Friday, April 11, 2008

Syarat baru untuk saudara baru

Perdana Menteri semalam mengumumkan akan memperkenalkan satu peraturan baru mewajibkan sesiapa yang ingin memeluk Islam agar memaklumkan keluarga masing-masing berhubung langkah mereka itu. Bermakna kalau mahu masuk Islam, ahli keluarga masing-masing mesti tahu terlebih dahulu, tidak lagi boleh secara bersorok-sorok.

Tujuan utama langkah ini diperkenalkan menurut Dollah adalah bagi mengelakkan sebarang masalah berhubung taraf dan hak anak individu berkenaan, serta kesulitan lain khasnya semasa si yang berkenaan meninggal dunia.

Secara peribadi saya merasakan usaha bagi mengelakkan sebarang konflik terutama yang membabitkan hak ke atas anak-anak dan apabila meninggal dunia ini memang perlu diatasi dan ditangai dengan segera. Saya dapat merasakannya ketika hadir dalam perbicaraan tuntutan mayat Allahyarham Sarjan Moorthy beberapa tahu lalu.

Soalnya adakah langkah yang mahu diperkenalkan ini yang terbaik?

Banyak impak dan implikasi perlu kita kaji dan fikirkan semasak-masaknya.
Biasanya seseorang itu bersorok-sorok bersebab. Kalau melibatkan keluarga dan adik-beradik, biasanya yang mahu Islam itu akan bersorok-sorok kiranya kaum keluarganya tidak menerima kecenderungannya terhadap Islam. Lalu ia memilih untuk bersorok-sorok demi memelihara hubungan keluarga.

Contohnya si ibu tidak dapat menerima kiranya anaknya memeluk Islam, lalu demi tidak mahu menghiris dan meremukkan hati ibunya, maka si anak tadi memeluk juga Islam tetapi memilih untuk bersortok-sorok.

Kita juga berhadapan dengan situasi dimana kaum keluarga mengeluarkan ancaman, mengancam akan memutuskan hubungan, menafikan hak ke atas harta dan seumpamanya. Lalu bimbang akan masalah sedemikians eseorang itu memilih untuk bersorok-sorok.

Apakah Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam di JAKIM memikirkan perkara ini?

Baguslah dalam hal ini kita mensyaratkan yang si anak tadi memaklumkan keluarganya apabila dia memeluk Islam, tetapi kita juga perlu mensyaratkan yang kaum keluarga tidak boleh menolak, mensisih atau memulaukan seseorang anak atau adik-beradik jika dia memilih untuk menjadi Islam, bolehkah kita laksanakan begitu?

Biarlah peraturan itu adil untuk semua pihak, barulah nampak yang sesiapa pun tidak rugi atau terpinggir hasil dari perlaksanaan peraturan baru ini.

Dalam kes suami-isteri, jika salah seorang memeluk Islam, memang baik sangat kita mensyaratkan yang ia memaklumkan pasangannya. Tetapi kita perlu pergi lebih jauh dari itu, kita perlu perkenalkan satu mekanisma darihal masadepan anak-anak. Disnilah kancah konflik yang tidak nampak jalan penyelesian sehingga hari ini (malah ada kes seumpama ini yang masih menunggu keputusan mahkamah).

Kemudian kita juga perlu membicarakan darihal isu mereka yang memilih untuk keluar dari Islam, apakah langkah kita? Dalam ketiadaan perlaksaan hukum Islam sepenuhnya dalam negara dan negeri-negeri, apakah dalam hal individu yang mahu menganut Islam kita mensyaratkan ia mengisytiharkan diri dan memaklumkan kaum keluarga, tetapi yang pilih untuk tinggalkan Islam kita senyapkan? Saya pernah hadir dalam pertemuan antara Dr Hasan Ali dan keluarga Lina Joy serta memahami sangat kesengsaraan yang dialami oleh ibu yang anaknya memilih untuk murtad.

Bolehkah kita mensyratakan bagi mereka yang Islam yang pilih untuk keluar Islam agar menghormati dan menjalani proses mahkamah syariah. Kita memikirkan keharmonian masyarakat dan negara bukan sekadar untuk umat Islam tetapi untuk semua. Kerana jika kita sekadar mengawal hal-hal kemasukkan Islam tetapi sunyi dan longgra dalam bab murtad, kita sebenarnya bukan menyelamatkan Islam tetapi lebih menimbulkan masalah dan mencetuskan konflik yang lebih besar.

Biarlah Dollah selesaikan masalah masa depan politiknya, manakala hal sepenting ini dibincang dan diputus serta kemudian diisytiharkan oleh kalangan ulamak dan bijak pandai Islam yang berwibawa dan dihormati.

Jangan nanti orang melihat kita sebenarnya bukan bertindak menguntungkan Islam tetapi lebih melayan tuntutan pihak-pihak tertentu untuk lebih memudaratkan Islam

8 comments:

Anonymous said...

Berikut adalah posting asal yang saya sent mlm tadi (10/4/08) ke Group taman yang saya tinggal... Secara kebetulan... kita sekepala ya...
___________

Assalamualaikum w.b.r

Tadi sewaktu menonton Buletin Utama (TV3) agak terkesima dan terkejut dengan pengumuman Pak Lah @ Imam Hadhari berhubung dengan isu penganut agama lain yang berminat utk memeluk agama Islam. Satu undang-undang atau peraturan baru akan digubal iaitu semua bakal saudara baru perlu membuat perisytiharan sebelum/ selepas memeluk agama Islam dan perlu mendapat kebenaran bertulis dari ibu bapa.

