Thursday, October 04, 2007

Panel ibarat kereta permainan tiada bateri

Isunya rakaman video Mr X yang sedang berbual dengan seorang yang dikatakan Mr Y. Adakah rakaman itu sahih? Apa yang patut dilakukan sangat mudah. Panggil Mr Z yang dikatakan membuat rakaman (berikan ia perlindungan). Betulkah Mr X dalam video itu Mr X yang sebenar. Jika benar, minta tarikh rakamannya. Kemudian kesan nombor telefon Mr X pada tahun rakaman. Benarkah panggilan dibuat kepada Mr Y.

Ataupun panggil saha Mr X, minta dia mensah atau menafikan yang wajah dalam video itu wajah beliau atau tidak. Jika dinafikan, panggil pakar video untuk mensahihkan. Jika sahih, panggil balik Mr X dan selongkar rekod panngilan telefon pada tahun berkenaan.

Macam-macam cara boleh dilakukan Kalau kita gunakan kaedah polis dan SB yang menyoal-siasat tahanan ISA, belasah sahaja, letakkan Mr X dalam sebiah bilik tanpa baju dan pasangkan penghawa dingin pada tahap maksima.

Kalau kita mahu dan kalau kita serius.

Tetapi masalahnya sebagaimana didakwa oleh salah seorang Panel Penyiasat yang ditubuhkan oleh kabinet iaitu bekas hakim Mahadev Shanker:


We have no legal power. We have no power to adminsiter an oath. No power to compel witnesses to come to us. We have no powet to commit anybody for contempt.

Kami tiada kuasa perundangan. Kami tiada kuasa mewajibkan seseorang bersumpah. Tiada kuasa mengarahkan saksi memberi keterangan. Kami tiada kuasa mensabitkan sesorang kerana menghina (panel ini).

Bermakna Panel yang ditubuhkan kerajaan ini bolehlah diumpamakan sebagai kereta permainan yang canggih, sayangnya tidak ada bateri untuk memberi kuasa baginya bergerak. Tak ada guna, sekadar cantik tetapi tidak berkuasa bergerak!

Kesimpulannya kalau mahu saksi atau orang-ramai secara sukarela datang ke hadapan dalam keadaan badan ini tidak memiliki sebarang kuasa apa pun, saya merasakan tindakan menubuhkan panel ini adalah satu tindakan yang sia-sia dan membuang masa. Berilah masa kepadanya sebulan atau setahun sekalipun, mustahil ia dapat berperanan secara efektif.

Kerana itulah desakkan agar sebuah badan penyiasat bertaraf Suruhanjaya di raja segera ditubuhkan bagi mengisi kelompongan panel tidak bertaring ini. Pokoknya kerajaan perlu serius mahu membongkar perkara ini sehingga ke akar umbi, soalnya adakah kerajaan Dollah Badawi serius?

No comments: