Bayi mati terbakar, cari punca penyelesaian
Semalam saya telah membangkitkan darihal kisah pilu seorang anak kecil 17 bulan yang mati terbakar di dalam sebuah bilik kecil yang disewa oleh ibunya di Jalan San Peng Kuala Lumpur. Ibunya terpaksa meninggalkan beliau bersama dua orang abangnya, 3 dan 5 tahun kerana pergi bekerja. Ibunya seorang ibu tunggal dan terpaksa bertungkus-lumus untuk menanggung hidup keluarganya itu.
Dalam akhbar The Malay Mail hari dipaparkan betapa perlunya diwujudkan nursery atau pusat asuhan anak-anak berkos murah atau low budget bagi menangani masalah ini. Hakikatnya di luar sana ramai yang tidak bernasib baik, terpinggir dan dibiarkan sebagaimana nasib ibu tunggal dalam kes iaitu Sumalia Embong. Kiranya beliau mampu saya yakin ketiga-tiga anaknya akan ditemaptkan dirumah asuhan sementara beliau keluar mencari rezeki.
Masalahnya beliau tidak mampu, dan kerana tidak ada pilihan lain maka bilik sewanya dijadikan pusat sementara untuk mengurung anak-anaknya sementara beliau bekerja.
Dan saya juga percaya bukan hanya di KL tetapi diseluruh negara, wanita yang senasib dengan Sumalia ini besar bilangannya. Mengapakah tidak ada usaha untuk mebela dan menyediakan kemudahan kepada mereka yang mengalami nasib seumpama ini?
Mahal sangatkah membina atau menyediakan kemudahan low budget nurseries ini, berbanding dengan jutaan wang rakyat yang dibazirkan dalam perayaan dan sambutan serta perbelanjaan lain yang tidak ada faedah?!
Kita ada Kementerian Hal Ehwal Wanita, mengapa kementerian yang ditubuhkan untuk memikir masalah ini tidak boleh terbit dengans atu rancangan segera bagi menanganinya? Berapa ramai lagi bayi kecil yang perlu mati terbakar sebelum kementerian mampu keluar dengan ideanya?
Politik dah terantuk baru tengadah ini memang biasa sangat diamalkan dalam penteadbiran hari ini. Malang sungguh rakyatnya.
No comments:
Post a Comment