Sunday, May 25, 2008

Apabila kaduk naik junjung

Saya sudah mengulas berkenaan beliau dalam posting saya terdahulu, jika mahu kenal inilah dia Pengarang akhbar The Star yang kebelakangan ini semakin tajam dan vokal kritikkannya terhadap Islam. Mungkin "tsunami Politik PRU ke 12" telah turut mematikan semua yang prihatin tentang Islam dan menjelmakan puaka-puaka yang berani dan bermaharajalela.

Wong Chun Wai begitu ghairah apabila dapat menghitam legamkan wajah Islam tambah dalam keadaan pemuka-pemuka Islam kebelakangan ini yang sudah semakin khayal dan selesa. Cuba perhatikan posting di dalam blognya bertarikh 22 Mei lalu, apabila beliau melanyak PKPIM kerana cadangan adik-adik kita itu untuk mengubah gaya pakian baju kurung murid sekolah menengah:

It's stupid really. But thanks to the National Islamic Students Association of Malaysia, an unheard of group, we have made it to the international media for the wrong reason.....

Perhatikan beliau gunakan perkataan "an unheard of group" atau sebuah badan yang tidak dikenali untuk mengaitkan PKPIM. Tetapi hari ini dalam ruangannya dalam THE SUNDAY STAR beliau menyebut:

The student body is hardly known today but in the 1990's it was a prominent movement with protest against so-called western hedonism and nihilism

Badan ini tidak berapa dikenali hari ini tetapi pada tahuan 1990an ia terkenal kerana menggerakkan protes terhadap apa yang dipanggil pengaruh hedonisma barat dan nihilisma (kepercayaan menafikan sebarang asas kebenaran yang objektif)

Dengan kepakaran putar-belitnya Wong telah menolak-tarik PKPIM dari sebuah badan yang "an unheard of group" kepada sebuah badan yang pernah terkenal satu ketika dahulu!
Apa pun dalam tulisannya hari ini Wong mengambil kesempatan mempersetankan terus cadangan PKPIM itu dan menganggapnya sebagai satu trend ke arah menceduk budaya Arab atas nama agama. Sejak bila pula PKPIM mencadangkan agar pakaian baju kurung yang ada ditukarkan kepada pakaian wanita Arab? Cuba baca kenyataan mereka di bawah ini:

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran agar merombak semula sistem pemakaian pelajar perempuan di sekolah rendah dan menengah. PKPIM mencadangkan agar Kementerian Pelajaran menukar baju putih sekolah kepada baju berwarna kerana ia tampak sesuai dan tidak jarang untuk dipakai oleh pelajar perempuan. Jika Kementerian Pelajaran ingin mengekalkan warna putih tersebut, PKPIM mencadangkan agar pelajar perempuan diwajibkan untuk memakai singlet dalam ataupun tudung labuh kerana ia tampak lebih kemas, selesa dan selamat.

Wong samada tidak mampu menguasai Bahasa Melayu dengan baik sehingga tersasar dari memahami pendirian dan kenyataan PKPIM itu ataupun memang beliau jenis anasir yang tidak senang dengan badan-badan dan aktivis Islam sehingga memandang hodoh apa sahaja cadangan yang datang dari mereka. Saya optimis Wong yang saya ikuti penulisan beliau sejak lebih 10 tahun lalu, ini memang jenis yang "phobic" dan membenci Islam melainkan Islam yang telah ditiup dan ditempel-tempelkan dengan nafas dan wajah liberal. Lihatlah apa yang disebut beliau dalam penutup artikelnya itu:

Common sense must prevail, just like the views of the majority. Don let anyone tell us how and what to dress.

11 comments:

mat_terab said...

NAMPAKNYA SI WONG NI SUDAH MULA TUNJUK SIFAT KURANG AJAR TERHADAP PKPIM. PKPIM PATUT TUNTUT WONG NI MINTA MAAF ATAS LABEL BUKAN-BUKAN YANG DIBERIKAN KEPADA PKPIM.
PKPIM HANYA MEMBERI CADANGAN KENAPA PULA HENDAK DITUDUH BUKAN-BUKAN LAGIPUN CADANGAN INI ADALAH UNTUK KEBAIKAN SEMUA KAUM DAN SEMUA AGAMA BUKAN HANYA UNTUK KEBAIKAN SATU-SATU KAUM SAHAJA...KALAU TADAK MAHU TUKAR BAJU ELOKLAH TUKAR WARNA LAIN SELAIN WARNA PUTIH TU...BANYAK LAGI WARNA BOLEH DIGUNAKAN...WARNA HIJAUPUN ELOK JUGA...LAGIPUN WARNA PUTIH CEPAT KOTOR...KALAU TAK JAGA...KALU KENA HUJAN WARNA PUTIH TU LAGILAH NAMPAK SEKSI PERLAKSANAAN TAK PERLULAH TERGESA GESA BOLEHLAH DILAKSANAKAN PERINGKAT-PERINGKAT START TAHUN DEPAN...