Kalau ia dilaksanakan maka makin ramai orang akan takut utk memeluk agama Islam samaada atas alasan berkahwin, mendapat hidayat atau sebagainya. Memang semua ini bergantung kepada hidayat Allah. Buat permulaan tak perlu tergesa-gesa buat pengakuan. Nanti lain jadinya.

Pernah terbaca pengakuan saudara baru yang dipukul keluarga, didera, dikurung dan ada yang hamipr dibakar kerana menyuarakan hasrat utk memeluk agama Islam. Sebaiknya buat permulaan dirahsiakan dulu. Di zaman Rasulullah pun ada sahabat dan sahabiah yang telah memeluk Islam tetapi perlu dirahsiakan atas nasihat Rasulullah sebagai tujuan keselamatan. Tidak semua mempunyai iman yang kental seperti Saidina Uma r.a yang terus mengisytiharkan keislamannya.

Beranikah mereka bakal saudara baru buat pengakuan. Hello.... ini bukan pengakuan nak tunjuk isteri lawa kat orang ramai, declare beli kereta atau jam baru atau pengakuan macam Mawi kata pakai T-Sirt Polo yang harga RM700 dan kasut Luis Vitton harganya RM1,500.00

Saya takut nanti hasrat saudara baru ini akan terbantut dengan peraturan baru yang dangkal ini. Amat pelik macam mana seorang pemimpin yang juga cucu ulamak boleh bersetuju cadangan ini. Takkan penasihat pun yes man juga.... Oooo memang paham.... nanti miss soru pulak.

Sepatutnya ditekankan bagaimana utk mendidik saudara baru ke arah Islam sejati dan juga bagi kaunselling kat parents yang membantah.

Bila fikirkan balik tak nak buat terkejut lah sebab anak perempuan dia merupakan orang kuat SIS yang memang sengaja cari pasal dalam bab mcm ni. Menteri yang dilantik utk hal ehwal Undang-Undang pulak memang dah tahu background dia (yang kena pecat dgn UMNO Kota Baru).

Minta sangat-sangat komen dari ahli BM sekalian.. Takut nanti keluar pulak undang-undang baru benarkan umat Islam menganut agama lain.....Nau'zubillah...

Regards

p/s - Luahan di atas adalah bebas dari unsur dan pengaruh politik. Ia hanya luahan demi memastikan kesucian agama Islam terpelihara dan menjadi tarikan penganut agama lain..

Unknown said...

Dayusnya pandangan Pak lah si beruk mak yeh, Mana Fatwa dibawak ni...Islam haddari atau babi? Pak Lah sesat dan menyesatkan. Harus dinyahkan dari bumi malaysia.

Hasbullah Pit said...

aku tak keseroangan rupanya.,...

Anonymous said...

alohai islam had hari Pak lah (ada had dan hari)..takkan nak masuk islam pun kena bgtau kaum keluarga. saya teringat kisah saidini Ali k.w, bila diajak masuk islam...pada mulanya ingin memaklumkan kepada ibu bapanya. akan tetapi bila difikirkan...Allah tidak pernah meminta izin ibu bapanya untuk meciptakan dia ke dunia ini...maka keizinan ibu bapanya tidak dipinta.

Anonymous said...

Ya Allah, satu langkah yg paling dangkal bagi JAKIM dan Paklah lembek, masuk Islam kena isyhtihar, tetapi kalau nak keluar boleh senyap2???
Ayat mudah...
Nak masuk Islam susah, kalau nak keluar mudah!!! Nenek kau punya pedoman ke!!!

Anonymous said...

macam x sesuai je penyelesaian masalah pak lah ni...dah consult para alim ulama ke sebelum wat keputusan tu??

Tukang Cerita said...

Ingat, ALLAH uji kita semua bagaimana untuk berhadapan dengan pemimpin lemah. Pak Lah tak belajar dari kesilapan.

Anonymous said...

Bila saya memeluk Islam, saya tidak memberi tahu ahli keluarga kerana saya lebih mengetahui tentang ahli keluarga saya dari orang lain. Rahsia keislaman saya diketahui juga akhir dan mereka telah memukul dan mendera menyebabkan saya lari rumah dan tidak kembali lagi ke tempat asal. Dah 18 Tahun. Kalau saya beritahu niat saya ingin memeluk Islam pasti mereka tidak akan membenarkan. Ramai para Sahabat RA telah memeluk Islam secara rahsia, Sebab itu saya memeluk Islam secara rahsia dan saya dapat hidup sebagai orang Islam walaupun tidak selesa tapi Alhamdulilah, harga dunia yang saya telah bayar untuk saya tetap dalam Islam berpada. Bagi saya Akhirat itu lebih penting. Saya berharap PM kita mempertimbangan kembali kenyataannya demi Islam bukan sebagai Presiden UMNO. Saya sangat berharap dia mengutamakan Islam dari benda-benda lain. Ramai kawan-kawan saya memeluk Islam takut untuk memberitahu keluarga mereka kerana mereka tahu akan risko. Demi nama Allah AL Rahman jangan ganggu mereka yang bakal terima hidayah Allah SWT.
FRA