Babi oh babi
Tersohor betul kes babi ini setelah dibangkitkan oleh Umno Selangor dan Ketua Pembangkang Khir Toyo. Tadi dalam DUN Kelantan pun, Ketua Pembangkang di sana turut menyentuh isu babi ini.
Sebelum kita MEMBABI BUTA, eloklah kita siasat dan selidik faktanya terlebih dahulu. Kerana saya melihat pihak Umno Selangor bermati-matian mahu memainkan isu ini seolah tangan mereka suci bersih dari sebarang kekotoran.
Hari ini dalam akhbar THE SUN Ketua Unit Penternakan Babi dari Persatuan Penternak Selangor, Sim Ah Hock menyatakan, sepatutnya tidak perlu lagi diheboh-hebohkan isu ini kerana projek ladang ternakana moden yang mahu dilaksanakan ini pada asalnya dilulus dan dipersetujui olek kerajaan BN negeri dahulu.
Beliau berkata:
After the trip to Germany organaised by the former state government to visit the modern pig farms there last year, I was assured by former state exco member Datuk Chng Toh Eng that the project will be carried out and that the village head (Tarmudi) of Kampung Ladang Tumbuk, who also went on the trip with me, has agreed that the project was a good one and it should be done.
Selepas lawatan ke Jerman bagi mengunjungi ladang-ladang ternak babi moden yang dianjurkan oleh kerjaaan negeri lalu , saya diberi jaminan oleh bekas exco Datuk Chng Toh Eng bahawa projek tersebut akan dilaksanakan dan Ketua Kampung Ladang Tumbuk (Tarmudi) yang turut bersama saya pergi (ke Jerman) juuga bersetuju bahawa projek ini bagus dan perlu dilaksanakan.
Kerana itu kata Sim beliau tidak faham mengapa sekarang tiba-tiba pihak-pihak yang sama menentangnya pula. Dan yang paling menarik bagi saya mengenai kenyataan Sim ini apabila beliau menyatakan satu sebab yang mungkin mendorong pihak-pihak inis ekarang menentang projek ini adalah kerana sekarang mereka tidak akan dapat MENGAUT KEUNTUNGAN dari projek berkenaan!
Rupa-rupanya masing-masing nak kaut untung. Takkanlah Ketua Kampung, ADUN dan bekas MB nak untung dari projek babi? Makin dedah makin mengaibkan nampaknya, membabilah lagi!
8 comments:
Asalamualaikum, Bro. Roslan,
Sehingga hari ini, saya masih tak faham tindakan yang dilakukan oleh puak AMNU ini? Adakah depa tu nak "Buka Pekung Kat Dada depa" kot? Atau ibarat "Ludah ke langit akhirnya jatuh ke muka sendiri".
Memang benar dari dahulu hingga sekarang, puak munafikun tidak akan serik-serik mempermainkan Islam kita. Tak kiralah depa tu bertopengkan agama lain atau bertopengkan agama Islam. Bagi depa, tindakan menghalalkan cara itulah matlamat hidup depa.
Nasihatkanlah Pak Lah sementara dia masih hidup walaupun dia difahamkan anak keturunan tokoh agama suatu masa dulu. Buang saja nama "Islam Hadhari" tu. "Bapa" dia tengah menangis teresak-esak menahan sakit dalam kubur melihat tindakan anak dia tu yang berkelulusan agama. Nasihatkanlah Pak Lah kalau kita masih menyayangi dia. Islam tu satu saja. Allah tu pun satu saja.
seperti juga petroleum, babi juga banyak produk sampingan yang boleh dipelbagaikan selain daripada dagingnye...
hish.. diorang(orang Melayu(Islam?) ni tak tahu hukum ke...
(Dulu aku ingatkan kedai'bak kut teh' itu kedai minum ait teh... patutlah banyak di dapati kedai-kedai ni...)
bro roslan, mintak komen sikit pasal kes karpal singh saman budak 18 tahun kat johor tu..makin nyanyuk la die ni..dekat parlimen tadi pun dok sibuk bab angkat tangan time sumpah. asyik melalut tak tentu pasal..
CENDRAWASIH said....
Brother Roslan, salam to you and praise be to ALLAH,the mightiest and the greatest...
I am not a politician and neither a supporter of any party.
My view on this "Babi issue" is stop the rot.Since you had mentioned for umpteen times that Khir Toyo was the culprit from day one..so beat it.
What I think the best thing to do is irrespective of how modern and sophisticated the system of rearing pigs..do you think honestly that Malaysia should have one.I am of the view that we should stop this rot..arguing and pointing fingers who the culprits were and so on are pointless at this stage.
I know you are one of the most influenced bloggers in the country and your writings are well read by your friends and your enemies.So I think you can start pushing the idea of closing this proposal of rearing pigs in Malaysia on a big scale.By Remembering a simple theory that other nations where their people who are mostly chinese(Hong Kong,Taiwan,Singapore and some parts of China),they do not rear pigs.So does it makes sense for a country in Malaysia where the population are mostly muslims TO rear pigs?
I think let's make a deal with Datuk Sri Rustam Ali that he closes his pig farms in Malacca and Tan Sri Khalid Ibrahim cancels this project in Sepang.
Please give a deep thought as we do not want to see pigs walking side by side with cows and goats in two to three years time.
By then it is too late..and don't forget we still have to eat the goats and cow's meat.
What are they thinking? Gain for the pigs? That's interesting.
Salam brader roslan.
saya adalah salah seorang penduduk sepang,yang secara tidak langsung
mengalami kesan dari isu ini.cuba dengar isi hati kami yang terlibat dlm isu ini.Memang benar penternakan ini sudah lama dijlnkan.kami pernah membantah melalui tv3 beberapa tahun lalu.Bukan hanya baru2 ini seperti kata sesetengah orang.memorandum pun pernah diberi semasa kerajaan BN sebanyak 2 kali.kepada kerajaan sekarang sekali seperti yg semua maklum.Langkah2 kerajaan bn dlm mengatasi masalah ini telah membawa pertemuan DSKT dengan penternak utk memujuk penternak utk mengubah kepada industri lain.Bagaimana usaha memujuk mereka gagal.Kerajaan bn juga melalui wakil rakyat nya menemui penduduk kampung melayu memujuk utk menerima konsep penternakan babi moden.Memang benar wakil penduduk telah dibawa keluar negara utk melihat sendiri konsep penternakan moden.Bagaimana pun wakil penduduk masih tidak bersetuju jika projek itu mahu diteruskan di situ.Apa kah kredibiliti wakil penduduk ini perlu diragui.dengan hanya melawat utk membuat pertimbangan maka orang ramai menafsirkan bahawa beliau setuju supaya projek itu diteruskan dikampungnya.Jawapannya tidak.Selepas dari itu, kerajaan BN pada masa itu pada dasarnya bersetuju supaya penternakan secara moden ini perlu di usahakan,tapi dengan skala kecil,tanpa menetapkan lagi kos dan tempat yg sesuai.Malangnya selepas krajaan pakatan memerintah,projek ini telah diteruskan tanpa mengambilkira perasaan penduduk yang terlibat.Kita tak boleh menyalahkan penduduk melayu di situ kerana mereka berhak utk hidup dalam persekitaran yang lebih bersih seperti orang lain di tanah tumpah darah mereka.Sebagaimana kita lihat beberapa minggu lepas bagaimana penduduk cina disebuah kampung di johor membantah kelulusan tanah perkuburan di buat sebelah kampung mereka,atas alasan
malu dengan ejekan orang luar,masalah pencemaran dan kepercayaan ,begitu jugalah perasaan penduduk yang terlibat dalam isu kandang babi ini.Malangnya kerajaan PAKATAN RAKYAT yang menuduh kerajan BN zalim, sebelum ini dengan ANGKUHNYA meluluskan projek ini yg pada mulanya dianggarkan 100juta kemudian meningkat kepada 485juta TANPA bebincang dengan penduduk kampung ini.Ini yg menjadi kekesalan kami seolah olah kami ini melukut ditepi gantang.Inilah kerajaan yg sebenar benarnya berpakat dengan pihak yg berkepentingan yg boleh mengeluarkan modal 485juta dan kami merintih di bumi sendiri.
Timbul persoalan dalam diri kami apakah kesanggupan sang pengusaha mengeluarkan kos yg begitu besar tanpa mendapat keuntungan yang pasti jauh lebih besar.Adakah kita perlu menghilangkan kekhuatiran kita bahawa projek ini hanya utk kegunaan domestik tanpa tujuan dieksport utk menegembalikan modal dan keuntungan pelaburnya.Sedangkan kebelakangan ini ada tersiar di akhbar tentang
pasaran babi di malaysia menawarkan kos yg lebih kompetitif berbanding negara bukan islam lain.Ini boleh menimbulkan implikasi negatif terhadap negara kita yang sebelum ini berstatus negara islam.Adakah pimpinan PAS yang sebelum ini mengelarkan negeri selangor dengan gelaran negeri selangor darul khinzir ingin meng upgradekan Malaysia sebagi Darul khinzir juga.Inilah sikap PKR DAP PAS bila berkuasa.Menyatakan kelulusan di buat oleh kerajaaan terdahulu untuk melepaskan cemuhan.Tetapi mengambil pujian seolah olah merekalah yang menjalankan usaha pemodenan BABIIIII.....selama ini.(take for granted).Harapan rakyat untuk menikmati manifesto sebelum pilihanraya semakin kaburrrrr...Atas desakan DAP maka PKR dan PAS angguk tanpa ada tanya nya sebagaimana patuh mereka kepada TUHAN....Apatah lagi mereka mengetahui parlimen Sepang adalah solid menyokong BN.Dendam telah berbalass......
Turunlah dengan maruah berbincang dengan penduduk.Jangan sorokkan dirimu tersipu sipu malu serti babi yang tak tahu malu.Kalau sebelum ni rimba jaya boleh di tempuhi,turunkan SIVAJI DA BOSS mu ke sepang sini...........
sdr
Dalam isu babi ini , saya mohon pemimpin UMNO lebih rasional dan bijak, jangan nak jadi jaguh atau pembela dalam isu ini.Isu babi adalah penyakit dan warisan yang ditinggalkan oleh UMNO. kenapa tak selesai dulu-dulu.berhentilah UMNO dari melalut sedarlah rakyat dan terbuka dan bijak. ni UMNI bila lagi
sekian
lah biar le, khir tuyu puyu dan bini dia melalak dan membabi buta!
biar ler, olang baru balik umrah dah..mestilah ada sikit baik!
tapi seblum itu ada torok jugak! Dia ndak jadi baik konon! Piiirah!
Pi tanya tarmudi tempe tu brp banyak syer tahi babi yang dia dapet or tanyo bini ko tuyu puyu...berapa banyak diut abis shoping sakan masa balkis buek kek overseas! Itu laih baik dah tuyu puyu!
Post a Comment