Saturday, April 26, 2008

Segera buat laporan polis terhadap Datin Seri Zaharah Kechik

Dari niat untuk memalukan Tan Sri MB Selangor dan ahli-ahli EXCO serta kerajaan Pakatan Rakyat negeri, atas kononnya isu ladang babi baru-baru ini, hari ini yang sebaliknya menjadi mangsa dan menanggung padah adalah Ketua Pembangkang DUN Selangor, Khir Toyo sendiri.

Isu menculik (hijack) BALKIS dan melarikan jutaan wangnya, kini menjadi bualan rakyat, hinggakan orang-orang Melayu yang menurut Shabery Chik marah kepada kerajaan PR Selangor atas isu babi tempoh hari, saya yakin sudah tidak marahkan babi lagi tetapi lebih marah pada Khir dan isterinya.

Isteri Khir, Zaharah Kechik, mengatakan yang wang RM9.9 juta yang dilarikan itu adalah wang BALKIS dan beliau berhak mengalihkannya. Kononnya ahli-ahli BALKIS termasuk beliau sendiri berhempas-pulas bagi mengumpulkan dana sebanyak itu melalui pelbagai aktiviti. Apakah yang dihempas dan apakah yang dipulas sedangkan menurut laporan sebahagian besar wangnya datang dari syarikat-syarikat miliki kerajaan negeri yang ketika itu diterajui oleh suaminya Khir Toyo?!

Zaharah dan Khir lupa bahawa BALKIS itu adalah suatu persatuan yang berdaftar, persatuan kebajikan isteri-isteri wakil-wakil rakyat Selangor. Menurut perlembagaannya pengerusi BALKIS adalah isteri MB Selangor. Jadi bagaimana BALKIS boleh memanggil Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) sehingga memutuskan membubarkan persatuan dan mengalihkan dananya pada 11 Mac, 2008 sedangkan ketika itu Menteri Besarnya adalah Tan Sri Khalid Ibrahim dan bukannya Khir Toyo lagi!

Tak kiralah jika dana BALKIS RM1 atau RM100 juta, ianya bukan milik, Zaharah atau Khir, ia milik persatuan! Memandangkan pada tanggal berkenaan Zaharah bukan lagi isteri MB dan Khir bukan lagi MB, maka meneruskan juga urusan BALKIS adalah suatu jenayah dan kesalahan besar! Perkara ini serius dan saya harapkan pihak Pakatan Rakyat ataupun PAS, PKR atau DAP negeri segera membuat laporan polis kerana ternayata terdapat unsur rasuah dan pecah amanah yang telah dilakukan oleh Presiden dan EXCO BALKIS.

Saya mengharapkan selepas ini mereka yang menahan terik berdemonstrasi dengan sepanduk anti babi, hari ini akan melakukan perkara yang sama tetapi tukar sepanduknya dari anti babi ke anti pecah amanah, anti Zaharah dan anti Khir, berani?

5 comments:

Letting the time pass me by said...

Itula kalau buat kerja tak pakai otak dan asyik fikir dunia nie takkan berubah dan BN akan sentiasa menang...

Dah jadi isu macam nie, memang tak berbaloi la.. Bayangkanla dok sibuk kumpul duit berjuta-juta tetiba aje nak kena serah duit tu kat orang lain...

Tapi saya rasa orang-orang PR, merupakan orang yang penuh integriti dan tak heran dengan duit.. Orang PR pun tak hingin nak pegang duit tu ye tak.. Entah puncanya halal ke haram ke tak tahu la...

Saya rasa isteri-isteri YB PR boleh la tubuh persatuan sendiri dan kumpul duit sendiri... Tak payah la nak ambik duit dari tabung yang tak tahu asal-usulnya..

Kita takut, kalau termakan duit-duit yang ade unsur-unsur negatif, nanti hati pun bertukar jadi negatif...

Dulu sahabat nabi pun sanggup muntahkan susu yang telah diminum semata-mata takut air susu tu diperolehi dari sumber yang tak betul...

benjo said...

tak guna gak,,report polis pun,bukan boleh buat apa-apa gak,sbb polis kat malaysia ni pun termasuk dalam politik,istilahnya polis pun dipolitikan,,walhal polis lambang diraja,,

Anonymous said...

mana berani bro...pondan semua tu.

abuMuhammad said...

Kes mcm ni tak berbaloi utk diketengahkan. Ada baiknya PR bentangkan pd rakyat apa depa nak buat utk 5 tahun akan datang. Kalau kerja nak cari salah org memang tak abis2 sampai kiamat.

Rakyat mcm aku ni nak tengok apa yg kerajaan PR boleh buat utk aku dan keluarga aku. Aku yg duduk di Sgor ni nak sangat tengok kilang Carlsberg tu tutup. Amcm, bila nak bentangkan pelan utk keluarkan kilang tu dari negeri yg aku duduk.

Anonymous said...

Msih ada masa untuk tangkap bicara kutip balik duit tu...Selangor walo pun negeri termaju masih ramai rakyat misikin...sebab tu di tubuhkan YBK