Anonymous said...

Dalam survey Buletin Utama hari tu tak salah aku Khamis (22/5/08) 73% setuju yang pakaian sekolah yang agak seksi boleh menyebabkan berlaku jenayah seks...??? 73%...??? Banyak tu, lebih 2/3....

PKPIM bagi cadangan je... teruk kena hentam....

lan said...

Tidak mengejutkan sangat sebab dari dulu lagi Wong ni seorang yang kerap menukar pandangan dan idealism dia terhadap politic tanah air..

yang non muslims akan sentiasa guna logic untuk mengeluarkan hujah.tapi ada juga orang islam mengikut langkah yang sama, walhal kita ada undang2 syariah yang sepatutnye melangkaui logic akal.. inilah cabaran masa kini..

semoga Allah membantu kita semua

Abah said...

Si kafir dari star jangan dibiarkan. Semakin lama makin melampau. Cina ni tidak perlu membaca apa yang cadangkan oleh PKPIM. Yang dihajatkannya macam mana nak hentam Islam melalui peluang2 yang ada.
Paling sedih sekali pemuka PAS sedang sibuk dan khayal dengan gelaran YB dan mengira2 elaun yang diperolehi selepas persidangan parlimen baru2 ini.
Ingatkan umno jer hipokrate tapi...

Anonymous said...

marilah kita boikot the star....

Anonymous said...

org2 bangsat camni yg musnahkan negara dr dalam nie..
tak sedar nie negara islam..
dah la tok nenek die tu dtg negara org, pastu nak sama level ngan penduduk asal sini..
nak liberal sangat..ko balik negara cina @ pegi jek US ke..tak suka sangat ngan cara negara nih..takde pn org paksa ko dok sini weh..

Anonymous said...

Kalau taj silap saya dia ni graduan UKM, jadi Bahasa Melayunya sepatutnya di tahap yg boleh diterima.

Masalah dgn manusia macam ni, kononnya liberal tahap super-duper. Tapi bila ada je sikit suara yang tak sama aliran, terus kondem. Terbatuk sifu liberal dalam kubur dibuatnya.

Hello kawan. Nak duduk Malaysia, yg ugama resminya Islam, respek sikit nilai-nilai Islam. Jangan main hentam keromo saja. Kalau awak liberal sangat dalam berpakaian, kenapa awak perlu gabra bila orang nak berpakaian lain dari awak punya taste? Hai, janganlah sampai kontradik awak punyer pegangan sendiri lak.

Mind others' beliefs, attitudes and values. You are simply saying I don't want others to impose theirs on me but it's perfectly ok for me to do that unto others. Aiyya, like this, where got road man?

Harapan saya semua aktivis Muslim dpt terus-menerus memantau tindak-tanduk dia ni. Manalah tahu, kut kut dia ada hidden agenda. Jangan bagi muka.

Anonymous said...

sume pakat main hentam je..masa ni la pak mufti nak backing PKPIM..mmg nampak sangat seksi baju putih tu..ada yang pakai terlampau nipis bajunye sampai nampak bra yang berwarna-warni kat dalam tu..diorg ni mmg sengaja nak tunjuk,nak menggoda laki..tapi x sume mcm tu..undang2 manusia ni mana lah leh lawan undang2 Tuhan..ape nyek pengubal undang2 ingat dia lagi pandai lagi Pencipta manusia..ni lah kesan masyarakat majmuk kat Malaysia,yang kafirun ni mmg nak cari peluang je menjahanamkan islam..sampaikan org islam sendiri x kisah dah pakai baju nipis2 sampai nampak dalam tu,sbbbnye dh biasa..normal la,moden la...

Anonymous said...

Baru baru ni aku ada tegur adek aku ngan kawan kawan dok cakap pasal awek kat sekolah pakai bra macam macam warna dan ada yang pakai bra nampak puting kerana bra nipis!Pastu kat ofis terpandang plak wanita wanita pakai bra ternampak bentuk puting tak kira bertudung atau tidak ...terkecuali yg betul betul laboh
NauzubilLah ...rosak, rosak!

Anonymous said...

Takde ke blogger Islam yang berani tegor atau komen sekurang kurangnya?

Anonymous said...

Ala islam Munirah tu hanya pada baju kurungnya. Gila ape. Baju kurung tu memang kebudayaan kita,

Macam mana dengan kebaya pendek lagi seksi.

Ko orang nak jadi islam sangat jangan libat kan kita orang.

Kita orang nak budaya melayu. skesi tu bergantung bertapa kotor fikiran munirah dan sewaktu dengannya.

Dijepun perempuan pakai skirt pendek. Sains dia jauh leibh dari yang kau boleh bayangkan.

ORang buat roket ini penuntut melayu atas nama islam sibuk pasal pasal baju kurung.

Bodohnys sistem pelajaran kita. itu sebenarnya...

Bila bodoh matematik dan sain asyik fikir pasal seks orang lain sajalah..

Get a life...