Friday, April 18, 2008

Perjuangan Tun Salleh dan rakan-rakan
Perdana Menteri Dollah Badawi malam semalam dalam majlis makan malam anjuran Majlis Peguam Malaysia (BAR Council) telah berkata:

Secara peribadi, saya melihat krisis 1988 tidak pernah sembuh sepenuhnya. Sekali lagi, marilah kita meneruskan hidup. Tidak bijak untuk mengungkit perkara lama. Rakyat mahukan perubahan dan kemajuan

Kerajaan mahu mengiktiraf sumbangan enam hakim ini (Tun Salleh Abas, Tan Sri Azmi Kamaruddin, Tan Sri George Edward Seah, Allahyarham Tan Sri Wan Sulaiman Pawanteh, Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdolcader dan Tan Sri Wan Hamzah Mohd Salleh) kepada negara, komitmen mereka menegakkan keadilan dan mengakui penderitaan serta kesengsaraan yang mereka lalui.

Walaupun pengiktirafan ini terlewat 20 tahun, ia dibuat dengan penuh harapan bahawa kesengsaraan dan kehilangan itu masih boleh sembuh


Walaupun mungkin kenyataan Dollah ini didorong oleh konflik semasa antara beliau dan Tun Dr Mahathir, saya secara peribadi mengalu-alukannya dan menganggap ini kenyataan pertama dari seorang PM Barisan Nasional yang mengiktiraf (walaupun tidak meminta maaf) kesalahan PM Barisan Nasional sebelum beliau yang telah bertindak zalim memecat hakim-hakim berkenaan sehingga meruntuhkan kewibawaan Institusi Kehakiman dimata rakyat sejak 20 tahun lalu.

Kenam-enam wira negara ini tekah sanggup menghadapi pemecatan demi mempertahankan maruah dan harga diri insititusi yang mereka wakili, ada diantara mereka telah pun meninggal dunia, dan kepada yang masih hidup terutama Tun Salleh, sudah pastilah ini merupakan saat paling manis buat beliau dan rakan-rakan.

Saya telah mengikuti kes ini dengan penuh minat ketika itu (20 tahun lalu), dan saya telah membaca buku Tun Salleh: May Day for Justice (1989) berkali-kali (dan masih terus mahu membaca). Saya telah melihat Tun Salleh mengheret kedukaan dan kelukaan beliau, terus berjuang, walaupun dipecat secara zalim ketika memegang jawatan badan kehakiman tertinggi dalam negara tanpa sedikit pun mahu mengalah.

Saya melihat Tun kemudiannya terjun ke dunia politik untuk memanjangkan perjuangan beliau walaupun beliau bukan seorang ahli politik. Bertanding di parlimen Lembah Pantai pada Pilihanraya Umum 1990 dan ditewaskan. Kemudian pulang ke kampong di Besut, Terengganu, menyertai PAS dan bertanding pula pada tahun 1999 di kerusi DUN di sana dan ditakdirkan menang (dan PAS pun menang di Terengganu ketika itu) lalu dilantik oleh Tuan Guru MB Terengganu sebagai ahli EXCO.

Tun dan rakan-rakannya adalah contoh negarawan yang unggul dan cekal.

Pemecatan dan tindakan ke atas mereka berenam, 20 tahun lalu membuktikan betapa kuasa boleh dengan mudah disalah-gunakan untuk kepentingan politik, oleh mereka yang rakus dan tamak kuasa. Orang yang terpelajar dan pihak istana boleh dicandu dan digunakan untuk terlibat dalam kerja-kerja jahat, menzalimi orang lain semata-mata atas kepentingan politik peribadi. Kerajaan BN menanggung dosa yang besar terhadap kezaliman mereka itu, tindakan Dollah semalam mungkin boleh mengubat luka mereka, tetapi seklai-kali tidak boleh menghapuskan dosa yang terlekat dan kini menunggu pengadilan Yang Maha Esa.

Dollah tidak memohon maaf (walaupun boleh sahaja jika beliau mahu), Tun Dr Mahathir yang paling perlu dan ramai lagi yang turut terbabit dalam peristiwa hitam ini termasuklah pihak istana, bekas-bekas hakim, bekas KSN, bekas Peguam Negara dan ramai lagi, ada yang masih hidup dan ada yang telah pergi.

Tun Salleh telah menulis beberapa ungkapan yang sangat berharga dan bermakna dalam buku beliau yang sangat saya minati itu, antaranya:

Justice like truth may be distorted and demeaned for a time but ultimately it cannot be destroyed

Keadilan sebagaimana kebenaran boleh diputar-belit dan dipermain-mainkan untuk sesuatu masa tetapi akhirnya ia sekali-kali tidak boleh dimusnahkan

Dan apa yang berlaku hari ini menunjukkan bahawa benarlah doa mereka yang dizalimi pasti diperkenankan Allah swt sebagaimana juga pernah ditulis oleh Tun dalam buku yang sama:

As a human being I have only been tried and tested not destroyed. It will take more than any action of an immoral or authoritarian Government of the moment to destroy a man who will tell the truth and stand witness to God.

Sebagai seorang manusia saya mungkin telah diuji dan dicuba, tetapi tidak sekali-kali dimusnahkan. Ia memerlukan sesuatu yang besar melebihi tindakan sebuah kerajaan yang tidak bermoral dan rakus untuk memusnahkan seorang insan yang akan terus menyatakan kebenaran dan berdiri tegak sebagai saksi di hadapan Tuhannya.

Semoga Allah swt memberkati dan merahmati Tun Salleh dan rakan-rakannya. Alfatihah untuk yang telah pergi medahalui kita. Hancurkan kezaliman tegakkan keadilan!

12 comments:

Muda said...

Kebenaran tetap kebenaran walaupun di benam didalam lautan yang paling dalam ataupun dicampak ke lohongan hitam ( black hole ) diangkasa lepas . Rasulullullah s.a.w. bersabda " Berkata benarlah walaupun ia nya pahit "

Anonymous said...

apsal gambar cam super impose je...
cuba tgk betul2...

Anonymous said...

ye la....gambaq tipu tuuuu

Anonymous said...

TDM sepatutnya kena jawab isu ni tapi skrg mungkin tengah sibuk utk 'grand design'nya bagi menjatuhkan Pak Lah. Apa yg sedihnya ialah TDM ingin menaikkan seorang yg tdk bermoral.

lan said...

orang yang superimpose gambar ini sure orang baru guna photoshop

Anonymous said...

gambar s'imposed? ada betulnya...

Letting the time pass me by said...

It is a puzzling and really conflicting thing altogether....

The government have not make any reversal of the judging of 1988 or any findings or whatever, so how can there be any such things as ex-gratia, apology and others? What is the justifications? I believe the government need to do the things accordingly and in a proper manner. If not, it will confuse others and will led to more critism....

I am not an expert in the law, but this is very strange... A sacked lawyer get ex-gratia, without even going to court?

At least some people who get fired fight in the court before they can get back the compensation....

Maybe it is a noble thing to do to compensate the people, but is the thing is being done in a proper manner? Well, I also have been fired for so many times, maybe I also can get some compensation...

Unknown said...

correct...correct...correct...
tapi yang hairannya kebathilan tak pernah padam.....
adalah disebabkan yang menaikkan kebathilan itu adalah orang UMNO sendiri....
yang memadamkan kebathilan dan menaikkan kebenaran dianggap pengganas dan ajaran sesat bagi pihak yang menuduh......inilah akhir zaman. Al-Quran dan Hadis Nabi diperlekeh dan dinyah ketepi....

Anonymous said...

Amat malang sekali apabila pak lah mengumumkan suruhanjaya badan pelantikan hakim semalam.

Ini bermakna, para peguam dan para hakim boleh melantik dengan sendiri di kalangan mereka kepada jawatan Ketua Hakim Negara. Memandangkan majoriti para hakim dan peguam di malaysia ini bukan berbangsa melayu, tak lama lagi kita akan mendapat Ketua Hakim Negara dari kalangan bukan Melayu.

PAS di dalam Harakah bersetuju dengan penubuhan suruhanjaya ini.. begitu juga Pakatan Rakyat. Mungkin Melayu dikalangan mereka tidak berfikir panjang lagi. Atau mereka ini suka hancurkan bangsa sendiri!

Di masa akan datang, kes kes besar yg melibatkan agama, kerakyatan, dan bangsa, kaum melayu akan susah hendak menang di mahkamah tertinggi Malaysia iaitu di Supreme Court. Kenapa? Kerana mungkin, Ketua Hakim Negara yang baru ialah Karpal Singh atau mereka yang sewaktu dengannya. Manalah tahu, dah la Ketua Hakim Negara berbangsa bukan Melayu, President Mahkamah Rayuan pun bukan Melayu juga. Minta minta Peguam Melayu masih berbangsa Melayu. At least adalah sikit peratusan boleh menang.. walaupun sedikit.

Ini juga merupakan satu pukulan tikam belakang yang zalim kepada Tun Dr Mahathir. Hari ini segala ‘kekotoran’ Tun Dr Mahathir didedahkan tanpa belas kasihan dan jasa-jasa Tun dilupakan.

Letting the time pass me by said...

Rasanya memang gambar tipu... Imej Pak Lah diletak didepan imej orang yang bersalam dengan Tun Saleh Abas... Pasal apa orang buat gambar nie pun kita tak paham. Tak de ke gambar betul?

Langkah kerajaan nak bagi ex-gratia pun agak tak ikut prosedur, macamana pulak orang yang kena sack boleh dapat ex-gratia?

Kena ade satu mekanisme yang membolehkan pembayaran ex-gratia. Takkan semata-mata kerana kesian atau kerana menghargai jasa? Ramai lagi rakyat yang miskin, pasal apa tak kesian kat depa dan bagi rumah free...

Kalau ade satu "reversal of decision", maka ade jugak logiknya. Atas dasar apa ex-gratia tu diberikan?

Nampaknya, di Malaysia sekarang orang hukum ikut suka aje.. Asal majoriti kata betul, maka benda tu betul.. Kalau PM kata benda tu betul, dan kita setuju, maka benda tu betul... Kejap kita sokong PM, sebab decisionnya menguntungkan kita, lepas tu kita kutuk dia rapat sebab decisionnya merugikan kita....

Saya pun semakin keliru dengan situasi sekarang... Semoga Allah menunjukkan kita jalan yang benar...

Anonymous said...

gambar yg sama dalam NST dan Utusan...mmg obvious gambar tu penipu, budak IT mana la yg depa bayar nak menipu tu...

kalau nak menipu tu, buat la betul2...buat malu aku jer...

Anonymous said...

memang betul suratkhabar pembohong.. tiba-tiba je paklah jadi gergasi.. tun salleh abas jadi kecik... dia orang ingat kita ni bodoh macam dia... hoi.. orang surat khabo.. tobatlah... dosa dah bertimbun pun masih tak ingat mati...