Monday, April 21, 2008

Khir penyumbang kekalahan BN

Presiden MIC yang kecundang di kerusi tradisinya di parlimen Sg Siput khabarnya telah menuding jari ke arah bekas MB Selangor, Khir Toyo sebagai salah satu punca kekalahan besar BN dalam PRU lalu. Beliau marah mengapa Khir kini beria-ia mahukan PM Dollah Badawi meletakkan jawatan dan memikul tanggungjawab sedangkan menurut beliau Khir sendiri lebih merupakan liabiliti yang mengakibatkan kekalahan BN itu.

Kata Samy tindakan Khir mengizinkan pihak penguatkuasa PBT merobohkan kuil di Padang Jawa, beberapa hari sebelum Deepavali tahun lepas, merupakan penyumbang utama kebencian masyarakat India terhadap BN. Kata Samy beliau telah merayu kepada Khir di hadapan Dollah pada hari berkenaan namun Khir enggan melayan dan akibatnya masyarakat India beragama Hindu menaruh benci pada BN.

Khir sebenarnya mengakibatkan rakyat marah kepada BN bukan hanya kerana peristiwa perobohan kuil ini, banyak faktor lain hasil dari karenah Khir yang menyumbang kepada kemerosotan sokongan rakyat terhadap BN. Peristiwa menghadiahkan YDP Majlis Daerah Hulu Selangor dengan penyapu merupakan kemuncak peghinaan seorang MB terhadap kakitangannya sendiri.

Begitu juga tindakan anak-anak buahnya yang longgar moral dan rasuah serta salah guna kuasa, semuanya menyumbang kepada keruntuhan keyakinan rakyat kepada BN.

Memang Khir adalah "malapetaka" besar kepada BN, tetapi apa kurangnya Samy sendiri, apa kurangnya Dollah sendiri, semua masing-masing menanggung saham, cuma sekarang BN sedang melalui episod tuding-menuding jari, siapa yang tahan bagaikan sabut akan timbul siapa yang tidak akan tenggelam bagaikan batu, entah sampai bila agaknya ia akan reda.

7 comments:

Harris said...

Samy kata Khir Toyo punca BN merosot teruk dalam PEMILU 12 . Khir kata Pak Lah dan Khairi jadi punca . Khairi kata keris punca BN tidak dapat majoriti 2/3 . Pak Lah kata ahli-ahli UMNO yang sabotaj menyebabkan undi UMNO merosot . Mat Taib kata punca BN hampir kalah sebab pemimpin-pemimpin UMNO macam Zam bukan sahaja sombong tapi pandang rendah kepada media alternatif . Sabery Chik kata sebab para bloggers.

Itu belum lagi alasan-alasan dari Rafidah , Ali Rustam , Najib .... la panjangnya senarai .

Letting the time pass me by said...

Semua la ikut asbab penyumbang kemerosotan BN....

Manusia hanya merancang, Allah jua yang menentukan, dan Allah jua yang menentukan 3 negeri mendapat MB PAS, Kelantan, Kedah dan Perak..

Insyaallah kalau semua rakyat bersyukur dan menjaga amanah yang ade, rahmat Allah akan bertambah..

Tapi saya nampak ade faktor kesungguhan dikalangan YB-YB PAS, yang nampaknya begitu bersemangat nak tolong orang....

Cuma jangan terjebak dalam mainan politik orang.. Insyaallah kalau ikhlas dan jujur pasti akan sampai rahmat Allah...

Anonymous said...

Assalamualaikum/ Salam Sejahtera

Saya tidak berminat nak memperkatakan kemelut Samy Vellu dan Khir Toyo. Apa yang disentuh ialah ketua mereka, Pak Lah.

Sepertimana yang kita tau, PRU 12 sudah lebih sebulan berlalu. Apa yang saya tertanya2 sampai sekarang, kenapakah Pak Lah tidak ke luar negeri atas urusan rasmi kerajaan atau bercuti bersama keluarga. Takkan dalam tempoh selepas pilihanraya tidak ada sebarang mesyuarat, forum yang mengumpulkan Ketua2 pemimpin setiap negara yang memerlukan kehadiran Pak Lah sebagai PM Malaysia.

Berkat kemenangan selesa pada PRU 11 sehinggalah sebelum pembubaran Parlimen, Pak Lah amat kerap ke luarnegeri atas pelbagai urusan samada rasmi atau tidak rasmi. Rakyat Johor yang kuat ketaatannya kepada UMNO pasti terguris di saat menderita negeri Johor dilanda banjir 2 kali, Pak Lah masih sempat berada di Australia hanya sekadar untuk merasmikan restoran masakan Melayu milik saudaranya. Di saat rakyat berduka menangisi nestapa alam, Pak Lah masih sempat bercuti di atas kapal bot mewah bersama tokoh sukan permotoran F I, yang rahsia percutian ini didedahkan oleh tokoh F I ini.

Begitu juga sewaktu tragedi helikopter NURI terhempas di Genting Sempah sehingga mengorbankan kesemua anggota TUDM, Pak Lah berbulan madu di luar negeri. Memang tragedi kemalangan ini tidak dapat dielakkan. Cuma rakyat tersentuh hati dengan keprihatinan YDPA dan Sultan Pahang mencemar duli melawat ahli keluarga anggota TUDM yang terkorban ini.

Pak Lah akan sentiasa dikenang oleh rakyat Malaysia sebagai PM yang terlemah. Ucapan2 beliau amat membosankan walau ia boleh diterjemahkan kepada hasil kerja yang mengkagumkan.Beliau tidak sensitif, lambat bertindak dan tidak peka dalam menangani sesuatu isu samada dalam negeri mahu pun luar negeri.

Anonymous said...

salam saudara roslan

nampaknya saudara masih tak abis2 lagi menghentam mereka yg kalah ni.. biarlah puak2 UMNO/BN saja yg begitu saudara tak perlu terikut2.

PAS dan rakan2 lain dah membentuk kerajaan di beberapa negeri... maka saya rasa saudara juga perlu berubah.. bukan hanya menghentam saja.
atau sebenarnya saudara kecewa BN tewas? saya rasa tidak.

bagi saya pemastautin di selangor, yg salah tetap salah.. yg betol tetap betol walau siapa pon di belakang. jika pembinaan kuil di tanah milik org maka ia tetap salah, samada ia kuil, surau, tokong ataupon hospital ia tetap salah. lagipon jika kita selidik jumlah kuil dan penduduk hindu di selangor tidak seimbang. bukan saya bersikap "racist", yg penting betol atau salah, jika dibuat dgn betol di tanah yg dibenarkan seperti mungkin di puchong.. buatlah..itu hak mereka.

soal penyapu.. saya sendiri menyokong. jika pelbagai cara lain telah digunakan gagal. lagipon bukankah itu persetujuan mereka semua.. mereka sendiri telah bersetuju maka terimalah... takkan nak jadi hipokrit.. dan kita plak menyokong mereka? patutnya anugerah penyapu bukan untuk kutipan cukai sahaja.. malah lebih luas lagi.

marilah kita memandang ke hadapan kerana pelbagai bencana yg sedang menanti kenaikan harga minyak global, kenaikan kos makanan global dan macam2 lagi. biarlah puak2 yg kalah terus berpolitik dlm dunia mereka..

pasbangi3 said...

itulah sebabnya PAS kena cepat .. gunakan ruang dan peluang yang ada, untuk tambah keahlian, giatkan program kemasyarakatan etc.. jangan leka dengan menonton opera umno-bn hingga lupa banyak kerja yang perlu dibuat.

Anonymous said...

Ingat akan isu hangat Padang UKRC di Hulu Kelang pada tahun 2003, yang Khir Toyo amat terdesak untuk meghapuskan Padang UKRC demi projek Kondominium tanpa ambilkira perasaan dan sumbangan penduduk Hulu Kelang terhadap kelab UKRC.
Kini Hulu Kelang dibawah ADUN PAS dan Parlimen PKR.
Hadiah pengundi kepada Khir.

Anonymous said...

aku apa peduli ngan korang semua! lantak kolah..Ko nak tergolek ke meno..ko punya pasai lah! dah lama aku tak sokong ko dah! Sejak 1989 dah!

Bila mau kubur pun tak tahu laih lah!