Thursday, October 11, 2007

Jalur Gemilang megah di angkasa

Saya dan keluarga merupakan antara beribu yang menonton siaran langsung pelancaran kapal angkasa Soyuz TMA-11 dari Baikonour, Kazakhstan yang membawa apa yang dikatakan ANGKASAWAN negara yang pertama ke angkasa lepas iaitu Dr Sheikh Muszaphar Shukor.

Terpapar di badan kapal angkasa tersebut JALUR GEMILANG, sudah pasti membawa kebangaan ke hati semua rakyat Malaysia bahawa bendera negara melucnur ke angkasa dalam waktu negara-negara lain belum mampu atau belum memikirkan berbuat demikian. Kini kita berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain!






Dan sudah pastilah yang paling banyak mencuri publisiti semalam bukannya ANGKASAWAN negara tetapi Perdana Menteri dan Timbalannya sehingga kita hampir tidak dapat menyaksikan BLAST OFF tepat pada masanya kerana PM dan Timbalannya masih berceloteh diudara. Memandangkan mereka berdua pemimpin eksekutif terkanan negara, memang itulah kesempatan terbaik buat mereka. Walaupun saya yakin ramai yang tersenyum sinis ketika (Semasa siaran langsung itu) PM Dollah Badawi bertanya kepada bekas Astronaut Amerika yang turut berada di KLCC semalam Captain Robert Hoot Gibson, adakah para angkasawan dalam Soyuz TMA-11 itu akan terus berada dalam posisi kedudukan seperti itu berterusan.

(Saya yakin kanak-kanak sekolah yang berada di KLCC semalam pun tahu bahawa posisi itu sementara ketika lift off sahaja, dan sebaik stabil di angkasa mereka akan bertukar posisi dan malah menanggalkan pakaian BAJU ANGKASA (spacesuit) mereka itu. Mungkin kerana JJ berada di Baikonour, tidak ada orang yang memberi taklimat kepada Dollah, agaknya.)

Dua soalan yang bermain di kepala saya ketika menyaksikan persitiwa bersejarah ini adalah, pertama benarkah ANGKASAWAN Malaysia itu sekadar seorang SPACEFLIGHT PARTICIPANT (pelancong angkasa) atau benar-benar seorang ASTRONOUT atau COMSMONOUT (versi Amerika atau versi Rusia). Kedua berapakah kos sebenar yang kita tanggung untuk semua ini.

Isu bahawa ANGKASAWAN Malaysia sekadar seorang SPACEFLIGHT PARTICIPANT berbangkit apabila pada 23 Julai lalu agensi angkasa Amerika atau NASA menerbitkan kenyataan beserta gambar seperti berikut:





The Expedition 16 crew members pose for a portrait at the Johnson Space Center. From the left (front row) are Russia’s Federal Space Agency cosmonaut Yuri Malenchenko, flight engineer and Soyuz commander; astronaut Peggy Whitson, commander; and Malaysian spaceflight participant Sheikh Muszaphar Shukor. From the left (back row) are European Space Agency (ESA) astronaut Leopold Eyharts, astronaut Garrett Reisman and astronaut Dan Tani, all flight engineers

ANGKASAWAN kita dikenali sebagai SPACEFLIGHT PARTICIPANT sedangkan yang lain-lain disebut COSMONAUT atau ASTRONOUT.

Mungkin propoganda Amerika yang tidak mahu mengiktiraf pencapaian kita, mungkin? Tetapi yang pastinya ANGKSAWAN kita menjalani latihan selama 1 tahun manakala menurut takrif NASA syarat bagi seseorang untuk layak memohon menjadi seorang ASTRONAUT adalah:

Any adult man or woman in excellent physical condition who meets the basic qualifications can be selected to enter astronaut training. For mission specialists and pilot astronauts, the minimum requirements include a bachelors degree in engineering, science or mathematics from an accredited institution. Three years of related experience must follow the degree, and an advanced degree is desirable. Pilot astronauts must have at least 1,000 hours of experience in jet aircraft, and they need better vision than mission specialists. Competition is extremely keen, with an average of more than 4,000 applicants for about 20 openings every two years.
(diambil dari website NASA)

Mungkin sebagai sebuah negara kecil STANDARD untuk menjadi seorang ANGKASAWAN Malaysia lebih rendah, kerana itulah TPM secara berseloroh semalam mengatakan bahwa JJ (Jamaluddin Jarjis) adalah bakal calon ANGKASAWAN kita.

Tak mengapalah samada ASTRONOUT atau SPACEFLIGHT PARTICIPANT, janji Malaysia Boleh. Kerana itulah kalau kita lihat dua orang ANGKASAWAN bersama ANGKASAWAN kita iaitu Peggy Whitson dan Yuri Malechencko bukannya SPACEFLIGHT PARTICIPANT kerana mereka akan tinggal di ISS (International Space Station) selama hampir 6 bulan, manakala ANGKASAWAN kita akan pulang di dalam Soyuz TMA-11 nanti dengan dua orang ANGKASAWAN lain dari ISS yang telah menamatkan tugas bagi tempoh yang sama di sana.

Baiklah berapakah kos yang Malaysia tanggung dalam semua ini?

Menurut Ketua Pengarah Agensi Angksasa Negara Prof Datuk Dr Mazlan Othman progrma angkasawan ini menelan belanja USD25juta. Walaubagaimanapun Malaysia tidak perlu keluarkan sebarang belanja oleh kerana ianya akan di OFFSET sebagai sebahagian dari perbelanjaan USD900 juta yang kita keluarkan untuk membeli 18 buah jet pejuang Sukhoi Su-30 MKM dari Rusia.
Apakah maksudnya?
Bermakna kalau kerajaan tidak membeli jet-jet pejuang itu bermakna kos kita untuk program ANGKASAWAN ini adalah USD25juta iaitu kira-kira RM95juta, tetapi kerana kita telah membeli jet-jet pejuang Rusia itu maka semuanya ditanggung beres oleh kerajaan Rusia yang baik hati itu. Atau mungkinkah USD25 juta itu telah pun dimasukkan jumlahnya dalam kos pembelian jet-jet itu, bermakna pi mai pi mai, kita sebenarnya menanggung juga kosnya, entahlah.

Apa pun tahniah diucapkan kepada Dr Sheikh Muszaphar Shukor, mudah-mudahan pemergian beliau samada sebagai ASTRONAUT atau SPACEFLIGHT PARTICIPANT akan benar-benar membawa manfaat kepada negara, bukan sekadar mencatatkan nama sebagai peserta negara yang pernah ke angkasa semat-mata. Mudah-mudahan selepas ini jika negara mampu lagi, latihlah seorang ASTRONOUT untuk mengambil bahagian sebagai salah seorang yang menyumbang ke arah program ISS dan bukan lagi sebagai seorang pelancong yang mahal.



Malaysiaku Gemilang!

No comments: