Monday, April 14, 2008

Lagi pekung kerajaan BN bawah Khir

Blog bekas MB Selangor di "update' pada 12 April lalu dari Tanah Suci Makkah. Mungkin kerana tidak lagi duduk di kerusi MB, Khir kini banyak masa lapang, dan alangkah baik masa itu digunakan untuk beribadat di Tanah Suci.

Dalam posting nya itu Khir bercerita darihal peralihan kepimpinan dalam Umno.Beliau menuntut perubahan dalam partinya bagi memenuhi kehendak yang disuarakan rakyat dalam PRU ke 12 lalu. Saya tertarik apabila Khir menulis:

Hari ini saya di sini lagi (Makkah) dengan keyakinan yang sama memohon doa, bermunajat kepada Allah, moga Allah selamatkan negara kita dari pemimpin yang tidak bertanggungjawab.

Bagaimanakah kita mengenali "pemimpin yang tidak bertanggungjwab" yang beliau maksudkan itu? Mungkin dalam kes beliau, Khir merujuk kepada Dollah, siapa dalam Umno yang tidak menyalahkan Dollah hari ini kecuali mereka yang baru dapat tempat dalam kabinet atas ikhsan Dollah seperti mat Taib, Shahrir Samad dan Zaid Ibrahim.

Tetapi mungkinkah di Selangor juga hadir "pemimpin yang tidak bertanggungjawab" itu?

Kepimpinan Dollah memang diakui kini bermasalah, bagaimana pula dengan Khir?
Siang tadi Edward Rajendra melaporkan dalam mstar.com, kenyataan EXCO Kerajaan Tempatan, Kajioan dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu berkenaan peruntukkan tahunan wakil-wakil rakyat kerajaan lalu bagi tahun 2008. Menurut Ronnie kerajaan Selangor (bawah Khir) yang lepas telah meluluskan RM500,000 peruntukkan pembangunan kecil setiap seorang ADUN BN untuk digunakan di kawasan masing-masing bagi tujuan kerja-kerja peneylenggaraan dan projek-projek kecil sepanjang tahun 2008.

Ketika itu BN mempunyai 54 orang ADUN, bermakan kerajaan negeri telah memperuntukkan sejumlah RM27 juta bagi tujuan ini.

Apa yang memeranjatkan adalah apabila kerajaan negeri Pakatan Rakyat mendapati bahawa dalam tempoh 50 hari, kesemua RM500,000 bagi tiap-tiap ADUN ataupun keseluruhan RM27 juta itu telah habis digunakan oleh ADUN-ADUN BN (termasuklah ADUN Sg. Panjang - Khir Toyo)!

Kini kerajaan negeri terpaksa memohon kelulusan baru bagi ADUN-ADUN Paatan Rakyat yang menang dalam PRU 8 Mac lalu. Menurut Ronnie, MB Selangor telah mengarahkan agar surat-surat dihantar kepada semua ADUN-ADUN BN berkenaan (ketika itu) untuk menjelaskan kemana dibelanjakan duit peruntukkan itu kerana rupa-rupanya ia dibelanjakan tanpa rekod yang tersusun.

Mungkin inilah juga "pemimpin yang tidak bertanggungjwab" yang dimaksudkan Khir agar Allah lindungi kta semua dari mereka. Nampaknya dari hari ke hari segala-galanya lucut dan terbongkar sehingga dapat dilihat oleh mata kepala rakyat sendiri. Makin penatlah Khir dan rakan-rakan terpaksa bersilat dalam sidang DUN Selangor tidak lama lagi, dan makin ketaralah kepada rakyat siapa pemimpin yang bertanggungjawab dan siapa yang tidak.

12 comments:

Anonymous said...

setiap kesilapan yang lalu tu harap mohon ampun dengan tuhan mu, wahai KHAIR BIN TOYO.
balik dari mekah nanti ubah perangai dan tutur kata. segala duit dari sumber haram tu pulangkan kepada yang berhak nanti Allah ampunkan dosa, mudah-mudahan semua baik nanti, ok.

Anonymous said...

khir toyo! ko ada duit lek pi umrah kek mekah tu! nie mana dapet duit nie khir?

ko kata pemimpin tak bertanggungjawab..agak-agak ko sapa hah?

ko sendili cakap, ko sendili jawab ler...ko pun 2 x 5 dah! Ptuiii!

mn said...

Bang Roslan,

1. Nak tanya sikit boleh ka..

2. Nape tranungkite.net 'ban' kan saya?

3. Terima kasih bang.

http://www.penyokong-kj.blogspot.com

selangorian said...

Bro,

nak tulis pun bagilah ada logik sikit. Semua perbelanjaan duit peruntukan tu menerusi pejabat daerah bukan dapat cash. Panggil pejabat daerah tanya sajalah.

Apalah Setiausaha Akhbar Presiden pun tak paham prosedur.

Anonymous said...

Salam...
Semoga Allah buka hati Khir Toyo di Tanah suci...
Biasanya Makah boleh jadi tempat titik tolak perubahan seseorang, kalau betul dia ikhlas, harapnya sedarlah lah dia atas segala kesilapan lampau. Kalau tak berubah jugak, Wallhu 'alam....

Anonymous said...

su-kj...

kalau buang 'kj' tu baru depa unban hang kot...

Anonymous said...

Pemimpin rasuah & salahguna kuasa menasihati ahli²nya yg d rasuah agar jgn pentingkan kekayaan diri??.. Umno Selangor akan terus hancur d bawah Mat Taib. Umno hanya akan d terima sekiranya berani bertarung sebagai anak jantan. Masa utk membuli & menipu rakyat dah tamat.

Anonymous said...

Assalamualaikum Bro,

Ana rasalah,Khir ni antara orang yang sangat mustajab doanya.Pasal apa ana cakap gitu,pasalnya belumpun dia pergi Mekah untuk berdoa supaya negara/negeri diselamatkan dari pemimpin yang tidak bertanggungjawab doa dia dah dimakbulkan pagi 9hb Mac hari tu....

Ish,ish,ish hebat sungguh si Khir ni.Ana yakin kalau kita tanya macam mana doa dia begitu makbul,belum angkat tangan dah jadi, pasti dia jawab in semua pasal makan tempelah....

Unknown said...

ini yg aku geram sangat kat puak gila ni, perabih duit suka hati macam duit negara ni duit mak bapak depa. lepas tu memohon keredhaan Allah. Amboi! perangai lebih dari setan pun buat muka tak malu dengan Tuhan..., .....
itu tak temasuk cerita babi spt yg terdedah oleh blog ini semalam. Protes ternakan babi konon, rupa-rupa kroni dia yg nak kaut untung dari industri babi. Dengan babi pun nak berniaga ka saudara khir toyo?

Anonymous said...

Assalamualaikum/ Salam Sejahtera

Semoga Allah membuka hati Dr Khir untuk menerima positif realiti perkembangan politik di Tanah air selepas PRU 12.

Harapan saya agar Dr Khir dapat menerima hakikat bahawa beliau sudah tidak memegang tampuk kuasa kerajaan Selangor.

Dulu sewaktu menjadi MB Selangor, setiap kali berangkat/pulang dari luarnegeri bolehkata ramai menunggunya di KLIA. Bayangkan laluan Domestik yang luas di KLIA susah untuk pengguna2 lain berjalan kaki kerana terpaksa memberi laluan kepada rombongan dan penyokong2 Dr Khir.Samada niat mereka2 membuntuti Dr Khir ini ikhlas atau tidak kena tanya empunya badan.

Selepas ini Dr Khir dapat biasa2 kan diri untuk ke luar negeri melalui KLIA tanpa disertai oleh ramai penyokong2. Pesanan ini juga kepada bakal bekas PM dan ahli keluarganya yang akan melepaskan jawatannya melalui peralihan kepimpinan, bekas MB Perlis, Trenganu , Kedah dan mana2 bekas Menteri yang kalah atau digugurkan dari jemaah Kabinet.

Anonymous said...

Selangorian,

Panggil Pejabat Tanah pun tak selesai, tanya YB masa BN la baru dia ulas berjela-jela. Pejabat tanah hanya pelaksana saja. Bila YAB dan YB tenyeh memo kira lulus laa guna duit kerajaan, sebab telah diluluskan oleh Sidang DUN Selangor.

Yang menghairankan empunya blog ialah duit sebanyak itu hanya digunakan dalam masa beberapa hari hanya semata-mata untuk projek pilihanraya, buka untuk setahun.

Anonymous said...

i just wonder....why "peruntukan untuk adun2 BN"...yang lain tak dapat ker???

if that happen to BN govt might be acceptable...but then ROSLAN said the new govt kena mintak peruntukan baru untuk ADUN2 PR??? untuk adun Umno yg skrg tak dapat pulak ker???

my opinion, kalau PR adil just give to all aDUN untuk majukan kawasan masing2...baru rakyat suka...

jangan jadi macam kerajaan lepas....