Akhbar The Star hari ini melaporkan ucapan Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin semasa menghadiri demonstrasi anjuran Gabungan Pemuda Malaysia untuk keamanan dan kebebasan di Burma di KL. Khairy berkata:
Malaysians were concerned over the use of live bullets to kill demonstrators and urged the Myanmar authorities to stop using excessive force against civilians.
Rakyat Malaysia bimbang di atas penggunaan peluru hidup yang digunakan untuk membunuh para penunjuk perasaan dan mendesak pihak Myanmar agar menghentikan penggunaan keganasan terhadap orang awam di sana.
Saya naik mual dan senak perut membaca laporan The Star ini. Bukan kerana tidak bersimpati dengan rakyat Burma. Saya percaya semua kita simpati dan prihatin dengan apa yang telah dan sedang berlaku di Burma. Apa yang menjijikkan saya adalah kenyataan yang terbit dari mulut menantu Perdana Menteri dan Presiden Umno itu. Ayam sabung Umno ini dilepaskan ke tengah padang untuk menunjukkan kononnya taji dan garangnya, tetapi hakikatnya ekor berderai dengan tahi!
Kenapa perlu pergi jauh ke Burma untuk memperjuangkan hak asasi manusia. Kerajaan yang dipimpin oleh bapa mertuanya sendiri tidak memperdulikan hak asasi dan kebebasan manusia. Harga diri, nyawa dan keselamatan rakyatnya sendiri tidak pernah diambil pusing. Ayam sabung Umno ini boleh berlakon berkokok dan menari-nari di depan Kedutaan Myanmar sedangkan rekod bapa mertuanya terpalit dengan najis yang jijik dan busuk.
Saya sertakan gambar-gambar berikut bukan untuk mengingatkan Khairy tetapi untuk menyedarkan rakyat Malaysia, kita tidak perlu Junta tentera untuk melihat rakyat yang tidak berdosa ditembak dan dibelasah di negara kita sendiri!

No comments:
Post a Comment