yang berlaku?.. solat jumaat di kedua-dua masjid di dalam satu kampung.. masyaAllah..dan pada pandangan saya, kewujudan masjid cina ini juga akan berakhir seperti kes tadi..terutamanya apabila sentimen perkauman yang semakin hangat pada masa kini..maka, renung-renungkanlah...
2. Bagaimana pula dengan pengimarahan masjid cina tersebut?.. apakah kita di malaysia ini kekurangan masjid sampai perlu diwujudkan masjid baru lagi?.. bayangkanlah, masjid-masjid yang baru dibina, kosong!!! dan hanya penuh dengan makmum apabila tiba hari jumaat ini sahaja?..adakah ini yang kita inginkan?....harapan saya agar kita imarahkan masjid yang sedia ada, dan tidak perlulah wujudkan masjid yang baru...
3. kita mencari kebenaran, bukan kemenangan..maka saya amatlah tidak bersetuju ada sesetengah pihak menyalahkan timbalan menteri itu sendiri.. beliau mungkin ada sebab yang tersendiri untuk berkata sedemikian rupa.. dan untuk mencari kebenaran, sesorang haruslah mendapatkan pandangan tembalan menteri itu sendiri sebelum menyuarakan pendapat mereka..sesungguhnya apabila kita berkata mengenai sesuai yang tidak benar tentang sesorang, maka itu adalah FITNAH...
Insyaallah, ini sahaja yang dapat saya utarakan..diharapkan segala salah silap dapat dimaafi..
Wallahualam...

Anonymous said...

tidak setuju kerana apa?

semangat kebangsaan melebihi kepentingan agama dlm menyampaikan risalah agama.. apakah yg le bih penting.. islam tersebar or 'ketuanan melayu' kononnya terus diperjuang.. ??

bukan nak buat masjid kat kampung hangpa majid cina nie.. nak buat kat kominiti yang ramai cinalah.. suapaya risalah agama sampai kepada mereka.. tanya macma lah detail pasai nie..

kadang-kadang kita sangka depa tau pasai islam.. or pasai kita.. sedangkan depa ni (cina) ramai yg tak paham pon pasai islam.. ataipon misunderstood ttg islam.. ramai dari kalangan mereka ni pasai menda simple pon tak tau.. kita (melayu) je assume dorang tau.. mai la kerja kat tmpt yg ramai cina.. u'll know..

Anonymous said...

salam

saya tidak bersetuju dengan kewujudan masjid cina nie.sewaktu nabi mula2 datang berhijrah ke madinah,nabi mendirikan masjid atas nama islam tu sendiri,tidak ke arah suku kaum tertentu.sprt kata fairuz ade 2 masjid dlm satu kawasan,yang satu bhs cina yang lagi satu bahsa melayu,bknya muallaf tu tak faham pon bhs melayu ,sekolah ade subjek bhs melayu...suasana masyarakt pon bercampur melayu..jd tak de masaalah nak dgr khutbah dlm bhs melayu berkhutbah.Islam agama yg satu,tak perlu la nak menjadikan ianya 2 ,3 4 majid yg berbeza-beza.Dgn 1 masjjid ukhuwah tu lagi bertambah dan persaudaraan lg kuat,lg pon saudara baru nie perlukan bimbingan selepas masuk islam dan perlukan byk tunjuk ajar dlm segala hal,di bawah satu bumbung,di satu kawasan,di dalam jemaah,Islam tu lagi kuat mantap dgn pelbagai kaum.

Anonymous said...

salam
saya pun tak setuju mashid cina ditubuhkan..dah berlmanbak masjid diserata dunia..sedangkan dunia mengalami masalah krisis kegawatan ekonomi..nak perhabis duit ka..abg lan jangan hanya tahu megutuk orang sahaja takut nanti "paku dulang paku serpi, mengata orang dia yang lebih"...saya hairan dengan blog yang hanya mampu mengutuk tapi bukan mengkritik!!!!

roslan sms said...

Assalamualaikum.

Nampaknya posting ini menarik banyak pandangan berbeza dari rakan-rakan. Terima kasih.

Masjid ini bukan mahu dibina di kawasan majoriti Melayu atau di kampong-kampung, tetapi di kawasan-kawasan majoriti masyarakat Cina. Benar bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan, tetapi kita di sini bukan membicarakan patriotisma atau isu kebangsaan. Saya melontarkan isu agama, isu memberikan keberkesanan maksima terhadap dakwah Islamiah.

Yang kita mahu adalah memberikan maklumat dan sekaligus menarik minat dan membimbing masyarakat Cina yang belum Islam. Rata-rata semua masyarakat Cina boleh faham dan berupaya berbahasa Melayu, tetapi pasti yang terlebih dekat pada mereka adalah bahasa ibunda mereka sendiri.

Kerana itu masyarakat awal India Muslim dan Pakistan datang ke tanah air kita dan membina masjid mereka dan masjid-masjid ini kekal sehingga ke hari ini, khutbah dalam bahasa Tamil berkumandang di Masjid India, Kuala Lumpur. Bayangkan kalau khutbah bahasa Mandarin berkumandang di Jalan Petaling, di Kepong dan lain-lain.

Orang Melayu tidak pernah ego malah sentiasa meraikan saudara-saudara se agama kita dari bangsa lain sejak dari dahulu lagi. Memanglah kita tidak nampak jika kita sekadar melihat dari perspektif Melayu, tetapi tanyalah sahabat-sahabat kita yang telah Islam khasnya dari keturunan Cina, pasti mereka akan mengalu-alukannya khasnya dalam memanjang lebarkan ekrja-kerja dakwah mereka.

Di Kelantan sendiri dibina Masjid Cina oleh kerajaan PAS di Rantau Panjang, menurut Timbalan MB Datuk Ahmad Yaakob falsafah masjid ini adalah untuk membuktikan bahawa Islam adalah agama universal dan ianya bukan hal eksklusif mana-mana kaum atau bangsa.

Berikut adalah pandangan Sdr Johari Yap, Setiausaha Kehormat Persatuan Cina Muslim Malaysia Cawangan Kelantan:

Masjid Cina tidak bermakna masjid khas untuk orang Cina, cuma dari segi penampilan dan penggunaan bahasa lebih banyak digunakan dalam bahasa Cina.

Kita ingin menonjolkan bahawa Islam ini mudah, dan boleh menerima
nilai-nilai murni yang baik dalam adat dan juga budaya Cina. Usaha hendaklah ditumpukan kepada mencari titik persamaan antara Islam, bukannya membesar-besarkan perbezaan antara agama, budaya atau adat. Melalui cara ini
bukan sahaja dapat menghilangkan kesangsian masyarakat Cina terhadap Islam,malah boleh merapatkan hubungan dan mewujudkan perasaan hormat antara satu
sama lain.

Wallahualam.

mudais rahman said...

saya amat bersetuju dengan penjelasan
yang bernas lagi adil dari anda saudara roslan...

lesongbatu said...

...kalau masjid Cina jadi tabu & diTAKUTi sgt oleh masy Melayu maka masjid tertua spt Masjid Tenggkera & Pengkalan Hulu & juga beberapa masjid di melaka patut dirobohkan?!! TAKUTTTT!!!!

...masjid adalah pusat aktiviti umat Islam (amal Madinah). maka biarkan (beri peluang) mereka mendekati agama mulia ni melalui susur-galur bangsa mereka sendiri. surah al-Hujuraat; 13 menunjukkan kebesaran & kebijaksanaan Allah SWt jadikan manusia dari pelbagai bangsa & keturunan tetapi berpegangan pada yg Esa(akidah).

...kalau ada masalah sekalipun idea itu bukan dibuang atau ditentang tetapi kena buat homework sikit & kerja FIKIR le bagaimana utk realitikannya.

...terlalu taksub dgn bangsa sendiri pun selalu buat hati buta. sejarah membuktikan Islam dtg ke sini bukan dari saudagar India aje tetapi juga dari pendakwah2 Muslim China & India. org berniaga tak ada masa buat tabligh. cuma peranan pendakwah Islam ni dinafikan dlm sejarah (orientalis) seolah2 nak tunjukkan Islam berkembang dgn mata pedang. waallahualam.

...kalau ada org China nak dalami pengajian berkaitan dgn Islam di peringkat tinggi, apakah kerajaan sedia bagi bantuan biasiswa????

Raja Idris said...

Assalammu'alaikum wbt

Agama, Bangsa dan Bahasa SEMUANYA daripada Allah swt.

Siapakah kita nak bahas yang mana elok yang mana tidak?

Semuanya elok dan boleh dan seharusnya digunapakai.

Wassalam.

Wan_1 said...

Masjid ialah tempat penyatuan umat. Dalam Islam, warna kulit tidak membezakan umat. Jadi kenapa mesti memcahbelahkan umat dengan membina masjid berdasarkan kaum. Adakah anda mencadangkan kita dirikan: masjid untuk orang India, masjid untuk orang Cina, masjid untuk orang Melayu, Masjid untuk orang Kemboja, masjid untuk pendatang Indonesia!!

Baiklah kita rujuk kepada sejarah perkembagna Islam di zaman nabi.Ada tak didirikan masjid khusus untuk kaum yahudi, masjid khusus untuk kaum badwi...??

Anonymous said...

Berdasarkan tema
"Kelantan Menerajui Perubahan"
saya cadangkan, Pas kelantan, buat kuliah agama dalam bahasa cina utk muslim chinese di mana-mana di kelantan dan siarkan di tvpas.com/kelantan.tv

program ini boleh dibuat secara kerap dan dengan kerjasama persatuan muallaf. Kos tak banyak kot, sekadar jamuan makan dan jemputan penceramah.

Ingat, zaman skang ni, parti politik kena banyak buat, bukan banyak cakap,

Saya sokong Pas dan ucap syabas atas banyak usaha baik dan mulia yg dilakukan, tapi agak sedih sikit bila kurang aspek 'kebijaksanaan' dalam menangani isu, kecuali Tuan guru Nik, TG Hadi, YB Husam, dan beberapa yg lain. Tolonglah, banyakkan buat kerja yg ada impak kpd ramai rakyat, dan kurangkan CAKAP!

Kalau terus begini, I can feel that rakyat dah mula rasa muak dengan pembangkang. (tak ada banyak perubahan dlm 100 hari)

kalau ingat balik, 100 hari pak lah agak baik tau...walaupun kemudiannya banyak tak berjalan, huhuhu~

pembangkang tak bolehlah ada imej 100 hari tak baik, nanti 3 tahun pun sama jer..., setakat ni belum dengar lagi projek pembangunan ni...budget negeri2 dah tak lama lagi...

Anonymous said...

Saya rasa muaalaf Islam tanpa mengira bangsa patut di dorong dan dibantu agar merasa selesa berada bersama-sama didalam barisan umat Islam. Masjid sediada adalah untuk semua umat Islam, jadi saya tidak bersetuju dengan cadangan menubuhkan masjid cina sebagai cara untuk membuat kaum cina selesa emndekati Islam. Saya rasa cara terbaik ialah mengikut tauladan perkembangan Islam di zaman nabi. Masjid yang menjadikan tempat penyatuan umat tanpa mengira bangsa, tak perlulah di adakan masjid untuk berbagai bangsa.

Satu perkara lagi, masjid sediada di Malaysia di selia dan di uruskan oleh majlis ugama Islam. Saya amat tidak berkenaan dengan segelintir pengikut dan pemimpin PAS yang seolah olah tidak menghormati institusi ini dengan
mengambil sikap mendirikan masjid/surau berasingan dan engan berjemaah dengan instusi sediada yang sah. Patutnya diambil peluang untuk bermesra dan mengukuhkan ukhwah umat Islam