Tuesday, April 29, 2008

Cadangan PM akhirnya ditolak

Pada 11 April lalu saya menulis:

Kata Dollah tujuan pemakluman tadi adalah untuk mengelakkan sebarang konflik dikemudian hari samada dalam hal penjagaan anak-anak mahupun bila berlaku kematian. Oleh itu jika atas asas itu maka pemakluman perlu, maka elok sangatlah ianya dilakukan hanya setelah sipolan memeluk Islam, dan berada di bawah pengawasan pihak berkuasa agama.Masyarakat akan selamat dan Islam juga terpelihara.

Ianya reaksi saya terhadap cadangan yang dibangkitkan oleh PM Dollah Badawi pada 10 April lalu selepas mempengerusikan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam apabila Dollah mencadangkan memperkenalkan peraturan baru dimana bagi sesiapa yang mahu memeluk Islam perlulah mempunyai bukti bahawa keluarganya yang bukan Islam telah dimaklumkan terlebih dahulu.

Cadangan Dollah itu ternyata tidak disenangi oleh ramai masyarakat Islam. Syukurlah semalam Persidangan Penyelarasan Undang-undang Syarak/Sivil ke 18 telah sebulat suara menyatakan melalui kenyataan Ketua Pengarah JAKIM bahawa TIDAK PERLU bagi seseorang yang ingin memeluk Islam memaklumkan hasratnya itu kepada keluarga terlebih dahulu.

Menurut Ketua Pengarah JAKIM persidangan tersebut memutuskan TIDAK ADA NAS mensyaratkan supaya pemakluman kepada keluarga dibuat sebelum seseorang memeluk Islam. Malah mereka turut memutuskan bahawa peruntukkan undang-undang sedia ada mengenai kemasukan Islam serta perkara berkaitannya sudah mencukupi dan perlu diteruskan.

Syabas pihak-pihak berkenaan kerana dapat membimbing PM agar tidak tersasar dan lari dari landasan Islam yang sebenar, mudah-mudahan ianya akan menginsafkan PM agar tidak memperkenalkan peraturan dan syarat yang nanti merugikan agama yang tercinta ini.

7 comments:

Anonymous said...

Jarang2 berlaku dalam sesebuah negara, cadangan PM ditolak bulat2.

Anonymous said...

Ermmm nampaknya, ramai yg mula berani utk mengatakan TIDAK pada padangan/cadangan PM.Hehehe. Zaman TUN dulu,siapa yg menentang alamatnya...........(sendiri mau ingat ler..)

Anonymous said...

Nampaknye Pak Lah lebih demokratik drpda Tun? Tidaklah plak dia lancar Operasi Babi utk meng ISAkan penetang macam Tun ngan operasi lalang yg sangat bertepatan 'lalang'

sekeh sket...

nasru said...

terpaksa tolak atas arahan paklah juga sebab bini dia dulu masuk islam tak bagitahu mak bapak dia juga.

Anonymous said...

hahah! sudah jatuh satu tulur untuk piem mesia! Memang tak pernah aku dengar or ada nas yang menyatakan demikian. Mungkin piem mesia yang terkenal kerana ia adalah IMAM BESAR HAD HARI nak buek kot?

Anonymous said...

Saya tak sokong projek babi berskala besar di Malaysia, malah saya sokong ikut model S'pore - import sjalah kalau nak makan sangat. Alahai epal, anggur semua boleh diimport, takkan babi tak boleh kut? Lembu kat M'sia pun mai dari A'lia, India; malah ikut mamak kat Jalan Raja Laut, dah/ nak import dari China pulak :)

Yg nak kaut untung dari niaga babi tu, sedarlah diri sikit...sebelum sibuk nak kaut untung sukat dulu pencemaran yg telah dan akan di buat keatas bekalan air dan sungai2 kita. Nak samak air dekat WTP ke? Tolong Jakim dll bincangkan.

Tp tentang kenyataan KP Jakim dan persidangan pasal nak masuk Islam, saya sokong 110%. Dunia hari ini semua nak mudah, nak fcilitate pelabur dsbnya. Kalau dah ngaku negara Islam atau agama resmi gama Islam, janganlah nak nyusahkan pulak Pak Lah oiiii...

Anonymous said...

Assalamualikum WBH..

Bertindak dengan gelabah, tanpa memikirkan sebab dan akibat..menggadaikan maruah bangsa,dah hunus dan cium keris mintak maap..malunya saya sebagai anak melayu..sebab pemimpin yang macam ni..tolonglah DSAI segerakan peralihan..