Sejak 1988 lagi badan kehakiman telah diperkosa
Baru-baru ini Institut Kajian Dasar IKD telah menganjurkan satu majlis forum terbuka bertempat disalah sebuah hotel terkemuka di KL. Tajuk forum adalah From Nurin to the Chief Justice, A Collapse of Law and Order. Ahli-ahli panel jemputan terdiri dari pada Setiausaha Majlis Peguam, Sdr Lim Chee Wee , Tunku Abd Aziz (pengasas TI Malaysian Chapter), Dato Param Cumaraswamy (bekas Pegawai Khas PBB) dan Dato Seri Anwar Ibrahim.
Forum ini membayangkan betapa hodohnya wajah badan kehakiman di Malaysia hari ini ekoran beberapa perkembangan terkebelakang ini dan terbaru merupakan pendedahan video peguam VK Lingam.
Jika dikaji susur-galurnya, ketempangan badan kehakiman ini bermula sejak persitiwa pemecatan Ketua Hakim Negara ketika itu Tun Saleh Abbas pada tahun 1988. Sejak dari itu badan penting dalam sistem demokrasi Negara ini terus rebah dan tidak mampu bangkit-bangkit.
Banyaklah perkara-perkara sensitif dan hangat dibincangkan dalam forum yang sangat menarik ini. Turut hadir dalam forum tersebut adalah peguam dan bekas ahli parlimen Bukit Bintang Sdr Wee Choo Keong yang juga disebut namanya dalam video kontroversi VK Lingam itu.
Bagi saya yang paling menarik adalah pendedahan yang dibuat oleh Param Cumaraswamy yang menurutnya sebelum ini tidak pernah beliau nyatakan secara terbuka. Pada tahun 1988 ketika kes Tun Saleh Abbas dahulu, Param telah memangku jawatan Presiden Majlis Peguam Malaysia apabila Presidennya Raja Aziz Addruce melepaskan jawatan kerana terlibat dalam membela Tun Salleh.

Kata Param satu rombongan Majlis Peguam Malaysia termasuk beliau telah mengunjungi Ketua Hakim Malaya ketika itu Tun Hamid Omar (Tun Saleh telah pun digantung jawatannya sementara menunggu keputusan tribunal untuk memecatnya). Tujuannya adalah untuk merayu agar Hamid tidak menerima perlantikkan sebagai anggota tribunal untuk mengadili Tun Saleh. Kata Param Majlis Peguam merasakan ianya tidak patut oleh kerana Hamid turut terlibat menyokong langkah mengirim surat ke Yang Dipertuan Agong (yang mengakibatkan Tun Saleh digantung dan kemudiannya dipecat), serta beliau adalah pihak yang akan paling bermanfaat kiranya Tun Saleh dipecat kerana sudah pastilah sebagai orang nombor dua, beliaulah yang akan menggantikan tempat Tun Saleh.
Setelah mendengar rayuan Param itu, Tun Hamid berkata beliau tidak berani kerana takut dipecat! Malah kata Hamid kalau Param berani beliau boleh pergi mengadap Yang Dipertuan Agong, kerana beliau tidak berani!
Bayangkan seorang Ketua Hakim lebih mementingkan periuk nasi dan kepentingannya dari memihak kepada keadilan. Beliau sedar dan tahu apa yang sedang berlaku, tetapi kedudukannya lebih penting dari segala-galanya. Itulah suasana badan kehakiman kita ketika itu. Dan sejurus selepas selesai proses pemecatan Tun Saleh pada 10 November 1988 Hamid dilantik menjadi Ketua Hakim Negara. Ternyata sejak 1988 lagi badan kehakiman kita sudah tercemar dan kini kita menyaksikan ia terus diperkosa dengan pendedahan video Lingam ini, siapakah yang mampu menjernih dan menyucikannya kembali?

(saksikan perkembangan forum ini di http://wtv8.tv )
No comments:
Post a Comment