Lawatan ADUN BN ke Negeri Cina ditanggung BN Negeri
Ahli Dewan Undangan Negeri DAP kawasan Sg Pinang, Sdr Teng Chang Khim (yang telah digantung keahliannya oleh DUN Selangor) baru-baru ini mendedahkan bahawa kesemua ADUN BN dari Selangor telah dan akan pergi bercuti secara rombongan ke Negeri Cina bersama isteri masing-masing selama 11 hari.
Rombongan pertama telah pun berlepas pada 21 Ogos dan 1 September lepas.
Menurut Teng beliau mendapat maklumat yang rombongan ini akan dibiayai oleh Pejabat Menteri Besar.
Ekoran pendedahan itu MB Selangor Khir Toyo telah bangkit melenting menuduh Teng sebagai seorang yang tidak profesional kerana menghebahkan sesuatu yang tidak tepat.
Menurt BERNAMA hari ini Khir dilaporkan berkata:
Kami tidak menggunakan wang kerajaan negeri. BN ada dananya sendiri. Teng tidak harus mencetuskan kekliruan kerana kerajaan Bn tidak akan menggunakan wang rakyat untuk kepentingannya.
Kagum dan malah seram-seram sejuk kita mendengar kenyataan Khir itu.
Masalahnya dalam akhbar NST Selasa lepas ketika kes ini didedahkan wartawan akhbar berkenaan V. Shankar telah menghubungi tiga orang ADUN BN negeri itu untuk mendapatkan maklumat tambahan. Menurut laporan dua daripada mereka menyatakan yang mereka akan membayar sendiri kosnya dan bukannya kerajaan negeri. Tetapi apabila ditanya berapakah kos yang perlu ditanggung, jawab mereka bilnya belum diterima lagi (mustahil seorang bertaraf ADUN tidak pasti kosnya terlebih dahulu).
Seorang daripada mereka mengatakan yang lawatan ini adalah percututian untuk ADUN BN manakala seorang lagi mengatakan ianya kunjungan sambil belajar.
Walaubagaimanapun seorang lagi ADUN yang ditanya mengatakan yang kos lawatan ditanggung oleh BN beliau hanya membayar RM1,500. Beliau bagaimanapun tidak pasti berapakah kos sebenar lawatan itu.
Berdasarkan kenyataan ketiga-tiga ADUN ini kelihatan mereka sendiri seakan terkapai-kapa tidak pasti dan cuba menyembunyikan perkara sebenar (mungkin atas arahan pihak atasan).
Jadi adakah wang kerajaan digunakan ataupun tidak? Saya yakin sebagai seorang peguam Sdr Teng telah memperolehi maklumat yang boleh dipercayai, jika tidak beliau tidak akan dedahkan perkara ini. Teng mencadangkan agar Ketua Odit Negara menubuhkan satu badan penyiasat khas bagi menyiasat semua lawatan-lawatan luar negara yang dianjurkan oleh kerajaan negeri dan PBT yang telah menggunakan dana negeri sejak 10 tahun kebelakangan ini.
Saya rasa bagi menjernihkan suasana mungkin Khir boleh membuktikan yang dakwaan Teng itu tidak berasa dengan menngemukakan inbois dan dokumen-dokumen yang menyokong yang menunjukkan semua kos perbelanjaan ditanggung oleh BN Selangor (yang dapat duitnya entah dari mana). OK tak Khir?
No comments:
Post a Comment