Tuesday, October 02, 2007

Tuhan hanya ada di masjid, surau dan mahkamah syariah?

Baru-baru ini kita melihat perlantikkan Abdullah Gul sebagai Presiden Turki telah mencetuskan kontroversi apabila isterinya menjadi isteri Presiden yang pertama memakai pakaian menutup aurat di dalam negara Turki Moden. Di Turki terdapat peraturan yang mengharamkan pemakaian sebegini termasuklah di IPTA, majlis rasmi kerajaan dan malah istana Presiden walaupun majoriti rakyatnya beragama Islam.

Di Malaysia tidak ada larangan sedemikian. Wanita Malaysia yang beragama Islam bebas (mengikut undang-undang negara) samada mahu menutup aurat atau tidak dikhalayak ramai. Jika di Turki atas nama kesedaran Islam ramai wanita di sana kini mahu kembali mematuhi peraturan Islam, ekoran contoh yang ditunjuk oleh isteri-isteri pemimpinnya yang baru, di Malaysia kecuali Permaisuri Agong, tidak ada isteri pemimpin tertinggi
negara yang beragama Islam yang menutup aurat!

Cuma yang ada adalah peraturan atau amalan bahawa jika berada di Dewan Masjid atau surau maka barulah dikira wajib untuk wanita Malaysia menutup auratnya. Tidak ada pula yang berada di tempat-tempat ini memilih untuk berpakaian mengikut selera mereka, kenapa tidak kalau di luar tidak tutup aurat maka ketika mengadap Tuhan semasa solat pun tak perlulah tutup aurat?! Mungkin Tuhan bagi mereka hanya melihat di masjid dan surau-surau sahaja, entahlah.


Apabila saya melihat gambar seorang aktres melangkah keluar dari Mahkamah Syariah Kuala Lumpur yang disiar dalam kebanyakkan akhbar tempatan hari ini, baru saya teringat, rupanya ada satu lagi tempat di Malaysia yang di situ ada Tuhan iaitu di dalam mahkamah syariah. Di luar tidak ada. (Harap tidak kuranglah pahala puasa kita hari ini). Mudah-mudahan Allah swt memberikan hidayah kepada kita semua dalam bulan Nya ini.

No comments: