Sunday, April 20, 2008

Rekod di Selangor dan Parlimen

Hari ini ada dua berita yang menarik perhatian saya dan mahu saya kongsikan di blog ini adalah:

Pertama mengenai perlantikkan ADUN Sg Pinang, kenalan saya, YB Sdr Teng Chang Khim sebagai Spekaer Dewan Undangan Negeri Selangor. Teng seorang peguam adalah ADUN veteran di DUN Selangor. Beliau memiliki rekod yang cemerlang sebagai ADUN dan pernah sebagai Ketua Pembangkang DUN Selangor sebelum ini.

Teng juga memegang rekod kerana pernah digantung selama 30 bulan dari Dewan (oleh Spekaer BN) dengan 18 bulan tanpa elaun, hukuman yang paling keras dalam sejarah oleh sebuah badan legislatif di komanwel! (Saya masih ingat bersama Teng (dan Dr Halimah) berceramah dalam program solidariti PAS Selangor bersama Teng ketika itu)

Fasih berbahasa Melayu, Teng juga melalui pengalaman dan pergaulan beliau faham akan adat-resam dan budaya orang Melayu, kerana itu beliau mempunyai ramai kenalan dan taulan dikalangan orang-orang Melayu. Teng mencipta rekod kerana mendedahkan kecurangan bekas ADUN Pelabuhan Kelang, Allahyarham Abang Zek. Beliau sangat tidak disenangi Allahyarham dan pernah menjadi mangsa, dipukul oleh Abang Zek di lobi DUN Selangor satu ketika dahulu.
Teng menjadi anak Cina pertama dilantik sebagai Spekaer DUN Selangor, dan beliau sememangnya layak dan cocok untuk jawatan tersebut, syabas.

Kedua adalah berkenaan perlantikkan ahli Parlimen Parti Progresif Demokratik Sarawak dari Bintulu, Tiong King Sing sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) di Parlimen. Ahli Parlimen tiga penggal dari Sarawak itu turut memecah rekod menjadi anak Cina pertama dilantik sebagai Pengerusi BBC. Sebelum ini kerusi Pengerusi BBC sering disandang oleh
wakil dari Umno.

Saya kira tidak ada siapa pun yang akan bising dengan perlantikkan Tiong ini oleh BN. Cumanya saya tergelak seorang diri kerana jika hal yang sama berlaku kepada Pakatan Rakyat sudah pasti isu ketuanan Melayu akan dibangkitkan. Tidakkah ini menandakan yang kuasa politik orang-orang Melayu nanti akan terhakis! Tidak. Ia cuma akan terhakis jika berlaku ke atas pakatan DAP, PAS dan PKR, tetapi kalau BN yang lakukan, OK lah tu.

Syabas, dan selamat menjalankan tugas kepada Teng dan Tiong.

1 comment:

Anonymous said...

Salam En. Roslan,
Maaf la, off topic sikit tp masih lg ttg Selangor..
Saya terpanggil utk mengulas cadangan kerajaan baru Selangor utk memberi air percuma sebanyak 20m3 kepada semua rakyatnya. Saya rasa cadangan ini amat bagus jika ia dapat memenuhi matlamat ini;
1) Menolong golongan rakyat yg miskin
2) Menjimatkan kadar penggunaan air
Namun begitu masalah yg mungkin timbul ialah berlakunya pembaziran air disebabkan sesetengah pihak akan menggunakan air secara berlebihan disebabkan ketidak-prihatinan mereka. Ini mungkin akan meningkatkan kadar penggunaan air seterusnya merugikan kerajaan dan juga bleh menimbulkan masalah bekalan air. Mgkin mereka akan membazir disebabkan sikap “dpt free, bukan kena bayar” (dpt free 20m3, xpe la kalu nk membazir 20m3 tu pun).
Lgpun air percuma ini sepatutnya dinikmati oleh rakyat miskin yg amat memerlukan bantuan kerajaan, bg org kaya dan berkemampuan tntu xde msalah nk byar bil air tersebut.
Untuk mengatasi masalah ini, saya rasa kerajaan Selangor boleh ubah sedikit cadangan tersebut. Kerajaan Selangor boleh memberi percuma air kepada rakyat yg menggunakan air 20m3 ke bawah sahaja dan yg menggunakan air lebih kena bayar mcm biasa. Cthnya;
Rakyat yg guna 18m3 air = dapat air percuma
Rakyat yg guna 25m3 air = kena bayar utk harga 25m3, bukannya baki 5m3 sahaja
Dengan cara ni, rakyat akan berusaha untuk menjimatkan air dan memastikan penggunaan air sentiasa di bwh 20m3 supaya dpt menikmati air percuma. Jika tidak, mereka perlu membayar mcm biasa. Jd kadar penggunaan air negeri akan menurun kerana semua rakyat akan berjimat. Ini akan menguntungkan kerajaan negeri dan lebih menepati matlamat yg disebutkan diatas.
Cuma mgkin kerajaan negeri bleh meningkatkan kadar percuma tersebut daripada 20m3 kepada mgkin 40m3 kerana mempertimbangkan keluarga miskin yg memiliki ramai ahli keluarga dan sudah tentu 20m3 air adalah tidak mencukupi. Walaupun dinaikkan kepada 40m3, saya percaya kos keseluruhan yg ditanggung oleh kerajaan negeri adalah lebih rendah berbanding cadangan asal kerana kerajaan tidak perlu menanggung kos tersebut untuk setiap org rakyat tetapi hanya untuk org yg miskin dan mereka yg berjimat sahaja.
Jika cik roslan merasakan idea saya ini ada kebenarannya, diharap dapat dipanjangkan kepada pihak yg berkenaan utk dipertimbangkan. Thanks