Inilah ISTANA Zakaria Md Deros
Saya tertarik dengan kenyataan suatu sumber dari Pejabat Badan Pencegah Rasuah BPR ketika mengulas kes siasatan seorang pegawai kanan polis yang dilaporkan telah mengumpul kekayaan sebanyak RM27juta. Menurut akhbar NST semalam, pegawai tersebut berkata:
We want to know if it is possible for a police officer to accumulate RM10 million based on his income and years of service.
Kami mahu tahu adakah mungkin seorang pegawai polis boleh menghimpun sehingga RM10juta berdasarkan pendapatan dan tempoh perkhidmatannya.
Kalau begitu cubalah anak-anak Selangor khasnya tidak kiralah yang pernah mengundi BN atau pembangkang (terutama pengundi di Pelabuhan Kelang) memikirkan apakah Zakaria Md Deros seorang Aahli Dewan Undangan Negeri boleh mengumpulkan harta sehingga mampu membina ISTANA yang penuh knotroversi ini yang dipercayai menelan belanja lebih RM10 juta.
Akhbar THE STAR Jumaat lepas melaporkan yang Zakaria dengan bangganya membuka istananya kepada orang-ramai termasuk para pemberita baru-baru ini.Menurut laporan ISTANA ini mempunyai 16 bili tidur dan 21 bilik air! Bilik tidur Zakaria menurut akhbar tersebut:
His master bedroom, which has a changing room and a jacuzzi, is bigger than a low cost house.
Bilik tidur utamanya, mempunyai bilik persalinan disamping jacuzzi, dan ianya lebih besar dari sebuah rumah kos rendah.Saya yang tidak ada kena mengena dengan Zakaria ini pun berasa begitu sedih dan malu melihatkan seorang pemimpin Melayu Islam boleh dengan bangga tanpa sedikit pun rasa bersalah atau peduli pada masyarakat, memperagakan ISTANA nya disaat ramai rakyat yang tidak memiliki rumah sendiri, ramai rakyat sedang mengeluh akan kenaikkan kos hidup yang membebankan. Tetapi Zakaria boleh dengan megah membuka pintu ISTAN nya untuk ditonton oleh masyarakat.
Inikah jenis pemimpin yang kita mahu untuk terus memimpin kita? Elok sangatlah menjelang tamat tempuh Parlimen dan DUN penggal ke 11 ini kita semua mengkaji dan memikirkan perkara ini. Zakaria satu contoh hidup seorang pemimpin, wakil rakyat Umno/BN. Kalau kita merasakan perkara ini sebagai biasa, tak mengapa, tidak menjejaskan maruah dan hidup kita teruskanlah memilih pemimpin yang seperti Zakaria ini, jiuka tidak bangun dan beranilah membuat perubahan apabila tiba masanya nanti
Here I freely share my thoughts. Likewise please feel free to comment or criticize.
Sunday, October 14, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment