Friday, April 11, 2008

Dollah meniti di dahan rapuh

Jika beberapa bulan dahulu beliaulah merupakan Perdana Menteri dan Presiden Umno yang paling tersohor. Cemerlang, gemilang dan terbilang, itulah cogankatanya yang dilaung dan dijerit-jerit kemana sahaja beliau pergi. Beliaulah "Mr Clean", cucu ulamak, pemimpin paling berwibawa, diplomat politik yang paling berjaya.

Tetapi seakan kita tidak percaya apabila membaca akhbar saluran perdana (bukannya Harakah atau Sinar atau Siasah) hari ini, walaupun ada yang malu-malu, segan-segan mahu melaporkan. Menurut ceritanya semasa Jawatankuasa Pengurusan Umno yang diketuai Najib Tun Razak melawat Umno Kedah dan Pulau Pinang, mereka berhadapan dengan wakil-wakil akar-umbi Umno yang seakan kecewa dan hilang keyakinan kepada Dollah selaku ketua nombor satu parti.
Samada Najib dan rombongannya bersedia atau tidak atau memang terlibat dalam merancangnya, apa pun ternyata suara Umno diakar umbi memberi isyarat yang tidak baik pada Dollah.

Di Kedah, para perwakilan yang hadir menyatakan bahawa kepimpinan tertinggi parti perlu dirobah demi menyelamatkan Umno. Malah ada yang menamakan Najib dan Muhyuddin sebagai Presiden dan Timbalan Presiden Umno yang baru. Seorang perwakilan dilaporkan oleh

The Star sebagai berkata:

Umno is running out of time and change is needed soon

Umno semakin kehilangan masa, suatu perubahan sangat diperlukan

Di Pulau Pinang pula 13 bahagian Umno menyatakan yang punca utama kekelahan BN dan Umno di negeri mereka adalah kerana pimpinan Umno sudah tidak ada lagi jaringan dengan mereka yang di akar-umbi. Umno menurut mereka perlukan suntikan dari kepimpinan yang baru. Yang pastinya kepimpinan baru yang dimaksudkan adalah tanpa Dollah. Bayangkan Umno negeri beliau sendiri berpandangan demikian!

Sementara itu Joceline Tan dalam artikelnya di The Star melaporkan pula darihal gerakan yang sedang berlaku dalam Umno Johor. Juga ianya nampak macam tidak menguntungkan Dollah. sebelum ini beberapa bahagian di Wilayah Persekutuan juga difahamkan tidak lagi mahu berketuakan beliau.

Apa yang dialami oleh Dollah kini samalah dengan apa yang dialami Tunku pasca Pilihanraya Umum 1969. Tunku di "boo" dalam Perhimpunan Umno, tertekan sehingga akhirnya melepaskan jawatan. Apakah Dollah mahu menunggu situasi yang sama? Kalau kita perhatikan sejarah Umno, mana-mana pemimpinnya yang sudah tidak diperlukan semuanya akan menerima nasib yang sama. Hilang sahaja taring dan kuasa, maka jadilah ia laksana sampah boleh disepak dan diterajang ke mana-mana.

Kalau begitu mana-mana saki-baki yang tinggal yang mahukan perubahan, elok-eloklah tinjau-tinjau dan tenung-tenung di sebelah sini. Lebih baik berada bersama PAS yang walaupun tidak secemerlang, segemilang dan seterbilang Umno, namun menghormati semua pemimpinnya, samada yang masih berkuasa ataupun yang telah bersara. Budaya berbeza melahirkan amalan yang berbeza. Kita sama-sama Melayu/Islam, tetapi lihatlah dari sudut amalan, mana yang baik terima yang keruh kita buang. Fikir-fikirkanlah.

3 comments:

Anonymous said...

dolah merupakan manusia berbangsa melayu yang melibatkan diri dalam politik dan paling gagal dalam sejarahnya.dolah akan dimasukkan di dalam sejarah Malaysia dan Asia iaitu manusia berketurunan melayu yang paling gagal dalam bidang politik.kegagalan dolah itu telah dibantu oleh kader umno yang bergelar sang kelembai.
apabila dolah telah turun dari takhta nanti dolah boleh berehat atas kapal layarnya dan mengelilingi pulau terbesar dan benua terkecil di dunia,dolah boleh bawa bersama sang kelembai.
dolah juga boleh menjemput heroin james bond tanpa kehadiran lakinya itu yang ada ujung-ujung toott toott itu.dolah boleh beri kesempatan kepada sang kelembai untuk mentoott heroin james bond.

Anonymous said...

aku rasa elok la dolah nih join parti tupperware pulak,sng tadak sapa nak kutuk dia dah..kita pun tak dosa dok nmpk jerk muka dia terasa nak menyumpah jerk..

Anonymous said...

beginikah seorang melayu islam bercakap terhadap parti lain yang di anggotai oleh orang melayu islam juga? cuba la doa kan yang terbaik untuk kebaikan kita dan zuriat kita. tengok mca beri cadangan untuk isytihar islam. dap sokong, tak de orang cina lain yang perli. tapi kita? kalau umno tak betul cubalah nasihatkan secara baik. itu kan lebih baik.