Ketua Pemuda GERAKAN Mah Siew Keong semasa menyampaikan ucapannya dalam Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda GERAKAN semalam telah mencadangkan agar semua parti komponan dalam Barisan Nasional bergabung menjadi satu parti tunggal demi menjamin perpaduan nasional.
Beliau menyebut bahawa cadangan inilah yang pernah dibawa oleh pegasas Umno, Dato Onn Jaafar satu ketika dahulu, sebelum negara Merdeka iaitu untuk Umno membuka keahliannya kepada semua kaum di Malaya ketika itu, iaitu pada tahun 1951. Walaubagaimanapun ketika itu rakyat belum lagi bersedia. Kebetulan semasa Mah menyampaikan ucapannya itu cucu Dato Onn iaitu Hishamuddin, hadir selaku ketua Pemuda Umno Malaysia.
Sambung Mah lagi sekiranya ini berlaku ke atas BN maka sudah pastilah segala bentuk politik perkauman dan syak wasangka politik dan perkauman akan dapat dihapuskan.
Masing-masing yang hadir malungkan slogan GERAKAN
"Satu Hati". Kalau boleh satu hati kenapa tak satu parti?
Kalau berlakulah cadangan Mah itu mungkin Presiden BN akan kekal ditangan Dollah Badawi, Timbalannya Najib, Naib-naib Presidennya Koh Tsu Koon, Ong Ka Ting dan Samy Vellu. Setiausaha Agung mungkin Kayveas, Ketua Penerangan Bernard Dompok dan Bendahari Taib Mahmud.
Mungkin Umno sudah boleh mula congak dan berfikir-fikir akan cadangan ini. Lagipun bukankah Umno yang mahukan pendekatan yang liberal dan holisitk maka cadangan Mah inilah yang terbaik bagi mereka.
Umno parti Melayu, MCA parti Cina (begitu juga GERAKAN yang 90 peratus ahlinya berbangsa Cina) dan MIC parti India. Kenapa tak bolehkah digabungkan keempat-empatnya termasuklah 10 parti lain yang kecil-kecil termasuklah yang berpusat di Sabah dan Sarawak. Begitu barulah benar-benar cemerlang, terbilang dan gemilang!
Jawatan Presiden dan Timbalan boleh dipegang oleh sesiapa pun, kalau rasa-rasa Dollah Badawi dah lemah, mungkin Pairin Kitingan boleh cabar Dollah untuk jawatan Presiden BN pula!
Kalau benar Umno mahukan konsep Malaysian Malaysia sebagaimana yang diperjuangkan oleh GERAKAN itu, mengapa tidak?

No comments:
Post a Comment